BAB 6

Romance Completed 20378

“ Mak. Bangun mak. Ada orang datang ni.”

Aku bantu mak aku duduk dengan senyuman. Aku menjeling insan di sebelahku dengan senyuman. Dia nampak smart pula.

“ Makcik. Saya Imran. Doktor Aimi dulu. Makcik ingat tak?”

Aku nampak mak macam baru tersedar. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Imran. Serentak itu dia mengalirkan air mata. Eh! Mak?

“ Im..Imran.”

“ Ye. Saya ni makcik. Makcik ingat kan? Maaf sebab saya baru datang.”

Aku meninggalkan mereka berdua lalu melangkah ke ruang tamu. Biarlah mereka berbual sebentar. Dah lama juga aku tak dengar suara mak. Mak. Kenapa mak rahsiakan semua ni daripada Aimi? Agaknya Aimi memang sentiasa bernasib malang kot mak.

“ Ini untuk awak. Simpan baik-baik.”

Aku tersentak sesaat. Kenapa aku teringat something berkaitan dengan dia? Tanpa berlengah, aku pantas masuk ke dalam bilik dan membuka almari baju. Aku cari benda yang aku rasa berkaitan dengan kisah lalu aku. Cari punya cari, tanganku tersentuh satu kotak kecil.

“ kotak apa ni?”

Aku mengambil kotak kecil tersebut lalu dibuka. Sebaik sahaja aku buka, hampir saja kotak itu terlepas daripada pegangan aku. Cincin? Aku menekup mulut kuat. Serentak itu air mataku mengalir lagi.

Aku membelek kertas kecil yang berada dalam kotak tersebut.

Because you’re my person. Because I love you Aimi Aisya.

Terduduk aku selepas membaca kertas itu. Ya Allah. Kenapa aku perlu lupa benda sebegini? Kenapa? Ya Allah. Aku bersalah sangat buat dia tunggu aku. buat dia menderita. Allah!

“ Awak! awak dekat mana?”

Aku pantas menyeka air mataku lalu tergesa-gesa menyimpan kotak itu ke dalam almari semula. Tapi lain pula jadinya bila kotak itu terjatuh. Aku tunduk untuk mengambil kotak itu lalu pantas menyimpannya kembali. Tapi, aku terperasankan sesuatu. Aku tunduk semula sampai ke bawah katil. Buku?

“ Diari aku ke ni?”

Diari yang penuh dengan habuk aku sapu lalu membuka helaian demi helaian. Dan sampai helaian kelima, terpampang wajah ayah aku dan Imran. Aku tersenyum hambar. Ayah. Maafkan Aimi. Aimi salah.

“ Aimi!”

Ya Allah. Aku buat dia tertunggu-tunggu. Baik aku simpan dulu.

“ Kejap!”

Pantas saja aku keluar dan menemui Imran yang sedang tersenyum itu.

“ Dah habis berbual dengan mak saya?”

“ Dah. InsyaAllah esok saya bawa mak awak ke hospital. Fasal kos awak jangan risau. Semua ditanggung beres.”

Aku tergelak kecil. aku pandang dia dengan tanda tidak percaya.

“ Kenapa pandang saya macam tu?”

Aku menggeleng dalam senyuman.

“ Umur awak tahun ni?”

“ 29. Saya tahu saya dah tua.” Dia mencebik.

Aku tergelak.

“ Kenapa nampak muda lagi? haha. Okay enough. Jom saya hantar ke pintu depan.”

“ Aimi. Can I say something?”

Aku hanya mengangguk lalu keluar daripada rumah. Entah mengapa, kini aku rasa macam beban dalam kepala aku hilang. Rasa macam segala rahsia sudah diketahui. Aku macam baru lepaskan satu tumbukan ke arah dinding. Haha.

“ I will be waiting for you. No matter what happen, I will always love you. Because you’re my love.”

Dan tidak semena-mena jantungku berdegup kencang. Melihat dia tersenyum, aku juga turut tersenyum tetapi debaran ini mengatasi segala-galanya. Aku nampak jam bacaan jantung ada pada lengannya.

“ Boleh saya pinjam jam tu?” Soalku.

“ Bukan pinjam tapi ini memang kepunyaan awak. saya pulangkan pada awak. nah.”

Aku memakai jam itu lalu tanpa seminit, bacaan pada jam itu dah mencecah ke 120. Aku tersentak. Aku pantas mendongak melihat dia.

“ Itulah perasaan awak. maybe awak dah lupa semuanya that’s why awak tak rasa dan tak mengaku pun. But, itulah kenyataannya. Because you love me.”

Aku tak tahu tapi dia bagaikan penyelamat Allah kepadaku. Terima kasih Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience