Bab 1

Humor Completed 60891

Aiman membetulkan beanie di kepalanya. Kaca mata hitamnya pula masih tidak ditanggalkan walaupun dirinya kini berada di dalam kafe. Karamel Coklat panas di atas meja Starbucks dihirupnya dengan tenang. Matanya mula melingas ke dalam kawasan kafe. Mencari kalau-kalau kelibat orang yang ditunggu-tunggu sedari tadi bakal muncul. Beberapa minit berlalu dan Aiman mula tidak senang duduk. Tiba-tiba dia teringat akan majalah Teenage yang dibelinya sewaktu dalam perjalanan pulang dari kampus tadi.

Crumpler merah yang diletak di kerusi sebelah dibuka lalu majalah Teenage dia keluarkan dari beg itu. Untuk kesekian kalinya matanya melekap kemas di permukaan jam tangan G-shock berwarna merah. Empat sepuluh minit. That’s it! Kalau lagi lima minit kau tak datang, nahas kau aku kerjakan! Merengus. Aiman merengus lagi dengan penantian yang menyiksakan. Tiga benda yang paling dia benci adalah menunggu, belajar dan mendengar mamanya berceloteh di kuping telinganya.

Sudah hampir lima kali dia belek majalah Teenage keluaran April itu. Jangan kata hafal, kalau nak suruh otak dia terjemahkan segala isi kandungan majalah itu kepada empat bahasa pun sudah boleh dia lakukan dengan hanya sekali imbas. Itulah dia Aiman. Aiman Hafizi Ridza Bin Muhammad Efron. Otaknya memang bergeliga. Mempunyai tahap IQ dan EQ yang akan dikagumi ramai sekiranya dia berubah sikap. Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan berubah sikap? “Nah! Assignment awak.”

Perlahan-lahan Aiman mengangkat pandang. Wajah gadis yang baru sahaja tiba direnungnya dari atas hingga bawah. Gadis itu kelihatan manis dan sopan bertudung litup. Peluh yang merecik di dahi putih bersih itu membuatkan wajah si gadis tampak ayu berkilau. Dengan alis mata yang lentik serta bibir yang kemerahan bak biji saga akan melenturkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Namun tidak pada pandangan mata lelaki bernama Aiman Hafizi Ridza.

Aiman terlalu angkuh dengan segala yang dia miliki untuk mengakui kecantikan yang ada pada gadis itu. Kekayaan dan nama. Bukan sahaja di Singapura, bahkan syarikat ternama di seantero dunia turut mengenali lelaki bernama Muhammad Efron, daddynya Aiman. Untuk itu, Aiman tidak faham kenapa dia perlu menyusahkan diri sendiri dengan menghadiri kuliah. Sudahlah daddynya kaya raya, jadi buat apa dia perlu belajar? Sedangkan kalau dia duduk rumah buat tahi mata aje pun orang sudah boleh mengenali dirinya, jadi mengapa harus dia keluar rumah dan belajar? Buang masa aje! I’m already famous, man!

Rupa. Wajah daddynya yang persis penyanyi dan pelakon barat Zac Efron itu memang dia miliki sejak kecil lagi. Malah hingga kini masih ramai yang menyangka dirinya adalah Zac Efron. Dan kerana itu jugalah dia amat pentingkan imejnya ketika berada di luar. Dia begitu menitikberatkan keterampilan dan gaya terutama sekali apabila muncul di khalayak ramai seperti sekarang ini. Tanpa menjemput gadis itu duduk, tangannya mencapai fail yang dihulur gadis itu padanya.

Fail yang mengandungi tugasannya itu dibuka dan dibeleknya sekali imbas. Tak perlu nak baca berkali-kali, dirinya mudah bosan dengan bahan bacaan yang sama. Lihat sahaja tadi, dia terpaksa membaca majalah Teenage bekali-kali bagi mengisi masanya menunggu gadis itu tiba. Gara-gara tidak membawa telefon bimbitnya bersama, maka terpaksalah dia menunggu gadis itu selama tiga puluh minit. Kalau sahaja dia tidak lupa untuk membawa Xperia Snya bersama, pasti dia boleh melungsuri internet bagi mengisi masanya sementara menunggu gadis itu tiba tadi. Mengenangkan betapa bosannya dia menunggu ketibaan gadis itu telah menimbulkan rasa marah dalam diri Aiman dengan tiba-tiba.

Riak mukanya yang mula memerah itu cuba Aiman kawal sebaik mungkin agar tidak kelihatan pada cermin wajahnya. Perlahan-lahan Aiman bangkit dari kerusi yang didudukinya. Majalah Teenage serta fail yang mengandungi tugasannya yang telah dibuat oleh gadis itu dimasukkan ke dalam Crumpler merahnya. Beg dipikul di bahu. Tangannya mencapai cawan yang setengah berbaki itu lalu disimbah ke muka gadis itu. Bukan sahaja gadis itu, bahkan seluruh kafe Starbucks turut terdiam melihat aksi Aiman menyimbah baki air Coklat Karamel ke muka gadis itu. Lalu tanpa sebarang kata, gadis itu ditinggalkan sendirian di kafe Starbucks.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience