DAGING PUN SEDAP (PART 8)

Horror & Thriller Series 866

"L..lima hari lepas, saya ada beri makan daging mentah dekat kucing hitam belakang rumah, ustaz. S..saya tak tahu kucing tu dari mana, tapi dia yang datang kat saya." tergagap-gagap aku menceritakan kisah itu kepada ustaz Shafiq.

"Kamu jemput dia masuk ke dalam rumah?" wajah ustaz Shafiq tampak serius.

"Ya, tadi lepas magrib saya panggil kucing tu masuk ke dalam rumah. T..tapi takde apa-apa yang berlaku, ustaz. Kucing tu cuma jalan-jalan je kat dalam. Lepas tu saya masuk dalam bilik. Tak lama lepas tu, barulah gangguan tu datang." sumpah kalau aku tahu kucing itu jelmaan jin, sudah pasti aku tidak akan menjemputnya masuk ke dalam rumah.

"Dalam dunia ni, bukan hanya kita manusia yang mendiaminya. Ada lagi makhluk-mahkluk Allah yang berpeleseran. Kamu tidak boleh sesuka hati membawa masuk benda yang kamu tidak kenal ke dalam rumah. Lagi-lagi kucing hitam. Waktu magrib pula tu. Entah betul kucing pun kita tidak tahu."

Tersentak hatiku mendengarkan teguran daripada ustaz Shafiq. Benar. Memang aku alpa soal itu. Entah kenapa aku lupa akan nasihat ibuku yang selalu mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan bicara dan tindakan kita.

"Maafkan saya ustaz. Semua ni salah saya." bahuku terjungkit-jungkit menahan sendu. Kalau bukan kerana kekhilafanku, pasti Sue tidak diganggu sebegini.

"Takpe, ini bukan salah kamu. Tapi jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan risau, kita sama-sama bantu Sue. Apa yang saya nak kamu buat sekarang, teruskan baca surah Yasin dan ayat-ayat yang kamu tahu. Ingat, apa pun yang terjadi, jangan sekali-kali hentikan bacaan. Dan jangan pandang muka Sue sehinggalah saya selesai. Faham?"

"Faham ustaz." jawab aku dan Tina serentak. Saat itu juga kami memulakan bacaan. 

"Hoi! Kan aku cakap jangan baca! Kau tak faham ke hah?!"

"Kalau kau taknak rasa sakit, kau keluar dari badan budak ni sekarang!" arah ustaz Shafiq.

"Aku taknak! Aku suka dekat budak ni. Dia pun sama macam aku...Hahahah!"

"Sama macam mana?" umpan ustaz Shafiq. Dia mahu tahu alasan 'benda' itu mengganggu pelajarnya.

"Dia pun ada sikap yang sama macam aku. Kejam! Tiada hati perut! Pembunuh! Aku suka..."

"Apa maksud kau?!"

"Korang tak tahu ke? Hihihihi..." ejek makhluk itu. Lima hari lepas, selepas maghrib, Aku nampak budak ni sedang korek sesuatu dekat belakang rumah. Hihihih..."

"Lima hari lepas? Kat belakang rumah?" hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Adakah dia maksudkan hari aku bertemu dengan Mimi? Longgokan tanah yang baru dikorek tu... Apa yang ditanam di dalam??

"Jangan berhenti baca!" sergahan dari ustaz Shafiq menyedarkanku. Kalut aku menyambung bacaan.

"Kau tahu dia sedang tanam apa?"

"Apa yang dia tanam?" tanya ustaz Shafiq lagi.

"Hmmmm.. Haaaa... sedapnya bau darah hanyir tu. Manis!!! Hahahaha..." air liur Sue jatuh meleleh. Dia tersenyum menyeringai.

"Jawab apa yang aku tanya!" herdik ustaz Shafiq keras. Panas hatinya melihat jin yang cuba menyesatkan manusia.

"Dia....tanam janin..Hihihihi..."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience