BAB 4

Romance Completed 4276

Hisham termenung panjang lagi itu. Selepas Subuh, dia masih duduk atas
sejadah hijau itu. Jariah yang sudah bersiap seperti biasa, menyalami
tangannya. Sebaik sahaja dia memberitahu tentang rancangannya ke rumah
Sabariah, Jariah terus memeluknya.

Hashim tahu. Jariah seorang perempuan yang membuat keputusan dengan
mengambil risiko yang dia boleh tanggung.

Meskipun Sabariah berpendidikan tinggi, Jariah juga tidak jauh beza.
Meskipun hanya belajar dalam negara dan dibesarkan dalam keluarga di
kampung, Jariah merupakan seorang isteri yang bijak. Dia banyak berdikari.

Sabariah datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Hisham masih
ingat bagaimana perkahwinannya dengan Sabariah yang menjadi sebuah
perkahwinan pertama yang dirancang oleh kedua-dua belah pihak. Tidak
pernah dalam sejarah keluarga mereka, ada yang dinikahkan dengan
dirancang oleh orang tua.

Hanya mereka berdua. Hisham dan Sabariah. Walhal, pada waktu itu,
bukanlah menjadi satu adat biasa untuk sepasang anak mudah dinikahkan
oleh orang tua secara terancang. Tanpa banyak tahu tentang satu dengan
yang lain, mereka hidup bahagia juga dengan 4 orang cahaya mata.

Namun, hidup Hisham jalannya berbeza. Entah bagaimana hidupnya ditemukan dengan Jariah, yang banyak memberinya peluang menjadi lelaki sebenar.
Baginya, Sabariah tetap wanita pertama dalam hidup.

Jariah pula, datang dalam hidup Hisham, seolah sebuah kisah cinta tanpa
pendahuluan. Malah, penghujunganya juga tiada siapa yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience