BAB 2

Romance Completed 5525

Arelia memandang ke atas. Jauh fikirannya berfikir sehinggakan boleh sampai ke UK. Padahal dia tengah berbaring di katil.

Bunyi telefon bimbit kedengaran. Arelia mencapai telefonnya dan menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, Lia. Ibu ni. Kamu sihat?”

Lembut suara Puan Anita menanyakan khabar anak gadisnya. Rindu rasanya. Arelia berada di KL sedangkan dia berada di Perlis.

“Waalaikumussalam, ibu. Alhamdulillah, Lia sihat. Ibu sihat?”

“Ibu kat sini sihat. Ibu nak tanya pasal kuih-muih tu. Kamu dah hantar?”

Puan Anita perlu mengingatkan anaknya. Arelia seorang yang pelupa. Silap hari bulan, tak terhantar kuih-muih tu.

“Ya, bu. Lia dah hantar. Ibu jangan risau la. Lia tak lupa. Kan ibu dah pesan banyak kali,” jawab Lia dengan kesungguhan.

Dia memang pelupa tapi apa-apa yang hal yang penting akan cuba diingatnya.

“Lia, kamu ingat lagi kan dengan anak lelaki Mak Cik Sabariah yang pernah berkawan dengan kamu dulu. Siapa ya nama dia… Ibu lupa pula.”

Puan Anita terlupa nama anak jirannya itu.

“Nama dia Hisham, ibu. Kenapa dengan dia?” soal Arelia.

Hisham, anak kedua Mak Cik Sabariah yang berjiran dengan mereka pernah menjadi rakannya. Hisham yang banyak membantu apabila dia pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah menengah tempat Hisham bersekolah.

Tapi, beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Hisham tidak berhubung lagi. Masing-masing mempunyai hala tuju sendiri. Lagipun Hisham kini berada di Australia dan sedang bekerja di sana.

“Oh, Hisham. Boleh pula ibu lupa. Hah, Hisham nak balik hujung minggu ni. Kalau kamu cuti nanti, kamu balik ke sini. Boleh jumpa Hisham. Ibu bukannya apa. Ibu berkenan dengan Hisham tu. Mak Cik Sabariah pun sukakan kamu juga.”

Dia berharap Hisham dan Arelia dapat bertemu jodoh.

“Ibu… Lia tak nak dengan Hisham. Kitorang kawan aje. Lia nak seseorang yang kaya raya.”

Arelia tidak ingin dengan Hisham. Hisham seorang yang baik tapi untuk menjadi pasangan hidup, tidak mungkin.

“Lia, sudah-sudah la tu dengan angan-angan kamu. Buat apa nak cari lelaki kaya ke… Anak Datuk ke… CEO ke… Yang penting dia baik dan boleh jaga kamu. Ibu tak kisah pasal harta.”

“Ibu tak faham. Lia buat semua tu untuk kita. Tak apa la ibu. Ibu tak payah risau pasal Lia. Sekarang ni ibu jaga kesihatan baik-baik. Apa-apa ibu call aje Lia. Lia ada hal sikit. Lia call ibu nanti ya. Bye ibu… Assalamualaikum.”

Cepat-cepat Lia mematikan telefon. Tidak ingin memanjangkan perbualan berkenaan jodoh atau kahwin. Maafkan Lia, ibu.

“Waalaikumussalam.”

Puan Anita memandang skrin telefonnya. Seperti biasa, Arelia pasti menghindarkan diri apabila soal jodoh dibangkitkan. Anak gadisnya itu masih sahaja ingin hidup dengan angan-angannya yang keanak-anakan. Umpama harapan anak kecil yang ingin menjadi princess yang dicintai oleh prince charming seperti dalam kartun Barbie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience