Bab 6

Humor Completed 60891

“Aiman darling!” Ah sudah... Ni yang paling Aiman malas nak layan ni! Otak dia tengah berserabut sekarang ni.

“You nak apa?” dingin sekali nada suara Aiman menyapa cuping telinga Veronica. Veronica yang tidak pernah dilayan sebegitu rupa tersentak dengan penerimaan Aiman terhadapnya.

“Kenapa dengan you ni Man? Tak pernah you layan I begini sebelum ni!” Veronica dah mula tunjuk muncung itiknya. Aiman melepaskan lingkaran tangan Veronica di lengannya. Rimas! Muka Veronica bertambah kelat dengan tindakan Aiman itu.

“I malas nak layan you sekarang ni. So, berambus dari pandangan I sekarang.” Veronica menala pandang ke arah panahan mata Aiman kala itu.

Sedari tadi dia perasan Aiman asyik merenung ke suatu arah. Dia juga ingin tahu apa yang dilihat Aiman. Seorang gadis bertudung litup sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang lelaki cina. Begitu sopan gadis itu tertawa dengan tangan yang menutup mulut. Tidak dapat tidak, hati Veronica diamuk marah. Dirinya yang seksi lagi menggiurkan tidak dipandang Aiman langsung! Melihatkan Aiman yang mendiam di situ tiada respon, Veronica mula angkat kaki.

Namun dalam hati dia bertekad untuk tidak melepaskan Aiman pergi. Gila! Perempuan mana yang nak lepaskan lelaki sekaya dan setampan Aiman? Aiman punya segala-galanya! Hanya orang gila sahaja yang akan melepaskan ikan besar macam Aiman. Dia kenal dengan Aiman. Politeknik Temasek sememangnya tidak layak untuk menerima pelajar sepintar Aiman. Aiman layak malah pernah ditawar masuk ke Universiti Oxford namun dia memilih untuk menetap di Singapura dan menjalani kehidupan seperti pelajar biasa di sini.

Hakikat itu hanya diketahui oleh segelintir orang sahaja. Veronica tahu hal itu pun melalui sumber yang boleh dipercayai. Selepas Veronica pergi, Aiman pula bingkas bangun. Hala tuju kakinya hanya satu. Azlin!

“Awak nak apa?” Aiman merenung wajah Azlin dalam-dalam. Bila tidak menjumpai apa yang dia mahu lihat pada wajah itu, semerta dia jadi bengang dengan sendirinya.

Sumpah dia tak faham!

“Kau ni tak ada rasa marah ke?!” tempelak Aiman dengan kuatnya.

Hampir tersembur kopi yang diminum Azlin dari mulut dengan suara garau Aiman itu. Dia tersenyum cuma.

“Marah untuk apa?” “

Sebab aku tarik kau dari kawan-kawan kau tadi? Sebab aku paksa kau buatkan laporan tugasan untuk aku? Sebab aku paksa kau kata yang kau dah maafkan aku di depan daddy hampir seminggu yang lepas?” satu persatu perkara berkaitan gadis itu dimuntahan Aiman.

Cawan kopi diletak kembali di atas meja penuh sopan.

“Tak.”

“Sebabnya?”

“Perlu ada sebab ke?” tanya Azlin bak anak kecil yang tak reti bahasa.

“Wa. Jib.” tegas Aiman dengan mata yang dibulatkan. Azlin tertawa senang. Roman muka Aiman ketika itu dirasakan cukup lucu!

“Saya dah biasa...” Aiman yang terasa diri dipermainkan dengan jawapan dari bibir mungil itu semerta menghentak tangan kanannya ke meja. Bergegar cawan kopi Azlin dengan hentakan tangan sasa Aiman itu. Azlin senyap. Aiman menarik nafas dalam.

“Aku nak kau jawab soalan aku.”

Sememangnya Aiman dah tak sanggup berteka-teki dengan dirinya sendiri. Selama lebih seminggu ini dia asyik memikirkan sikap Azlin. Tertanya-tanya dia dengan perangai gadis itu yang sebenar. Azlin buatkan assignment Aiman tanpa banyak soal. Azlin rela dimarahi kakak tirinya dan melanggar perintah mereka semata-mata mahu menghantar tugasan Aiman. Dasar manusia-digimon! Takkan tiada sekelumit pun perasaan marah dalam diri gadis itu?!

Azlin masih diam tidak berkutik dari tempat duduknya.

“Pertama sekali, mengenai hal rantai yang perlu kau ambil untuk kakak kau. Let me get this straight, kau tak ambil rantai tu sebab kau kena hantar laporan tu pada aku?” Azlin angguk.

“Sebabnya?”

“Tempat rantai kak Marissa tu jauh dari town. Sebagai orang islam, kita wajib menepati janji. Saya dah janji dengan awak yang saya akan hantar assignment awak, jadi saya harus menepatinya. Tapi malang sekali saya terlibat dalam kemalangan kecil hari itu. Itu yang menyebabkan saya terlewat setengah jam untuk berjumpa dengan awak. Saya minta maaf.”

Aiman terdiam mendengar penjelasan Azlin. Rasa bersalah kerana menyimbah air ke muka gadis itu cuba ditolak tepi.

“Kedua, kenapa kau tak rasa marah bila aku tarik kau pergi dari kawan-kawan kau tadi?” Azlin ingin menjawab namun ditegah Aiman dengan mengangkat tangan kanannya, menandakan bahawa dirinya belum habis bercakap.

“Ketiga, kenapa kau berdiam diri bila dimarahi kakak tiri kau kelmarin? Kau boleh melawan! Dan yang keempat, kenapa kau langsung tak melawan cakap aku? Aku suruh kau buat assignment aku pun, kau buatkan. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali kau buatkan untuk aku!” satu persatu jari kanannya dikembangkan. Mengikut urutan soalannya pada Azlin.

“Awak dan kakak... saya kesiankan awak semua. Sebab tu saya ikutkan sahaja kemahuan awak semua.” jawab Azlin tenang.

“Tanpa mengambil kira perasaan kau sendiri?!” tanya Aiman dengan nada tak percaya.

“Walaupun mengikut kemahuan kami bererti yang ianya memakan diri kau sendiri?!” tambah Aiman lagi, masih dalam nada tidak percaya. Azlin ukir senyuman manis yang biasa menghiasi bibir mungilnya.

“Saya dah biasa...”

Damn it! That’s not what I wanna hear from you! Aiman bingkas bangun meninggalkan Azlin seorang diri di situ sepertimana yang sering dia lakukan terhadap gadis itu.

“Assalamualaikum!” salam diberi. Pintu dibuka dari dalam dan orang yang membuka pintu menyambut salam Aiman. Saat melihat wajah lelaki di hadapannya itu, semerta raut muka Aiman berubah.

“Azlin tak ada di rumah sekarang ni. Papa aku pun tak ada jadi lebih baik kau balik aje.”

Zain ingin menutup pintu namun dengan pantas dihalang Aiman.

“Aku bukan nak berjumpa dengan dia orang. Tapi kau.” tutur Aiman. Suasana jadi hening seketika.

“Ikut aku.” arah Aiman bak seorang diktator. Seolah dirinya punya kuasa ke atas Zain. Zain naik jengkel melihat sikap Aiman sebegitu. Dasar anak orang berada yang tak tahu diuntung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience