BAB 7

Romance Completed 4276

Hisham dan Jariah saling berpandangan. Jariah, memandang wajah Sabariah
dan suaminya, silih berganti. Dadanya turun naik.

Meskipun ruang tamu itu sejuk dengan udara dari penghawa dingin, Jariah
masih berpeluh. Tangannya juga semakin basah, tiba-tiba. Jariah senyum
sambil menundukkan sedikit kepalanya sambil memandang wajah Sabariah.

Sampai sahaja Hisham dan Jariah, dan duduk di ruang tamu itu, meja itu
sudah lengkap tersusun. Memang sudah ada terhidangkan kopi O bersama
beberapa potong kek pisang yang sedia dimakan.

Entah mengapa, Jariah begitu berat mahu bertentang mata dengan Jariah. +

Sabariah menarik nafas dan berkata, "Saya sudah beritahu Abang Hisham.
Dalam usia begini, saya hanya mahu kasih sayang. Cukuplah dengan
kehilangan anak-anak. Biarlah ada suara hilai tawa dan kegembiraan dalam
rumah ini."

Jariah memegang erat beg tangan kecil berbunga merah. Kelihatan jelas
zipnya yang sudah hampir tertanggal. Sabariah terus memandang wajah
perempuan itu tanpa berkelip. Melihat Jariah diam, Sabariah menyambung,
"Apa, Jariah tidak percaya?"

Jariah masih diam. Sabariah mengalihkan pandangan kepada Hisham yang
menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

"Saya tidak mahu memaksa. Tapi, Jariah pun ada masalah nak cukupkan
belanja dapur rumah kan? Sewa rumah lagi..."

Hisham tunduk. Jariah diam. Jari-jemari Jariah masih terus
memintal-mintal kepala zip beg tangan berbunga merah itu.

"Setahu saya, belanja sekolah dan kos jagaan Sarah sahaja mencecah
RM1000 sebulan." Sabariah menyambung.

Sopan sahaja Sabariah berkata, "Jemput minum." Sabariah mengambil cawan
putih berbunga merah di hadapannya. Dihirupnya air kopi yang masih
berwap itu perlahan-lahan.

Setelah meletakkan semula cawan kopi itu, Sabariah menyambung, "Saya
tidak ada masalah. Saya memang bersedia bila-bila masa sahaja untuk
Jariah, Sarah dan Abang Hisham tinggal bersama di rumah ini."

Hisham diam. Jariah masih terus memintal kepala zip beg tangan kecil
berbunga merah tanpa sebarang kata-kata.

‘’Saya setuju Kak..’’ itu jawapan yang terpacul pada mulut Jariah membuatkan Hisham tergamam dan tersentak mendengarkan keputusan isteri keduanya.

‘’Ya, inilah keputusan yang ku lakukan, ini pilihanku, Jika wanita dihadapanku ini punya hati yang besar menerimaku, mencurahkan kasih mengapa aku perlu mementingkan diri. Sesungguhnya apa yang ku lakukan hanya kerana mu Ya Allah. Kasih dan taat ku pada suami yang mungkin sukar untuk membua pilihan, dan sayangku pada kak Kamariah adalah kasih sesame manusia.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience