BAB 4

Romance Completed 20378

Hari-hari aku berjalan seperti biasa. Tiada yang istimewa. Cuma, hari ini aku rasa sangat berbeza. Rasa macam ada orang memerhati. Rasa macam akan berlaku sesuatu. Dan kini, aku baru saja habis kerja. Nak pulang tapi kena pergi beli ubat dulu. Dah tentu kena beli dekat farmasi tu. Arh! Pergi beli dekat farmasi lain
lah.

“ Aimi! Kejap!”

Aku menoleh ke belakang.

“ Ada apa Rahim?”

“ nah. Ada orang suruh aku bagi dekat kau. Aku balik dulu.”

Aku membelek bungkusan yang berada dalam tanganku saat ini. aku perhati sekeliling. Bukan orang jahat yang bagi kan?

Belum sempat aku nak berjalan, tiba-tiba aku terdengar bunyi. Bunyi macam daripada telefon. Dan tak semena-mena kotak yang aku pegang juga bergetar. Aik? Takkan dalam kotak ni ada telefon bimbit? Pantas aku membuka kotak tersebut.

“ YA Allah!”

Ada handpone dan sepucuk surat. Pantas aku membaca surat itu.

Terimalah pemberian saya yang tidak seberapa ini. Dan tolong jangan anggap saya ni sebagai orang asing. Saya ikhlas. Kalau perlukan bantuan, telefon nombor ni.

Aku terteguk air liur. Telefon bimbit tadi still berbunyi. Dengan perasaan takut, aku menjawab panggilan tersebut.

“ He..helo.”

“ Assalamualaikum.”

Aku mengetap bibir. Lelaki ni lagi.

“ Waalaikumussalam. Awak nak apa? dan apa tujuan awak bagi benda ni? macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?”

Bertalu-talu soalan aku tanya dekat dia.

“ Sabar. Tarik nafas dulu. Saya akan explain. Tapi, boleh kita jumpa? Datang ke farmasi saya. Saya tunggu dekat sana. Awak pun kena beli ubat dekat mak awak kan?”

Aku tersentak. Dia tahu? Dia macam baca jadual harian aku.

“ Saya tunggu awak. datanglah.”

Sebaik sahaja panggilan tamat. Aku terus mengalirkan air mata. Dan sekali lagi jantung aku berdebar hebat. Aku ketuk dadaku dengan seribu perasaan. Tolong! Jangan cepat jatuh cinta! Please!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience