Rate

BAB 3- SABOTAJ

Romance Completed 494683

Pagi ini Arman menghantarnya seperti biasa ke pejabat.. Sama seperti hari-harinya yang lain..

'' sayang.. Abang nak pergi parking dulu.. Abang hantar sayang dekat lobi ya.. '' kata Arman.

'' kenapa? Tak apa lah saya ikut abang sampai ke tempat parking.. Nanti kita naiklah lif dari sana.. '' balas Inas sambil memaniskan wajahnya.

'' sayang.. Nanti kesian dengan sayang nak kena jalan jauh.. Kalau dekat lobi.. Sayang boleh terus boleh naik keatas kan.. '' kata Arman.

'alasan! Kenapa sebelum ni boleh saja.. Kenapa lately kerap hantar depan lobi.. Atau.. Harini pun kau cuti Arman?' Inas merenung wajah suaminya yang berada di sebelah dalam-dalam..

"ok.. Lah kalau macam tu.. Sayang naik dulu.." Inas menyalam tangan Arman.. Lalu membuka pintu kereta.. Terus berjalan masuk kedalam bangunan itu..

Arman melihat Inas yang sedang berjalan masuk kedalam.. Melepasi pintu kaca automatik.. Kemudian terus berdiri disamping pekerja yang lain di hadapan pintu lif. Tangannya menolak memasukkan gear lalu kakinya menekan pedal minyak.. Memandu keluar dari situ.. Lambang P menunjuk ke arah kanan dipandang dengan hujung mata.. Kerana Arman membelok kearah kiri..menuju ke jalan utama..

Inas naik ke ruang kerjanya.. Meletakkan barangan peribadinya..di meja kerja.. Otaknya ligat berfikir apa yang perlu dia buat.. Dia tak mahu sesiapa pun curiga dengannya.. Sehingga dia terpandangkan sesuatu di lantai.

'idea!!'

Dengan sopan santun.. Inas berjalan ke kotak penyambung kabel peyambungan Internet.. Lalu mencabut satu kabel yang menyambung ke komputer miliknya..

'sabotaj pun sabotaj lah.. Kalau aku sendiri turut ke IT department.. Nampak sangat aku ni kontrol Arman kan..' inas kembali duduk di kerusinya.. Menghidupkan komputer yang berada di mejanya.. Kemudian dia bangun menghidupkan beberapa komputer milik sahabatnya yang lain.. Kemudian dia duduk elok di tempatnya.. Melihat seorang demi seorang masuk kedalam ruang pejabat..

Drama bermula..

"nusrah! Komputer kau ok ke? '' tanya Inas.

'' hmm ok je kenapa? '' tanya nusrah.

'' tak boleh masuk ke dalam sistem lah.. '' rungut Inas. Mencebik kearah komputer di atas mejanya.

'' lah kenapa..? '' bagunlah Nusrah dari tempatnya lalu berjalan kearah Inas.

'' Internet tak ada ni! Patut lah tak boleh masuk sistem.. '' kata nusrah menunjuk kepada logo kecil yang ada di hujung kanan komputer Inas.

Bukannya Inas tidak tahu.. Sedangkan itu adalah olah nya sendiri.

'' ha-ah lah.. '' kata Inas sambil tersentak sedikit.

'' kejap.. Kita tengok dekat penyambung.. '' kata nusrah.

'alahai.. Kantoi lah nanti!' tapi Inas tetap juga bangun mengikut nusrah berjalan ke lantai yang ada penyambung kabel Internet disitu.

'' ok dah.. Cuba try tengok.. '' kata Nusrah selepas menyambungkan satu kabel yang longgar tadi.

Inas kembali duduk di kerusinya.. Tangannya dilekapkan kepada tetikus putih yang ada di atas meja kerjanya.

'ya Allah.. Tuhan nak tolong aku agaknya..'

'' tak boleh lah Nusrah.. '' balas Inas..

'' hmm.. Kena call bahagian IT lah jawapnya.. '' kata nusrah sambil tersenyum-senyum.

'' call kejap.. Boleh? '' kata inas.

''hai..nak call cik abang pun malu.. Malu..'' perli Nusrah.

'bukan malu nusrah! Tapi aku takut.. Takut apa yang selama ini orang cakapkan betul.. Takut semua gosip-gosip tu betul..'

'' bolehlah.. Yea.. Seganlah.. '' balas Inas.. Menarik bibirnya tersenyum.. Menutup rasa yang ada dihatinya.

'' yealah.. '' balas Nusrah. Ganggang telefon diangkat oleh Nusrah.. Kemudian mendail nombor di bahagian IT.

''hello..siapa tu..?'' tanya Nusrah.

'' syafiq ke.. Saya ni Nusrah.. Amran ada..? Tanya Nusrah..

Berdebar rasa didada Inas ketika ini.. Soalan yang dia nanti-nantikan..dan dia.. nak sangat tahu jawapan dari soalan itu.

'' cuti??? '' Nusrah melihat tepat ke wajah Inas yang sedang duduk bertentang dengannya..

'' sebenarnya ni.. Hmm.. '' Nusrah keliru sendiri... Sampai terlupa dengan apa yang dia nak cakapkan tadi..

'' Nusrah.. Komputer tak ada sambungan Internet.. '' akhirnya Inas bersuara mengingatkan Nusrah yang termati kata itu.

'' hah! Ni ha.. Boleh datang ke unit kewangan tak.. Komputer Inas tak ada sambungan Internet.. Saya dah check kotak penyambung Internet tu.. Tapi masih jugak tak ok.. '' kata Nusrah kembali lancar. Sambil tangannya menunjuk ke kotak penyambung.. Kemudian melihat kepada Inas.

''ok.. Jangan lama-lama tau.. Kami tunggu..'' balas Nusrah lagi, sebelum dia meletakkan ganggang telefon ke tempatnya.

'' Inas.. Kau tak tahu ke yang Arman tu cuti?'' tanya Nusrah.

'' entahlah.. '' Inas sekadar mengangkat kedua-dua belah bahunya.

'' kenapa.? Dia kan suami kau? Kau ada problem ke dengan dia? '' bertubi-tubi Nusrah menyerangnya dengan soalan.

'takkan tak tahu.. Duduk serumah kan.. Selalunya inas akan datang dengan Arman kan.. Kenapa inas boleh tak tahu'

'' tak tahulah.. Sebab aku... '' kata Inas terhenti bila melihat syafiq membuka pintu kaca unit kewangan dan melangkah masuk kedalam. Berjalan kearah mereka berdua.

'' assalamualaikum.. '' syafiq memberi salam

'' waalaikummusalam.. '' jawap kami berdua serentak.

'' syafiq.. Saya nak tanya sikit.. Betul ke Arman cuti? '' tanya Inas.

Syafiq membisu.. Senyuman diwajahnya semakin pudar.. Matanya bergerak melihat kepada kami berdua silih berganti.

'' sebenarnya.. '' syafiq mengaru kepalanya.

'' cakap saja syafiq.. Inas takkan salahkan syafiq.. Sampai bila dia nak berbohong macam ni dengan Inas.. Salah ke Inas nak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku.. '' kata Inas.

'' sebenarnya macam ni.. Arman cuti harini.. Kemarin dia half day.. Harini dan esok dia cuti.. '' terang syafiq.

Bagai nak gugur jantung Inas mendengar apa yang dikatakan oleh syafiq.. Sakit hatinya sudah tidak boleh dibawa berbincang lagi.. Mukanya serta merta berubah menjadi pucat lesi seperti tidak berdarah lagi..

Nusrah mencuit syafiq dengan pembaris panjang di lengan.. Kemudian dia menggelengkan kepalanya secara perlahan..

'' syafiq tahu tak.. Dia berkawan dengan siapa? '' tanya Inas..

'berkawan.. Affair.. Kekasih gelap.. Apa yang patut aku gelar kan..'

Inas cuba untuk mengawal rasa yang sedang berombak dari dalam tubuhnya.. Dia tak mahu memuntahkan amarahnya kepada mereka berdua yang langsung tak ada kaitan dengan hal rumah tangganya itu.

'' saya tak pasti.. Tapi pernah lah nampak dia dengan staff yang kerja dekat bangunan sebelah tu.. Tapi-tapi.. Saya tak tahulah apa hubungan mereka.. Mungkin terserempak ke.. Hmm atau.. '' syafiq mengaru kepalanya lagi sambil memberi isyarat mata kepada Nusrah.

'tolonglah aku Nusrah! Jangan kerana mulut aku.. Rumah tangga mereka hancur..'

'' kita jangan tuduh melulu Inas.. Mana tahu waktu tu.. Arman hanya tolong perempuan tu.. Hah!'' sambung Nusrah.. Cepat-cepat syafiq memetik jarinya beberapa kali.. Setuju dengan Nusrah.

'' hemm!'' satu keluhan berat dilepaskan oleh Inas.

'' esok dia cuti kan? '' tanya Inas.

Syafiq mengangguk..

'' terima kasih beritahu Inas.. Tak apa.. Inas selesaikan hal ni sendiri..syafiq jangan bagitahu dia apa-apa.. Anggap saja kita tak pernah bercakap mengenai hal ini.. '' kata Inas.. Mendatar.. Wajah yang manis itu tak lagi tersenyum seperti selalu.

Syafiq kemudiannya mengangguk faham.. Kemudian dia berpaling melihat kepada Nusrah yang sedang mencebik kearahnya.. Syafiq kemudian meneruskan kerjanya memeriksa komputer Inas.. Sehingga semuanya kembali kepada keadaan asal.

Semasa pulang.. Arman mengambil Inas seperti biasa..masih berlakon seperti seharian berada di pejabat.. Inas dalam perjalanan pulang diam sahaja.. Melemparkan pandangannya ke luar kereta. Membiarkan Arman sekadar bercakap sendirian.. Adakala Inas menjawap dan selebihnya hanya diamkan diri sahaja.

Sampai dirumah.. Dia seperti biasa memulakan rutin nya membersihkan diri dan solat.. Selepas solat.. Dia akan turun memasak.

Keesokannya.. Inas ke pejabat seperti biasa.. Tetapi.. Kali ini dia mengekori Arman dalam diam.. Sempat dia menghantar pesanan ringkas buat Shahreza bahawa dia tak dapat masuk ke pejabat pada hari tersebut..

Urusannya yang kali ini lebih penting.. Daripada kerja-kerja yang menimbun diatas meja itu.. Kalini dia perlu tahu hal sebenarnya.. Hatinya tak dapat menahan lagi itu. Biarlah kebenaran itu pahit.. Dari dia terus dibohongi oleh Arman yang bijak menyimpan kecurangannya.

Kereta Arman diekori oleh teksi yang dinaiki oleh Inas.. Dari dalam kereta.. Inas melihat Arman mengambil seorang wanita yang segak berpakaian pejabat. Tak jauh dari bagunan tempat kerja mereka.

'jadi ini lah orang nya.. Perempuan yang kerja di bagunan sebelah.. Dua-dua orang kaki penipu.. Datang pakai baju kerja.. Tapi.. Melencong ke tempat lain'

Arman keluar dari kereta dengan senyuman yang melebar di wajahnya.. Membuka pintu buat wanita itu.. Sempat mereka berpelukan dan bercium pipi sebelum wanita itu masuk kedalam perut kereta.

'sakit hati! Manakan tak datang gosip tentang mereka berdua.. Di tempat awam yang terbuka macam ni berpelukan dan bercium macam tu..' Inas memejamkan matanya yang mula berkaca-kaca.. Kemudian dia menunduk mencari tisu yang ada didalam beg tangannya.. Mengelap air mata yang mula menitis.

''pakcik.. Ikut..kereta..tu..ya..'' kata Inas..menahan tubuhnya yang sedang bergetar.

''ya nak.. Ini!'' pemandu teksi itu menyuakan sekotak tisu miliknya..

'' terima kasih pakcik.. '' balas Inas.. Menyambut huluran kotak tisu yang dihulurkan oleh pemandu teksi itu.

Teksi mula berjalan mengikut kenderaan yang dipandu oleh Arman. Sehingga mereka berhenti di hadapan sebuah hotel..

'hotel!' Inas mengigit bibir bawahnya..

'' anak.. Nak pakcik tunggu ke? '' tanya pemandu teksi itu.

'' pakcik boleh tunggu ke? '' tanya Inas.. Dia tak tahu apa yang akan terjadi nanti.. Malah tak tahu berapa lama masa yang akan digunakan nanti untuk menyelesaikan hal mereka didalam sana..

'' boleh.. Anak masuklah selesaikan urusan anak.. Pakcik tunggu disini.. '' sebenarnya hati tua itu risau juga melihat wajah anak muda itu.. Takut terjadi apa-apa.

'' terima kasih pakcik.. Tunggu saya ya.. Sekejap nanti saya turun balik..pakcik pegang dulu duit ni.. '' kata Inas menghulurkan beberapa not berwarna merah. Pemandu teksi itu sekadar mengangguk..kemudian menyambut duit yang dihulurkan oleh Inas.

Share this novel

Mariana Ibrahim
2020-10-02 18:09:51 

:-(


NovelPlus Premium

The best ads free experience