DAGING PUN SEDAP (PART 6)

Horror & Thriller Series 866

Orang kata, kalau kita sedang behadapan dengan masalah, cubalah berfikiran positif dan rasional. InsyaAllah dipermudahkan. Tapi kalau masalah itu melibatkan hal mistik, bagaimana pula?

Cepat-cepat ku tangkis tanggapan itu. "Takda benda la." kataku yakin.

Mungkin kerana rasa ingin tahu yang menebal, aku langkahkan juga kaki menuju ke luar rumah. Aku berdiri di halaman belakang bersebelahan dengan pintu dan cuba meninjau keadaan sekeliling. 

Rumah teres satu tingkat yang kami sewa itu mempunyai ruang halaman belakang yang luas. Namun ditimbuni dengan rumput-rumput tebal yang jarang ditebas. Masing-masing sibuk dengan peperiksaan akhir yang bakal bermula tidak lama lagi. Tiada masa untuk bergotong-royong membersihkan rumah.

Sedang aku tercari-cari, aku terperasan sesuatu dibucu pagar sebelah kiri. Ku sepetkan mata, cuba memaksimakan penglihatan.

"Apa benda tu?" tanyaku sendiri. Nampak seperti susuk tubuh sesuatu sedang duduk menegak sambil merenung ke arahku. Tapi bentuknya kecik. Macam... seekor kucing.

"Miauw..."

"Opocot mak engkau!!" aku terlompat.

Mana tidaknya, sedang leka melihat benda itu, tiba-tiba ia bergerak dan mengiau. Berlenggang ia menuju ke arahku. Bulunya hitam sehitamnya. Berderau darah dibuatnya.

"Miauw..."

Sekali lagi ia mengiau setelah duduk dihadapanku. Ia memandang kehairanan. Comel!

Ya, aku sememangnya seorang pencinta kucing. Tak kisahlah kucing itu baka apa, aku suka semuanya. Malah pada tika itu, perasaan takutku terus menghilang melihatkan kecomelannya.

Pantas aku mencangkung dan membelainya. Bulunya halus dan baunya wangi.

"Kucing siapa agaknya ni. Mesti selalu dimandikan." tekaku.

Kalau betul itu kucing peliharaan, apa ia buat kat sini malam-malam? Tanpa dipinta, kucing itu menggesel-geselkan badannya di kakiku seperti mahu bermanja. Hatiku tersentuh.

"Jinaknya."

Baru aku teringat yang aku ada membeli daging mentah untuk dimasak malam itu. Lalu aku masuk ke dapur dan memotong sedikit cebisan daging untuk diberikan kepada kucing hitam tadi.

Dari ekor mata, ku lihat kucing itu hanya duduk memerhatikan tingkahku dan sabar menanti seolah-olah tahu aku ingin memberinya makan. Aku tersenyum.

Selesai memotong, aku letakkan isi daging itu didalam mangkuk plastik dan segera berpaling.

PRANG! PANG! PANG!

Mangkuk ditangan jatuh melantun. Bertaburan isi-isi daging yang aku potong tadi. Ya Allah aku benar-benar terkejut. Semasa berpaling aku lihat dengan jelas wajah kucing hitam tadi berubah menjadi wajah seorang wanita. Pucat mukanya dengan mata yang terbeliak memandangku.

Cepat-cepat aku berishtighfar. Namun bila aku toleh semula ke arah kucing itu, bayangan wajah tadi sudahpun hilang. Berkhayalkah aku? Kucing itu pula langsung tidak terkesan dengan keadaan itu dan matanya tertumpu ke arah daging yang berada di lantai.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience