BAB 5

Romance Completed 20372

“ Saya tunggu awak.”

Kata-kata itu berulang kali bermain dalam fikiran aku sampai aku dah berdiri di depan dia. dia setia tersenyum depan aku even aku tak senyum pun dekat dia.

“ Sebelum tu, nah. Ini ubat mak awak. ambillah.”

Aku tengok dia lalu menggeleng laju.

“ Saya akan beli sendiri. Terima kasih.”

“ Jangan lah macam ni. saya ikhlas. ambillah. Kalau awak tak ambil bermakna awak tolak rezeki Allah.”
Oh! Main ugut-ugut nampak.

“ Yelah.”

Aku sambut pemberiannya dengan geram. Tapi, kalau aku tak ambil mak takkan sembuh.

“ Boleh kita terus ke point utama? Saya dah tak ada masa yang banyak.” Jelasku sambil memandang dia.

“ Sure. Jom ikut saya.”

Dia melangkah masuk ke dalam farmasi dia. aku hanya menurut sampailah aku berdiri tepat di hadapan pejabat persendirian dia. kena masuk ke?

“ Masuklah.”

Dengan rasa yang terlalu kekok, aku masuk dan duduk di depan dia. aku macam kena soal siasat pula.

“ Aimi. Jangan malu dengan saya.”

“ Cepatlah cakap.”

Aku tak mampu untuk memandang tepat ke matanya. Jadi, aku pandang ke bawah. Lega!

“ Saya dah kenal awak lama. Lama sangat. Sampai, saya dah tak mampu untuk lupakan awak.”

Hatiku tersentak. Aku pandang tepat ke wajahnya. Dia dah kenal aku lama?

“ Maybe awak dah lupa. Bukan awak sengaja lupa tapi memang awak dah lupa. Sebab awak ada masalah ingatan time tu.”

“ Saya tak faham.”

Aku dapat rasakan jantung aku semakin sakit. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“ Saya doktor awak Aimi.”

Aku terdiam. Doktor?

“ Saya yang rawat awak dulu.”

Aku tergelak.

“ Rawat? Saya sakit apa? Tipulah.”

Kali ni, senyuman dia dah hilang. Dia memandangku dengan serius. Aku pula jadi gerun.

“ Saya tak tipu dan tak mungkin akan tipu akan benda macam ni. Mak awak tahu segala-galanya. Cuma mak awak rahsiakan perkara ni daripada awak.”

Aku masih diam menanti kata-kata dia yang seterusnya.

“ Dua tahun yang lalu. Awak seorang yang ceria, periang, suka bantu orang, suka buat orang gelak dan paling penting awak seorang yang sangat penyayang. Awak ada mak dan ayah yang sangat baik. Ayah awak banyak menceriakan hari awak.”

Ayah?

“ Sampai satu hari tu, awak tiba-tiba mengerang kesakitan. Awak cakap dekat ayah awak yang dada awak sakit sangat. So, time tu ayah awak bawa awak ke hospital.”

Tiba-tiba dia bangun dan berdiri tepat di depan aku.

“ Pakai ni.”

Jam tangan? Aku menyambut jam itu lalu memakainya. Serta-merta nombor yang ada dekat jam itu mendadak naik.

“ Ini jam special. Jam bacaan jantung awak. Dari kecil awak pakai jam ni sebab ayah awak hadiahkan.”

Aku pandang tepat ke matanya dengan perasaan yang berkecamuk. Sakit weh! Dada aku tiba-tiba sakit! Jam tadi terus berbunyi apabila nombor dah mencecah ke 120.

“ Jantung awak tengah berdebar-debar kan? awak tengah rasa sakit kan?” Aku tersentak. Dia tahu?

“ Masa tu awak polos orangnya dan berjaya buat orang lain gelak. Tapi, keadaan berubah bila awak dapat tahu ayah awak meninggal selepas menghantar awak ke hospital.”

Air mataku tiba-tiba mengalir tanpa sempat aku tahan.

“ Time tu juga awak terus pengsan tidak sedarkan diri. Sebab keadaan jantung awak dah teruk. Tahap yang paling kritikal.”

Dia duduk pula melutut depan aku. aku masih menahan tangisanku daripada didengari dia.

“ Pada hari kematian ayah awak juga, awak dapat jantung baru. Saya yang buat pembedahan tu. tapi, saya tak sangka selepas awak sedar. Awak lupa siapa awak. awak lupa kenapa awak boleh ada dekat hospital dan awak lupa mana ayah awak pergi. Awak yang nak lupakan semua tu kan?”

Aku tekup mulutku. Aku memejamkan mataku erat. Tiba-tiba terbayang wajah ayahku yang sedang mencempungku masuk ke dalam hospital. Terbayang juga wajah doktor yang merawat aku iaitu orang yang berada depan mata aku sekarang. Terbayang juga keadaan aku sebelum mendapat berita kematian ayah aku. Ya Allah.

“ Selepas awak sembuh, mak awak bawa awak balik ke rumah. Mak awak terpaksa tipu awak yang ayah awak meninggal sebab sakit jantung. Sedangkan dia kemalangan selepas hantar awak. mak awak tak nak awak rasa bersalah yang amat.”

Aku genggam kuat jariku dengan linangan air mata. Dadaku semakin sakit. Aku pandang ke mata Imran.

“ Demi tak nak buatkan mak awak risau. Saya yang suruh mak awak berpindah. Dua tahun Aimi. Dua tahun! Saya hanya mampu memerhati awak dari jauh. Mak awak juga tak nak saya terlalu ambil berat sebab risau orang akan kata bukan-bukan. Jadi, sebulan selepas tu saya hanya memerhati dari jauh. Dan untuk pengetahuan awak, saya sakit tengok keadaan awak macam ni. Saya nak bantu awak tapi, mak awak larang. Sampai awak datang ke farmasi saya dan ingin beli ubat.”

Aku melihat wajahnya yang sentiasa menenangkan hati aku itu. dan aku perasan ada air mata di hujung matanya. Ingin sekali aku menyeka air matanya itu tapi aku tak mampu.

“ Mulai saat itu, saya dah bertekad ingin terus jaga awak dan mak awak. saya tak nak bersembunyi lagi. saya dah tak sanggup tengok orang yang saya sayang menderita.”

Akhirnya, air mata dia jatuh. Aku terkejut tapi aku mula rasa bahagia. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku bersyukur sebab dia bukan seperti yang aku sangka.

“ Se…sebab apa awak buat semua ni Imran? Awak hanya doktor yang pernah rawat saya dulu. Awak bukan sesiapa. Ayah saya pun dah lama meninggal.” Ujarku dalam nada yang bergetar.

“ Because I love you. I love you very much. Almost 2 months I waited for this day. I’m hurt you know? I can’t let you be like this. I can’t.”

Aku memulangkan kembali jam tadi kepada dia. Lantas, aku bangun dan menyeka air mataku dengan senyuman hambar. Bila dah rasa lega aku kembali memandang dia. melihatkan dia yang masih melutut itu, aku turut melutut bersama depan dia.

“ Awak.”

Aku mengambil sapu tangan yang berada dalam poket bajunya itu lalu mengelap dengan perlahan air matanya. Aku mengelap wajahnya dengan lembut. Tapi, aku pula yang mengalirkan air mata. Bodoh! Kenapa dengan kau Aimi!

“ Kenapa awak nangis?”

Dia memegang lenganku yang berlapik itu dengan senyuman kecil.

“ Te..terima kasih. Tapi, saya… saya..”

“ Syuhh! Don’t speak. Just keep quiet. I don’t want to hear your voice. I just want to see your face. I really really miss this face. Gelak tawa dia. usikan dia. semuanya dah hilang. Saya nak dia yang dulu.”

“ Dah berapa lama kita kenal?”

Dia tersenyum dan menunjukkan genggamannya ke arahku. Perlahan-lahan dia membuka genggaman itu.

“ 5 tahun. Semenjak awak hidapi sakit jantung, saya dah mula kenal awak. time tu, awak masih sekolah. Still in form 3.”

“ Saya salah. Saya minta maaf. Sepatutnya saya panggil awak doktor. Awak lebih tua daripada saya. Sorry.”

Dia tergelak. Melihat dia tergelak aku juga terikut sama tapi tak lama.

“ Dulu, awak yang suruh saya supaya tak formal. So, awak tak panggil saya dengan panggilan doktor tapi ‘awak’. sebab awak kata panggil doktor Imran terlalu formal.”

Aku terkejut. Biar betul?

“ Yes. Awak dah makan?”

Aku tengok jam tangan dia. alamak!

“ Saya belum bagi mak makan ubat. Saya dah lewat. Saya balik dulu!”

Terus aku bangun dan bersiap untuk melangkah. Tetapi, panggilannya membantutkan aku untuk terus melangkah.

“ Saya hantar. Saya dah lama tak jumpa mak awak. jom.”

Dan dalam diam, aku tersenyum. Ya Allah. Semua ni macam mengejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience