BAB 6

Romance Completed 5525

Arelia berlari laju menuju ke galeri Izhan. Dia perlu menemui Izhan. Mimpinya semalam sangat dahsyat. Izhan kemalangan dan tidak dapat diselamatkan. Dia tahu mimpi sekadar mainan tidur tapi dia tidak boleh berhenti berfikir tentang Izhan. Dia nekad. Dia akan melupakan segala yang dirancangnya selama ini. Dia memilih untuk mendengar kata hatinya. Dan hatinya melaungkan nama Izhan. Dia mencintai lelaki itu.

Arelia melihat Izhan di seberang jalan. Belum sempat dia memanggil Izhan, sebuah kereta merempuh Arelia. Arelia terkulai layu di atas jalan. Matanya perlahan-lahan terkatup.

Cahaya bilik menyilaukan mata Arelia lalu perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia melihat ruang sekeliling. Sepertinya dia berada di hospital. Kemalangan! Arelia menyedari yang dia terlibat dengan kemalangan.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Izhan tersenyum kepadanya.

“Awak dah bangun. Awak rehat ya. Awak accident. Mujur tak teruk sangat. Kenapa awak ada di depan galeri saya?”

Arelia menggenggam kedua-dua tangannya. Dia tidak tahu cara untuk menyampaikan tujuannya datang ke galeri lelaki itu.

“Saya nak jumpa awak.”

Ucap Arelia pendek. Dia perlu memberitahu Izhan. Dan Izhan perlu mengetahuinya.

“Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Saya dah buat keputusan yang salah. Saya tak tahu apa yang harus saya buat. Tapi sekarang saya pasti. Saya pasti yang awak adalah jodoh saya. Saya cintakan awak Han.”

Luah Arelia dari lubuk hatinya. Dia mencintai Izhan dan dia mengambil keputusan untuk menerima Izhan seadanya.

“Awak terima saya biarpun saya tak kaya? Bukan anak Datuk atau CEO?”

“Ya. Saya terima awak tak kisah awak bukan anak Datuk atau CEO sekalipun. Awak tak berharta atau miskin sekalipun. Saya terima awak apa adanya. Maafkan saya Han sebab saya buta selama ni. Saya tak nampak tulusnya cinta awak.”

Kata Arelia dengan sendu.

“Tak apa Lia. Awak tak salah pun. Tak perlu minta maaf. Awak buat semua tu sebab awak nak yang terbaik untuk masa depan awak. Awak tak nak lalui kesengsaraan lagi dalam hidup awak.”

Izhan tersenyum manis. Cintanya diterima oleh gadis pertama yang menghuni relung hatinya.

“Cuma saya nak awak jumpa seseorang. Seseorang yang awak pernah jumpa sebenarnya.”

Tutur Izhan dan pintu dibuka. Wani dan seorang lelaki melangkah masuk. Arelia mengenali lelaki itu. Dia? Apa dia buat kat sini?

“Hai Cik Arelia. Awak tentu ingat saya lagi kan. Remember the event?”

Ucap lelaki itu.

Arelia mengimbau kenangan pada malam majlis itu. Ya. Lelaki ini adalah anak Datuk Harun.

“Ya, saya masih ingat. Awak buat apa kat sini?”

Arelia hairan melihat kedatangan lelaki itu.

“Sebenarnya saya Fareez, setiausaha dan PA kepada anak Datuk Harun. Awak dah salah anggap sebenarnya.”

Fareez tidak sempat menjelaskan hal yang sebenarnya kerana dia telah ditelefon oleh bos muda untuk diarahkan membuat sesuatu.

Arelia terkilan. Jadi, dia bukan anak Datuk Harun. Habis tu, siapa anak Datuk Harun yang sebenarnya?

“Dan Cik Arelia mesti tertanya-tanya siapa anak Datuk Harun kan. Untuk pertanyaan tu saya serahkan kepada lelaki ni.”

Jarinya menghala ke arah Izhan, Berkerut kening Arelia. Apa kena mengena Izhan dalam hal ni?

“Lia, saya belum pernah kan bagi name card saya kat awak. Ini dia.”

Izhan menghulurkan sekeping name card kepada Arelia. Arelia menyambut huluran itu dan matanya melihat maklumat yang ada di atasnya. Dan dia melihat…

Muhammad Izhan Bin Harun.

Arelia sangat terkejut. Izhan adalah anak Datuk Harun? Maksudnya selama ini dia jatuh cinta dengan anak Datuk Harun? Arelia memandang Wani dan Fareez. Kedua-duanya mengangguk mengiyakan segalanya. Arelia memandang Izhan.

“Awak tak beritahu saya. Awak tipu saya.”

“Memang saya tak beritahu awak. Tapi saya tak pernah tipu awak. You never ask me about my identity. Awak jatuh cinta dengan Izhan. Hanya seorang lelaki biasa. Dan bukannya Izhan Datuk Harun, seorang CEO, anak Datuk dan orang kaya.”

Segala kebenaran terungkap. Arelia tidak menyangka yang apabila kita merelakan sesuatu itu untuk pergi, mungkin ada yang lebih baik menanti. Dan ini buktinya. Tanpa perlu berbuat apa-apa, target plannya berjaya.

Izhan menghulurkan sebuah kotak besar kepada Arelia yang dipegang sedari tadi oleh Fareez.

“Ni surprise apa lagi? Awak dah cukup surprise kan saya hari ni.”

Arelia mengambil kotak itu.

“Just one more surprise. A very special surprise.”

Ucap Izhan dengan seyuman yang terukir indah.

Arelia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat potret lukisan wajahnya. Sungguh cantik. Dia sangat menghargai pemberian Izhan.

“Terima kasih. Saya suka.”

“Dan selepas ni, saya dah ada dua lukisan yang paling saya sayang. Lukisan hari tu dan lukisan ini. Lukisan ini yang banyak mengajar saya tentang cinta. Dan gadis dalam lukisan ni adalah pemilik hati saya.”

Izhan menoktahkan segalanya dengan ayat romantis.

“Bertuahnya orang tu dapat cinta hati dia. Kita ni tak ada orang pun yang sudi nak lakarkan potret.”

Rungut Wani. Muka cemberut ditayangkan.

“Saya kan ada. Saya boleh lukiskan potret untuk awak.”

Ucap Fareez sambil sebelah mata dikenyitkan ke Wani.

Tergelak mereka semua dengan gelagat Wani dan Fareez. Memang sesuai sangat Wani dan Fareez.

Arelia dan Izhan menemui kebahagiaan mereka. Siapa sangka Arelia berhasil mendapatkan lelaki yang kaya. Tapi, bukan itu yang penting. Apa yang penting dia mencintai lelaki itu dan lelaki itu juga mencintainya. Bukan atas dasar kekayaan atau harta. Namun, cinta yang penuh keikhlasan. Memang benar. He is the man she is looking for.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience