Rate

BAB 4 - AKHIRNYA TERBONGKAR

Romance Completed 494705

Seronok pasangan itu melangkah masuk kedalam bilik hotel lima bintang yang berdiri kukuh di tengah-tengah bandaraya.. Tanpa mereka sedari Inas sedang mengekori mereka berdua..

'' Arman.. Sampai bila kita nak macam ni.. Nak jumpa pun.. Kena sembunyi-sembunyi..? '' kata amalina sambil bermain jarinya didada Arman..

Arman melilit tangannya mengelilingi pinggang amalina sementara menunggu pintu lif dibuka..

'' sabarlah.. Masih terlalu awal kan.. Sayang kan boleh sabar.. '' kata Arman.

'belum masanya lagi amalina.. Ni kalau Inas tahu ni.. Mau mengamuk dia tu.. Dah la selamani, aku hidup ditanggung oleh dia.. Kalau kau tahu amalina..' Arman mencium pipi amalina.

'ting..' pintu lif terbuka..

Masuklah pasangan itu kedalam lif. Inas mendekat sebaik melihat lif itu tertutup..dan mula bergerak naik keatas.. Tangannya menekan punat naik.. Sementara dia melihat lif yang dinaiki oleh Arman berhenti di lantai berapa..

'tiga belas.. Kerja gila pun gila lah!' pikir Inas. Tekad.

'ting' pintu lif disebelah dibuka..

Inas masuk dan cepat-cepat menekan nombor tiga belas kemudian dia menekan butang tutup beberapa kali.. Agar pintu itu segera tertutup.. Kerana dia perlu mengejar langkah pasangan tadi.

Sebaik sampai ke lantai tiga belas, Inas keluar dari kotak lif.. Dia melihat ke arah kiri dan kanan..

'kemana harus tuju?'

Kedengaran suara wanita bergelak manja dari sebelah kiri.. Kaki Inas segera melangkah kearah itu.. Terhendap-hendap Inas disebalik dinding.. Mengintai pasangan itu. Inas berjalan mendekat kearah pintu yang baru ditutup.. Berdiri di hadapan pintu bilik itu seperti patung mannequin disitu. Keluhan demi keluhan dilepaskan di hadapan pintu itu.. Selangkah dia ke hadapan.. Dua langkah dia berundur kembali ke belakang..

'kuat Inas! Sampai bila kau nak macam ni..? Sampai bila kau nak diam saja! Kau boleh Inas !' Inas memberi semangat untuk dirinya sendiri.

Perlahan-lahan Inas mengangkat tangannya.. Menekan loceng bilik hotel itu.. Tapi tak mendapat tanda-tanda pintu akan dibuka dengan kadar segera.. Tangan Inas menekan lagi dan lagi loceng pintu bilik itu..

Plakkkk.. Arman membuka pintu bilik itu dan menayangkan wajah merah yang sedang marah kepada Inas.

'' sayang.. '' Arman tergejut melihat Inas yang berdiri di hadapannya..

Inas tanpa menjawap panggilan Arman terus merempuh Arman yang hanya berseluar pendek itu.. Sempat Arman menarik tangan Inas..

'' lepaskan!'' marah Inas.. Dia melihat selimut putih yang ada diatas katil ditarik oleh seseorang disebalik dinding.

'' sayang buat apa disini? '' tanya Arman.

'dia boleh tanya lagi.. Aku buat apa aku disini? Ingat aku masuj hotel mewah ni nak bercuti ke apa?'

'' saja.. !'' Inas merentap tangannya kembali.. Berjalan dengan yakin masuk kedalam bilik itu.. Arman mengejarnya dari belakang..

Inas melihat seorang wanita yang sedang membalut tubuhnya dengan selimut putih. Tak perlulah Inas bertanya lagi apa yang berlaku disini.. Inas mendekat. Mau saja dia membelasah wanita itu.. Tapi tangannya hanya sempat mencapai tangan wanita itu.. Bila Arman memeluknya menghalang Inas menghampiri wanita yang tak berpakaian itu.

'' sayang jangan macam ni.. '' kata Arman.

'' jangan yang macam mana? Habis tu nak duduk minum kopi ..? '' marah Inas berpaling dan menolak Arman.. Tangannya yang sebelah lagi memegang tangan wanita itu.. Sampai terjerit-jerit dibuatnya bila Inas memulas dan mencekam kuat tangan wanita itu..

'' kau dah tahu dia ni suami orang.. ! Kau nak juga dia kenapa? '' kata Inas.

'' kak saya tahu.. Tapi kami sayang satu sama lain.. '' kata wanita itu.. Menangis.

'' apa kau cakap! Sayang.. !!'' lagi kuat tangan Inas memusing tangan wanita tu sampaikan wanita itu terduduk melutut..

'' sayang jangan buat macam ni! Please lepaskan tangan dia dulu.. '' kata Arman merayu kepada Inas.

'' memang tak lah nak lepaskan.. ''

'' arrrghhh!'' menjerit kuat wanita itu.

"sebenarnya.. Sebenarnya kami sudah nikah kak!" kata wanita itu. Tak sanggup menahan tangannya yang berbunyi tulang-tulangnya berlaga antara satu sama lain bila Inas memusingkan tangannya.

Inas yang sibuk memulas tangan wanita itu. Terbeliak matanya melihat jari manis wanita itu bersarung sebentuk cincin emas.

"sayang.. Abang boleh explain.." kata Arman. Tak menyangka amalina akan memberitahu Inas mengenai hubungan mereka.. Secepat ini.

'arghhh! Amalina...'

'' lepaskan Arman.. !!'' bentak Inas sambil memijak-mijak kaki Arman dengan kasut yang dipakainya.. Mujur saja itu bukannya jenis kasut tumit tinggi.. Kalau tak mau berlubang kaki Arman.

'' Arman lepas.. Kalau Arman lepas.. Inas akan lepaskan tangan perempuan ni.. '' kata Inas. Serentak menarik tangan amalina membuatkan dia terjerit kecil.

'' ok.. Abang akan lepas.. '' kata Arman.. Dia melepaskan pinggang Inas Perlahan-lahan.

'kau nak dia sangat kan.. Silalah ambil..' inas merenung tajam kepada wanita itu.. Kemudian dia melepaskan tangan amalina. Inas kemudian berpaling melihat kepada Arman.. Mengangkat wajahnya melihat Arman.

Inas membuka cincin perkahwinannya.. Lalu membaling cincin itu sekuat hati ke wajah Arman..

'apa.. Explain..?! Perlu lagi nak jelaskan apa lagi.. Ingat aku ni budak umur tahun..'

"tak perlu! .. Simpan saja cincin tu.. Semuanya dah berakhir! .." kata Inas.

Dada Arman ditolak, sehingga Arman beranjak selangkah kebelakang .. Tercengang Arman melihat situasi itu.. Dia langsung tak menyangkakan hal itu yang akan terjadi sekusut.
Inas segera mengatur langkah berlari keluar dari bilik tersebut..

'' sayang!'' jerit Arman.

'' abang nak kemana? Abang nak kejar dia? '' tanya amalina tak puas hati..

'aku yang sakit disini.. Sampai tangan aku rasa terseliuh ni dia tak pandang.. Kenapa harus dia kejar bini tua dia.. Aku ni tak penting ke?' rungut amalina.. Melihat kepada arman yang sedang mengutip cincin yang dilemparkan oleh Inas tadi.

'' kenapa kau beritahu kita dah nikah.. !'' Arman sibuk mengutip seluarnya yang berada di atas sofa pula.. Lalu memasukkan kakinya disitu..

'' sampai bila kita nak rahsiakan semua ni? Dia perlu tahu.. Lepas ni tak perlulah nak jumpa curi-curi macam ni lagi.. '' balas amalina sambil menarik lengan Arman.

'' bukan masanya lagi.. Sabar sikit.. Boleh tak!'' marah Arman.. Menarik kembali lengannya.. Lalu menyarungkan baju di tubuhnya.

'bukan masanya! Bukan masanya! Alasan !!' bentak amalina sambil menghentakkan Kedua-dua kakinya.. Arman hanya memerhatikan amalina.. Dia perlu segera mengejar Inas waktu itu.. Tangannya mengengam erat cincin perkahwinannya dengan Inas.

Inas segera menekan punat lif.. Sebaik mendegar pintu lif terbuka dia terus menyerbu masuk kedalam sehingga terlanggar dengan seorang lelaki yang mahu keluar dari dalam lif..

'' maaf encik.. Maaf.. '' kata Inas yang tak sengaja menyentuh dada lelaki itu..

Selepas meminta maaf.. Dia berlalu pergi masuk kedalam kotak lif.. tanpa melihat wajah lelaki itu kerana dia mendengar namanya sedang dipanggil oleh Arman dari belakang..

'' Inas.. !'' panggil Arman yang baru sampai di hadapan lif dengan berpakaian tak rapi..

Lelaki itu melihat sahaja situasi yang baru di hadapan matanya berlaku..

'Inas! Nice name! Tapi itulah.. Inikan hotel.. Siang-siang macam ni boleh berurusniaga haram..tapi.. Arrgh entahlah.. ' lelaki itu segera menggelengkan kepalanya..

'' Tuan Hamzi.. Bilik tuan disebelah sini.. '' kata bellman yang dari tadi mengikut di belakangnya..

'' ya.. '' jawap hamzi. Berjalan disebelah kiri yang ditunjukkan oleh bellman itu.

Didalam bilik yang bertentangan dengannya terdapat seorang wanita yang sedang menyumpah-nyumpah Inas dengan tangannya yang terkehel.

Inas sampai saja di bawah di berlari keluar dari hotel itu.. Untung teksi yang dinaikinya tadi masih setia menunggunya di situ.. Kakinya melangkah laju membuka pintu kereta lalu terus masuk kedalam perut kereta..

'' kita jalan dulu pakcik.. '' kata Inas sambil menepuk nepuk lembut belakang kerusi pemandu teksi itu. Inas melihat tangannya yang sedang menggeletar..

'' inasss... '' namanya diseru lagi.. Inas tak mahu berpaling lagi.. Dia menyeka air matanya yang gugur tak henti henti sebaik dia masuk kedalam kereta..

Pemandu teksi itu sendiri tak berani nak menegur Inas.. Yang sedang menangis.. Dia sekadar memandu.. Meninggalkan perkarangan hotel.

'' pakcik nak bawa saya kemana? '' tanya inas yang masih bersisa tangisannya.

'' hmm.. Entahlah.. Pakcik nak tanya.. Tapi kamu.. '' katanya sambil mengintai kepada cermin pandang belakang.

Inas kemudiannya memberitahu alamat rumahnya.. Setibanya di rumah.. Dia melihat ibu mertuanya sedang bercekak pinggang di pintu utama..

'sudahlah.. Aku dah penat dengan semua ni!'

Inas masuk kedalam rumah selepas memberi salam.. Kasutnya dibiarkan terlempar begitu saja di hadapan rumah.. Tanpa mengangkat dan menyusunnya di dalaman almari kasut.

'' kenapa kau balik? Tak kerja? Tapi elok lah kau balik.. Baju.. banyak dalam bilik tu.. Pergi kutip.. Lepas tu basuhkan semua.. '' kata Naimi kepada Inas.

'hah!' Inas mengeleng kepalanya.. Dia berjalan naik keatas seperti tak mendengar apa yang baru dikatakan oleh Naimi tadi.. Membiarkan Naimi membebel sendirian di bawah.

'aku letih! Penat sangat!' keluh Inas.. Berjalan masuk kedalam biliknya..

BAM! pintu ditutup kuat. Tubuhnya tersandar di pintu kayu biliknya.. Perlahan-lahan tubuh itu melorot jatuh... Kekuatan yang sudah habis.. Semuanya telah hancur.. Dua tangannya mengengam erat rambutnya sendiri..

'apa yang aku perlu buat sekarang? Kemana harus aku pergi?'

'' kenapa.. Kenapa aku yang harus pergi!? Rumah ni aku yang bayar! Semuanya.. Hasil titik peluh aku!... Salah ke aku pertahankan harta benda aku... '' kata Inas kembali mendongak melihat kepada bilik tidurnya..

'' tapi.. Arman.. ! '' Inas memegang dadanya yang terasa sangat pedih dan perit kini..

BAM!BAM!BAM! Pintu bilik itu diketuk kuat dari luar..

'' sayang buka pintu ni!'' jerit Arman di balik pintu bilik..

'sayang! Simpan saja sayang kau tu Arman.. Semuanya adalah bohong belaka.' kata Inas sambil menyembamkan wajahnya ke lutut yang dipeluk kuat oleh kedua-dua tangannya.. Manakala Arman seperti orang kerasukan memanggil namanya di sebalik sana.

Share this novel

Hariati Paret
2024-06-20 11:30:17 

camana klu nak baca chapter seterusnya

Rosmani Md Ghani
2021-02-20 20:37:00 

best la cite nii

Rosmani Md Ghani
2021-02-20 20:36:59 

best la cite nii


NovelPlus Premium

The best ads free experience