BAB 2

Romance Completed 4276

Hashim memandang wajah Sarah yang ketawa riang. "Abah, tadi Mak belikan
aiskrim. Sedap!" Sebaris gigi putih jelas kelihatan apabila Hashim senyum.

"Iya? Mana ais krimnya?" balas Hashim sengaja mengusik anak kecil itu.+

Sambil memusing-musingkan kedua-dua belah tangannya dengan laju, Sarah
menjerit, "Dah habis!" Waktu itu juga dia melompat dan duduk di riba
ayahnya.+

Hashim mengelus-elus kepala Sarah. Anak seusia 5 tahun itu, adalah
antara perkara paling membahagiakan dalam hidup.

Sekejap sahaja, Sarah sudah melompat semula. Berlari anak dia menuju ke
bucu ruang tamu. Beberapa buah buku yang ada di rak kecil itu, mula
dibeleknya satu-persatu. Hashim mencapai remote control TV. Ditekannya
butang berwarna merah.

Perlahan Jariah duduk di sebelah suaminya. Sambil memandang ke kaca TV,
dia berkata, "Abang, macam mana hari ini? OK?"

Hisham menarik nafas dalam. Bibirnya diketap rapat. "Entahlah, Yang.
Susah juga." Hisham menekan butang 'sound' dan menurunkan kadar bunyi TV.

Perlahan, Hisham menyambung, "Abang fikir, Abang kena juga buat
keputusan." Hisham masih menimbang tentang perkara yang sudah
difikirkannya sejak dua minggu lalu.

"Saya ikut saja, Abang. Lagipun, Abang kena jaga kesihatan." Jariah
memandang wajah suaminya. Wajah lelaki yang memberikannya harapan dan
kehidupan. Perlahan Jariah menyambung, "Kak Sabariah macam mana?"+

Hisham diam. Dia sudah banyak berfikir tentang hal ini. Sabariah, isteri
pertamanya bukanlah perempuan yang perlu bergantung kepada lelaki sepruh
abad macam dia. Sudah banyak kali Sabariah menyatakan pendiriannya untuk
hidup berdikari sahaja.

"Sayang macam mana? Sanggup hidup dengan Abang seadanya?" Hisham
menduga. Dia tahu. Jariah bukanlah anak orang berada. Kehidupannya juga
biasa sahaja. Sejak kecil, Jariah dibesarkan dengan cara hidup penuh
sederhana.

Sesekali, Hashim rasa bersalah kerana menjadikan Jariah sebahagian
daripada jurnal hidupnya yang rumit itu. Tenang sahaja Jariah berkata,
"Abang, saya ini, punya seorang suami pun sudah memadai."

"Abang tahu. Cuma, permintaan Kak Sabariah kamu itu, Abang bingung."
Hisham diam.

Jariah menyandarkan kepalanya. Tiba-tiba, berat pula rasanya. "Saya
yakin, Kak Sabariah tahu apa yang dibuatnya, Abang. Dia orang
terpelajar. Bukan macam saya." Perlahan sahaja Jariah menyahut.

Hisham berpaling. Dipandangnya wajah isterinya itu. Jariah memicit
kepalanya beberapa kali. Hisham menarik nafas panjang.

"Habis macam mana? Sayang setuju kalau Kak Sabariah buat keputusan macam
tu?" Hisham perlu tahu apa yang Jariah fikirkan.

Jariah membetulkan duduknya. Bulat matanya memandang wajah Hisham.
Tenang sahaja dia menjawab, "Biarlah Abang sahaja yang berbincang dengan
dia."

Malam itu, Jariah bermimpi, dengan mimpi yang tidak pernah dia alami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience