DAGING PUN SEDAP (PART 7)

Horror & Thriller Series 866

Selalunya naluri seekor kucing akan segera meluru ke arah makanan tapi lain pula dengan kucing seekor ini. Mungkin benarlah ia jinak dan terlatih. Mungkin tuannya mengajar agar makan hanya apabila diberi.

Malas berfikir bukan-bukan, aku mengutip semula cebisan-cebisan daging tadi dan memasukkannya semula ke dalam mangkuk. Kemudian, aku menapak keluar dan meletakkannya di atas lantai. Lahap sekali ia meratah isi daging itu.

Seketika kemudian, aku kalihkan pandanganku ke arah tempat kucing itu muncul tadi. Ku lihat dipenjuru pagar. Kelihatan seperti longgokan tanah yang baru dikorek.

"Mungkin kerja kucing tu kut." aku membuat teori.

Sedang aku leka melayan kucing itu, telingaku menangkap bunyi pintu bilik seperti dibuka. "Ada yang dah balik ke?" tanyaku pelik. Tapi tidak pula kedengaran pintu geriji rumah dibuka.

Aku segera melangkah masuk ke dalam untuk memastikan.

"Eh Jiah!" Aku terperanjat. Sue yang berdiri di depan pintu biliknya turut sama terkejut.

"Ya Rabbi Sue.. Kau dah balik dari tadi ke? Senyap je, kau buat apa?" tanganku sudah ralat mengusap-usap dada yang sesak. Boleh kena sakit jantung macam ni.

"S..sorry. Aku tidur kat dalam bilik. Aku tak sihat, sakit perut.."

"Kau period eh?"

"Err..a ah."

"Okay tak ni? Pucat je muka kau. Nak aku hantar kau pergi klinik?"

"Eh takyah. Aku nak minum air je." Sue menolak.

Apabila Sue ingin melangkah menuju ke dapur, dia terhenti. Aku jadi pelik.

"Kenapa?" tanyaku.

"A..apa tu?" Sue balas dengan pertanyaan sambil pandangannya mengarah ke arah kucing hitam tadi. Riaknya jelas takut.

"Tu? Kucing tu ke?" tanyaku lagi. Tapi aku faham kenapa dia bereaksi seperti itu. Aku tahu Sue tidak suka pada kucing.

"Hmm.. Aku masuk bilik dulu la. Selamat malam."

"Eh, Sue! kata nak minum."

Namun Sue tidak menghiraukan panggilanku dan laju berlalu ke dalam bilik.

"Mungkin sakit benar agaknya." fikirku. Aku terus saja kembali ke arah kucing tadi. Ia masih setia menunggu. Ku usap-usap kepalanya dan setelah itu dengan sendirinya ia mengundurkan diri dan hilang dalam kepekatan malam.

Sejak dari itu, ia akan datang setiap kali selepas magrib dan menunggu di depan pintu. Aku turut memberikannya nama. Mimi. Aku suka nama tu.

Mimi tidak pernah cuba masuk ke dalam rumah walaupun pintu rumah terbuka. Malah aku sendiri tidak pernah menjemputnya masuk ke dalam kerana tahu ada yang tidak suka pada kucing. Biasalah, apabila duduk menyewa beramai-ramai, haruslah ada sikap bertimbangrasa.

Tapi entah mengapa, malam ini aku tergerak hati untuk 'menjemput' Mimi masuk ke dalam rumah. Mungkin kerana aku berasa bosan dan sunyi duduk seorang diri.

Memang kebiasaannya, akulah orang pertama yang akan sampai ke rumah kerana aku malas menelaah di perpustakaan. Adakah Mimi aku yang makhluk itu maksudkan? Jikalau benar, maknanya kucing yang selama lima hari aku peluk dan belai itu adalah jelmaan syaitan?!

Ya Allah, berderau seluruh tubuhku.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience