Bab 3

Humor Completed 60891

“Duduk!” Gulp. Aiman telan liur. Terasa kelat dan berpasir. Mata Aiman turut mengikut langkah kaki daddynya yang sedari tadi asyik mundar-mandir di hadapannya.

“Kenapa dengan daddy ni?” Langkah kaki Encik Muhammad Efron terhenti dengan soalan yang baru diucap bibir anak bujang tunggalnya.

“Kenapa dengan daddy, Man tanya?! Just what the hell is wrong with you, young man?!” tempelak Encik Muhammad Efron. Puan Nabillah yang duduk bertentangan dengan Aiman hanya mampu menggeleng kepala. Sekejap lagi pasti perang besar bakal meletus. Aiman menggaru tengkuknya.

“Alah daddy... Kan tadi Azlin dah kata, it’s just a slight misunderstanding! Uncle Din sendiri dah kata yang dia tak kisah, kan?” kali ini Aiman memandang seraut wajah di hadapannya. Wajah mamanya, Puan Nabillah yang sedikit bulat dan berisi itu Aiman pandang dengan pandangan yang memang bertujuan untuk memancing simpati. Namun sama seperti tadi, mamanya tetap buat tak nampak akan signal yang dia beri.

“Daddy tak kira! Lepas ni, kamu mesti pergi ke rumah Uncle Din dan minta maaf dengan Azlin personally!” nada Encik Muhammad Efron masih sama seperti tadi. Tetap tegas. Apologise? Pft! Yeah right!  

“Selagi Azlin tidak datang sendiri dan berjumpa dengan daddy mengatakan bahawa dia sudah maafkan kamu, jangan harap kamu akan dapat semua privileges yang sudah daddy beri pada kamu!”

Whut?!  

“Apa ni dad? Takkan daddy nak sekat semuanya dari Man?” Aiman nyata masih tidak menangkap maksud sebenar daddynya. Dia masih menyangka bahawa Encik Muhammad Efron bercanda cuma.

“I mean it, Aiman Hafizi Ridza!” The hell?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience