BAB 10

Romance Completed 20373

Siapa sangka, selepas mak aku benar-benar sembuh. Aku terus dilamar. Sebulan lepas tu, aku sah menjadi isteri dia. Dan kini hampir 5 bulan berlalu. Aku pun dah nak jadi mak orang. Ya Allah. Aku bahagia sangat. Terima kasih Ya Allah.

“ Sayang?”

Aku menoleh ke arahnya dengan senyuman. Aku menyentuh lembut perutku yang masih belum menampakkan rupa itu. Sayang. Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama dan papa. Mama janji akan jaga kamu sebaik mungkin.

“ Sayang happy tak?”

Dia datang dan memelukku daripada belakang. Kepalanya diletakkan di atas bahu kiriku. Aku tersenyum bahagia.

“ alhamdulillah. Saya bahagia. Abang?”

“ Alhamdulillah. Bahagia juga. Sebab abang dah lama tunggu saat ini. Dulu ayah sayang ada pesan. Kalau dah sayang tu mengaku jangan sampai sayang dirampas. Abang masa tu hanya mampu gelak sebab time tu umur sayang baru 17 tahun. Gila ke apa abang nak luahkan perasaan abang. Kalau abang cakap pun memang sayang takkan percaya.”

Aku tergelak kecil.

“ Lepas tu?”

“ Sampailah malam kejadian tu berlaku, abang mati akal sebab tak nak kehilangan sayang. Tambah-tambah time tu sayang baru lepas dapat result. I though, sebelum tu sayang maybe terlalu layan perasaan.”

Aku tersenyum. maybe.

“ Masa sayang berada dalam wad ICU tu. abang dah cemas. Tiba-tiba sayang cakap bukan-bukan. Just, I shocked when you said that you love me. Time tu memang abang rasa dah tak bermaya.”

Aku menutup muka tanda malu yang amat. Terdengar dia ketawa kecil.

“ Tak payah nak malu dengan abang. Awak pun dah jadi isteri kepada doktor Imran ye.”

Aku tergelak kecil.

“ but…. Bila abang bagi cincin tu?” Aku teringat benda tu.

“ Dua minggu sebelum kejadian tu. Tapi, abang tak bagi sayang buka lagi time tu sebab abang kata tunggu lepas result. Tapi tak sangka sayang baru terjumpa lepas semuanya dah terjadi.”

“ Saya minta maaf.”

Aku memusingkan badan dan memeluk dia dengan erat.

“ It’s okay la. Sayang tak salah. Dah. Lupakan benda yang dah berlaku. Sekarang kita fokus dekat anak kita ni. Hai anak papa.”

Perlahan tangannya mengusap perutku. Aku tersenyum lebar.

“ Sabar ye anak papa. Nanti bila anak papa ni keluar, kita buli mama erk.”

Aku mengerutkan dahi.

“ Why must me?”

“ Kerana awak adalah kekasih saya, cinta hati saya, isteri saya dan kerana kami sayangkan awak Mrs Aimi Aisya.”

Terima kasih untuk semua kasih sayangnya, dan kerana aku sayang dirimu, aku berdoa semoga Tuhan sentiasa melindungimu di mana saja kau berada, sama ada saat kau berada dekat atau jauh dari sisiku. Aku takkan pernah berhenti mendoakan kesejahteraanmu.
‘’Mmmmuahh!’’ Satu ciuman ku berikan lalu ku peluk dirinya dengan erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience