BAB 6

Romance Completed 4276

"Mak, hari ni ada aiskrim lagi tak?" laju sahaja anak kecil itu berkata
sebaik sahaja duduk di dalam kereta ibunya.

Jariah senyum. "Sarah agak, boleh tak kita beli aiskrim hari-hari?"+

Sarah diam. Jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan ke kanan. "Tak
boleh!" Katanya sambil menggerakkan jari telunjuknya dengan lebih laju.+

Terkekek-kekek Jariah ketawa melihat anaknya itu. Memandu dari taskan
anaknya ke rumah, hanya sekitar 300 meter sahaja. Namun, waktu yang
singkat itulah yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jariah bersama Sarah.

Maklumlah, bekerja dan mempunyai anak kecil begitu, memerlukan tenaga
yang banyak Jarah sendiri sudah berbincang dengan Hisham. Sehinggalah
Sarah mencecah umur 6 tahun, baru dia mahu memikirkan tentang anak kedua.

Jariah tahu. Hidup sebagai orang kedua, bukan mudah. Malah, Hisham
bukanlah mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menyara sebuah lagi
keluarga. Kebetulan sahaja isteri pertama suaminya, Sabariah dari
kalangan orang berada.

Sara yang masih sibuk menyanyi lagu 'Twinkle Twinkle Little Star' terus
menyanyi dengan riang. Ke kiri dan ke kanan badannya digoyangkan. Jariah
menggosok-gosok kepala anaknya.

Gaji bulanan Jariah tidaklah besar. Bekerja sebagai seorang eksekutif,
membolehkan dia dibayar RM2500 sebulan. Cukuplah untuk menampung dirinya
dan anaknya nan seorang itu. Hisham pula, bergantung kepada keadaan.

Ramai juga saudara mara yang tidak bersetuju dengan keputusan Jariah
bernikah dengan Hisham. Sudahlah suami orang, tidak punya harta pula.
Namun, jodoh itu Allah juga yang berkuasa.

Pertemuan mereka dalam satu sesi penerangan program jualan langsung
berpanjangan kepada hubungan rakan menjual yang baik. Lama-kelamaan,
kerja-kerja menjual dalam kumpulan itu, memberikan mereka berdua peluang
mengenali antara satu dengan yang lain.

Hidup di bandar, bekerja sepenuh masa tidak menjanjikan pendapatan yang
mencukupi. Mahu tidak mahu, Jariah juga adalah antara mereka yang
tergolong dalam kategori 'miskin bandar'. Maka, menyertai program jualan
langsung adalah antara yang paling mudah dapat dilakukannya.

Satu-satunya kuasa yang Jariah ada, ialah membuat keputusan. Dan dia,
bersetuju meskipun tahu, Hisham mungkin tidak dapat menyara dan
memberinya nafkah.

"Abang, saya sudah sedia tahu. Apa yang saya perlu, ialah seorang suami.
Tentang rezeki, makan pakai, apa yang Abang mampu, saya terima." Itulah
antara lafaz keramat yang diucapkannya apabila hatinya tekad membuat
keputusan.

6 tahun lalu, itulah yang berlaku. Ya, Allah sahajalah yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience