Bab 8

Humor Completed 60891

“Apa ni?” Azlin melihat kad di tangannya.

“Tak boleh baca ke?” perli Aiman.

Ei... mamat ni tak habis-habis tau! Azlin membaca baris ayat yang tertera di sampul merah jambu itu. Untuk sang Digimon! Cis. Dia ni baik ke jahat ah? Pilih one side, boleh tak?

Kalau nak jadi orang baik, buatlah benda baik! Ini tak! Suka sangat cakap benda yang buat my blood go upstairs! Tadi lepas sahaja mereka membeli pakaian buat diri sendiri, Aiman terus heret Azlin untuk ke salon. Dan kini dia beri sampul surat bewarna merah jambu pula. Mulanya Azlin naik cuak juga. Takkan la Aiman nak suruh Azlin ke salon untuk dandan rambutnya! Rupanya Si Aiman yang nak buat rambut...

“Figure it out while I get my hair done.” bisik Aiman ke telinga Azlin.

Ei... Meremang bulu roma Azlin mendengar suara Aiman begitu. Romantik sangat! Pekerja salon itu membawa Aiman ke kerusi sebelum mendandan rambut Aiman. Azlin pula duduk di kerusi salon sementara menunggu Aiman selesai. Sampul merah jambu dibuka Azlin.

Dirinya tertanya-tanya juga apa yang berada di dalam sampul itu...

RIDDLE NO. 1

Anak ikan main api ni.

Mak ikan nak tumbuk anaknya.

Mari azlin aiman fahamkan !

RIDDLE NO. 2

‘Wasiat’ dalam Bahasa Inggeris.

Huruf selepas huruf ‘T’.

‘Lebah’ dalam Bahasa Inggeris.

Kalau Singapore guna ‘.com.sg’, Malaysia guna ‘.com._ _’?

Kalau Singapore ada Starhub dan Singtel, Malaysia ada Maxis dan _ _ _ _?

Tiga huruf pertama bagi ‘hari Isnin’ dalam Bahasa Inggeris.

Nombor selepas nombor tiga dalam Bahasa Inggeris.

Pelakon Desperate Housewives, _ _ _ Longoria. ?

Azlin merenung baris ayat yang tertera di kertas merah jambu itu. Kertas yang dihias cantik dengan corak bunga Ros merah itu direnung Azlin bagai nak tembus kulit kertas itu.

“Miss...”

Azlin dikejutkan dengan suara seorang wanita dan juga tepukan lembut di bahunya. Sakit badannya kerana tertidur di kerusi salon itu. Mata Azlin melingas mencari jam dinding salon. Namun lain pula yang dijumpainya. Matanya melekap kemas pada seraut wajah yang diberi nafas baru. Sungguh! Azlin tak pernah nampak Aiman yang ini! Matanya bagai dipaku pada wajah kacak jejaka bernama Aiman Hafizi Ridza!

Dah tak boleh nak pandang benda lain dah! Memanglah Aiman pernah tunjukkan rambutnya sebelum ini namun selama ini rambut Aiman selalunya diwarnakan! Tak perang, jingga la, merah la, dan entah warna apa lagi yang pernah Aiman cuba. Kesemua stail rambut Aiman akan dia pastikan seiring dengan keterampilannya. Namun kali ini jauh sekali gaya yang ditunjukkan Aiman padanya. Rambut Aiman sudah diubah kepada warna asal!

Iaitu warna hitam. Rambutnya tetap distail mengikut trend semasa. Hanya bezanya dari tadi ialah, dia tidak lagi memakai beanie. Azlin yang memang jarang nampak Aiman tidak memakai beanie seakan terpukau dengan kekacakan pada seraut wajah tampan itu. Jantungnya berdegup kencang melihat Aiman Hafizi Ridza yang baharu ini!

“What do you think, miss? Does you boyfriend look handsome?” soal pekerja salon yang mengejutnya tadi.

“Yes.” jawab Azlin seakan mindanya telah diprogram untuk menjawab sebegitu. Sungguh Azlin tidak sedar akan apa yang baru diucap mulutnya tadi. Aiman tersenyum manis.

Dan buat pertama kalinya Azlin melihat senyuman ikhlas terukir kemas di bibir jejaka itu. Selama ini hanya senyuman sinis yang diterima Azlin. Namun kini apabila melihat senyuman itu, Azlin rasa bahawa kakinya tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Jasad serta rohnya seolah sudah terbang tinggi meninggalkan bumi dan sekalian makhluk di dalamnya.

“Adakah ini bermaksud yang awak sudi jadi digimon saya buat selamanya?” soal Aiman dengan nada tenang.

Intonasi suaranya dikawal sebaik mungkin sedangkan hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hebatnya degup jantungnya kini. Silap hari bulan jantung Aiman boleh kalahkan dram dragon dance! Uh huh. Azlin mengangguk. Nyata dirinya masih dalam dunia khayalan. Tatkala melihat senyuman Aiman yang berubah nakal itu barulah Azlin mula sedar akan situasi dirinya kini.

Sumpah! Azlin malu! Mana nak letak mukanya kini oi...? Nak tampal muka kat dinding?

Idea yang bagus... Semerta dirinya teringat akan maksud di sebalik teka-teki yang Aiman sediakan khas buatnya...

RIDDLE NO. 1

Anak ikan main api ni. [ Aiman. ]

Mak ikan nak tumbuk anaknya. [ Minta. ]

Mari azlin aiman fahamkan ! [ Maaf! ]

RIDDLE NO. 2

‘Wasiat’ dalam Bahasa Inggeris. [ Will ]

Huruf selepas huruf ‘T’. [ U ]

‘Lebah’ dalam Bahasa Inggeris. [ Bee ]

Kalau Singapore guna ‘.com.sg’, Malaysia guna ‘.com._ _’? [ my ]

Kalau Singapore ada Starhub dan Singtel, Malaysia ada Maxis dan _ _ _ _? [ Digi ]

Tiga huruf pertama bagi ‘hari Isnin’ dalam Bahasa Inggeris. [ Mon ]

Nombor selepas nombor tiga dalam Bahasa Inggeris. [ Four ]

Pelakon Desperate Housewives, _ _ _ Longoria. [ Eva ] ?

Ringkas dan padat. Sekaligus mengandungi maksud yang amat mendalam sekali. Azlin mengekori Aiman yang sudah keluar dan meninggalkannya seorang diri dalam salon itu. Dari jauh mereka kelihatan akrab sekali namun lain pula keadaan sebenar mereka. Mereka berbalah mulut! 

~~~TAMAT~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience