BAB 1

Romance Completed 20373

HOI! Mana kau nak lari? Kelaur kau sekarang sebelum pecah kau aku kerjakan!
Ya Allah, jantung aku turun naik cemas jadinya, tiada apa yang mampu aku lakukan selain berdoa dan memejamkan mata dengan erat memohon agar dia tidak menemukan aku di sini. Aku meneguk air liur apabila terdengar bunyi orang melangkah. Janganlah sampai dia nampak aku. Ya Allah! Bantulah hambamu yang dalam kesusahan ini.

“ Wey Bro! Kau buat apa dekat dalam tu?”

Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Ada orang datang.

“ Aku cari orang. Aku rasa tadi dia datang sini.”

Aku mengintai di celah-celah kotak dan dapat melihat dua orang lelaki sedang berdiri depan pintu. Aku kena cepat keluar daripada sini atau aku akan berada dalam bahaya.

“ Jom. Aku belanja makan.”

“ Boleh juga. Jom.”

Mereka dah pergi. So, baik aku cepat-cepat keluar. Bismillah! Terkedek-kedek aku melangkah ke arah pintu. Tetapi, pintu dikunci! Ya Allah! Macam mana ni?

“ Awak siapa?”

Menyirap terus darahku sebaik sahaja mendengar suara garau itu. Aku menggigil ketakutan. Siapa dia tu? Dengan perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Terpampang satu wajah lelaki yang boleh tahan handsome sedang memandang serius ke arahku. Aku terteguk air liur.

“ Sa..saya..saya.”

Aku meneguk air liurku berkali-kali. Mak! Tolong Aimi!

“ Saya tau kawan saya sedang cari awak tadi. Tapi, apa yang awak buat sampai dia cari awak ke stor ni?”

Aku tunduk memandang lantai. Mataku dah menjadi panas. Tunggu masa nak turun je.

“ Sa..saya minta maaf. Sebenarnya saya terambil ni. Saya terpaksa sebab mak saya sakit kat rumah. Dan dia perlukan sangat-sangat benda ni. Maafkan saya!”

Akhirnya, air mataku mengalir jua ke pipi. Aku langsung tak mendongak untuk melihat dia. Aku sangat takut. Aku genggam kuat ubat yang aku genggam itu. Sebenarnya, aku keluar daripada rumah sebab nak cari ubat bagi melegakan sakit mak aku. Tapi, aku tak ada duit yang cukup. Bila nampak farmasi, aku masuk dan niat aku nak cakap baik-baik dengan bos kat situ. Tapi lain pula jadinya bila ada orang tuduh aku mencuri. So, tak fasal-fasal aku ambil ubat tu dan lari ke sini. Aku pun bodoh! Dah tau tak mencuri pergi lari. Kan dah kena.

“ Nama awak?”

“ Aimi.”

“ Jangan risau. Jangan takut. Saya tak makan orang.”

Aku terus mendongak melihat dia saat mendengar suaranya yang begitu lembut pada pendengaran aku. Nadanya begitu tenang. Dan kini aku dapat lihat dia tersenyum ke arahku. Ya Allah.

“ Jom ikut saya. Dan bagi ubat tu.”

Dengan tangan yang terketar-ketar aku menyerahkan ubat itu pada dia. Air mataku yang mengalir tadi cepat-cepat diseka. Aku melihatnya tanpa kata.

“ Jom.”

Akhirnya, aku hanya mengikut langkahnya masuk ke dalam farmasi itu semula. Dan aku dapat kesan beberapa mata yang tajam merenung aku. Pantas aku bersembunyi di belakang lelaki tadi.

“ Syirah. Ambil ubat ni. Tolong scan. Saya bayar ubat ni.”

Aku tersentak. Bayar? Dia tolong bayar?

“ Bos?”

Okay. Kali ni aku terkaku terus. Bos? Dia bos kat sini! Ya Allah!

“ Kenapa? Cepatlah.”

Aku rasa nak nangis lagi. Tapi, cepat-cepat ditahan. Aku tak mahu orang kata aku lemah.

“ Okay siap. Aimi.”

Aku memandang dia yang sedang tersenyum ke arahku itu. Dia menghulurkan aku ubat tadi dan aku mengambilnya dengan hati yang sebak. Senyuman hambar diukir dan aku mengucapkan terima kasih tanpa suara ke arahnya. Selepas melihat dia mengangguk, aku terus berlari keluar daripada situ.

Kenapa dia terlalu baik dekat aku? Kenapa? Ya Allah. Aku tak layak! Akhirnya, air mataku mengalir jua. Langkahku yang laju tadi semakin perlahan dan kini aku betul-betul berada di hadapan sebuah kedai foto. Aku mendongak memandang langit.

“ Ya Allah. Semoga lelaki tadi sentiasa dirahmatiMu Ya Allah. Dia sangat baik. Terima kasih ya Allah.”

Aku menyeka air mataku yang semakin laju mengalir itu. Tapi, air mata terus mengalir. Teresak-esak aku menangis dekat situ. Mak. Kenapa hidup kita macam ni? Kenapa ayah mesti pergi? Kenapa mak?

“ Kenapa awak nangis?”

Tersentak mendengar suara itu, aku pantas menyeka air mata dan meninggalkan situ. Bodoh! Kau bodoh Aimi! Kenapa mesti menangis dekat tempat awam ni! memalukan!

“ Wait!”

Lelaki tadi berdiri tepat di hadapanku dengan kerutan di dahi.

“ Mata awak merah. Hidung pun. Muka awak nampak comot. Tudung awak nampak berserabut. Ermm. Meh saya tolong.”

Tiba-tiba dia mengambil sapu tangan yang berada dalam poketnya dan tanpa menunggu keizinanku, dia terus mengelap lembut wajahku. Aku hanya mampu berdiri statik di hadapannya dengan hati yang berdebar-debar. Mataku juga tidak lepas memandang perbuatannya. Ya Allah. Siapa dia?

“ Hmm. Baru nampak cantik. Tudung awak pula.”

Sekali lagi, tangannya membetulkan tudung aku. Dengan perlahan dia menarik tudungku ke belakang dan menyapu lembut kepalaku dengan senyuman. Perbuatannya cukup halus dan kemas tanpa terkena sedikit pun kulit mukaku. Ya Allah.

“ Comel pun. Okay dah. Jangan nangis-nangis lagi. Tak comellah. Okay?”

Pantas aku mengangguk dengan keprihatinannya itu. Serius, aku tertarik! Aku mula rasa dihargai dan disayangi. Siapa dia sebenarnya?

“ Siapa awak?” Spontan soalan itu keluar daripada mulut aku.

“ Saya? Saya Imran. Lepas ni kalau nak minta tolong saya, just cari saya dekat farmasi tu okay. Saya pergi dulu. Jaga diri tau.”

Dengan senyuman, dia berlalu meninggalkan aku. Aku menyentuh lembut dadaku. Dadaku semakin berdebar-debar. Arh! Jangan terlalu percaya. Maybe dia simpati je tu. Dah. Balik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience