BAB 5

Romance Completed 4276

Tanpa sedar, Hisham sudah pun memberhentikan keretanya dihadapan rumah
agam itu. Rumah itu masih seperti dulu. Bezanya hanyalah Sabariah. Hari
ke hari, dia semakin sibuk dengan hal persatuan.

Maklumlah, anak-anak, sudah dewasa dan semuanya sudah berumahtangga.

"Abang sihat?" Sabariah menyapa bersahaja.

"Baik. Sab apa khabar?" Hisham masih memanggil isterinya dengan
panggilan yang digunakan sejak pertama kali mereka bertemu pada hari
pernikahan. Sabariah senyum. Dia nampak bersahaja.

Sambil meletakkan secawan kopi di hadapan suaminya, Sabariah berkata,
"Sarah sihat? Barapa umur dia sekarang?"k

"Alhamdulillah. Tahun ni 5 tahun." Perlahan Hisham menghirup kopi yang
baunya sedari tadi menusuk hidung.

Hisham berkata, "Wah, sedap kopi ni. Kopi dari kampung, Sab ya?"

Sabariah bangun dan terus duduk di sebelah suaminya. "Haah...Sab balik
minggu lepas. Abang, Sab nak tanya ni. Macam mana? Abang dah buat
keputusan?"+

Hisham berhenti menghirup kopi yang masih suam itu. Keenakan kopi itu,
tiba-tiba terhenti begitu saja. Memandang wajah Sabariah, Hisham
memberanikan dirinya, "Sab serius kah? Betul Sab nak buat macam tu?"

Sabariah diam. Dia tunduk sahaja memandang lantai. "Apa yang membuatkan
Abang fikir, Sab main-main?"

Sabariah menarik nafas panjang. "Andai Abang tanya, tiadalah mana-mana
perempuan yang tidak ada rasa apa-apa apabila dia berkongsi suami."+

Hisham diam. Menanti Sabariah mencari kekuatan meneruskan kata-katanya,
Hisham berkata, "Abang tahu...Sab dah banyak membantu Abang."

"Abang, saya tahu?"

"Apa dia?"

"Jauh dalam hati, Sab memang sedih." Suara Sabariah kedengaran jauh ke
dalam. Seolah ditelannya setiap patah kata yang diucapkan.

Hisham terus diam. Hari ini dia datang pun, dengan tujuan mendengar.
Mahu mendengar dengan tenang.

Sabariah dengan tenang menyambung, "Saya sudah fikir masak-masak. Saya
ini, tiada apa yang diharapkan melainkan kasih sayang. Abang, saya bukan
muda lagi. Cukuplah saya menghabiskan sisa hidup berbaki ini dengan
kasih sayang. Cukuplah...."

Pagi yang cerah itu, kelihatan berbalam pada mata Hisham. Selesai
mendengar kata-kata Sabariah, dia jadi bingung.

Sepanjang pemanduannya hari itu, tiba-tiba pipinya basah tanpa sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience