DAGING PUN SEDAP (PART 2)

Horror & Thriller Series 866

"Arghhhhhh!!!!"

Bergema teriakanku malam itu. Bukan main kepalang aku terkejut. Apa yang aku lihat sebentar tadi benar-benar meragut semangatku.

Oleh kerana tidak mampu mengawal perasaan, aku terjatuh dari kerusi dan terduduk di lantai. Kejap tanganku menutup wajah.

Tadi semasa aku mendongak, aku ternampak kelibat sesuatu sedang merangkak di atas siling sambil mata makhluk itu tajam merenung ke arahku dengan senyuman yang menyeringai.

Gila! Musibah apakah ini?

Diam. Hanya nafasku yang turun naik kedengaran. Tidak pasti samada aku sedang berhadapan dengan realiti atau permainan minda.

SKRRRT... SKRRRTT...

Kedengaran bunyi kertas seperti dikeronyok oleh sesuatu. Perlahan lagaknya. Seperti cuba menguji keberanian ku.

Tapi aku tetap pegun diposisi sama. Hendak dibuka mata aku takut. Apatah lagi ingin menggerakkan tubuh.

TAP! TAP! TAP!

Bunyi derap kaki pula kedengaran menghampiri.

"Jiah... Kenapa tutup mata? Tadi kata nak masak."

Garau suara itu bertanya. Berdiri seluruh bulu romaku. Macam mana dia tahu aku nak masak? Lagi satu, mana dia tahu nama aku?! Dia ke yang bercakap masa kat dapur tadi?

Ya Allah! Kenapa harus malam ini aku diganggu? Selama aku tinggal menyewa di rumah itu, tidak pernah sekalipun aku mahupun rakan serumah yang lain diganggu.

Malah, sebelum berpindah masuk, rumah tersebut sudahpun di'pagar' atau dibersihkan daripada gangguan jin.

"Aku tak ganggu kau. Jadi kau jangan ganggu aku!" aku memberanikan diri. Walapun hatiku tika itu sedang berdentum hebat, aku tidak mahu menyerah dengan gangguan syaitan.

Suasana sekililing kembali sunyi. Yang kedengaran hanya sayup-sayup alunan muzik dari playlist lagu yang aku putarkan tadi. 

Tiba-tiba aku rasakan seperti ada sesuatu duduk di sebelahku. Wah makin menjadi-jadi kau ya! Tubuhku jadi seram sejuk. Semakin lama semakin pantas degupan jantungku berdetak. Dapat aku rasakan bahuku seperti dihimpit oleh seseorang dari tepi. Tanpa amaran, 'benda' itu baring dibahuku.

"Arghhhhhhhhhhhh!!!! Pergi! jangan kacau aku! Pergi!!" sekali lagi aku terpekik. Pantas aku mengengsot ke dinding dan sedikit meracau.

"Jiah! Jiah kenapa kau ni?!! Kau okay ke??"

"......." aku terpempan. "Tina?" aku seakan tidak percaya orang yang didepanku sekarang ialah Tina.

"Ye, ni aku Tina. Kau okay ke? Kenapa kau menjerit?" Nampak kegusaran di wajah Tina. "Kenapa dengan kawan aku seorang ni? Kena sampuk ke apa?" kata Tina di dalam hati.

"Tina.." leretku seraya memeluk Tina. Aku teresak-esak dalam pelukannya. Mahu dibuang rasa takutku yang tadi. Sumpah aku terkejut. Siapa yang baring dibahuku tadi?

"Hey. Aku ada ni. Shhhh, it's okay." Tina cuba menenangkanku. "Confirm kena ganggu ni." teka Tina di dalam hati.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience