BAB 3

Romance Completed 5525

Arelia melangkahkan kaki ke ruang mewah hotel lima bintang itu. Semua yang ada di situ kelihatan sungguh bergaya, anggun dan berkarisma. Bussinessman, ahli korporat dan macam-macam lagi. Golongan high class la katakan. Semangatnya berkobar-kobar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang jejaka kaya di majlis ini. Amboi Lia, desperate sangat. Tak apa. Yang penting dia harus berjaya.

Dia sangat gembira apabila terpilih antara semua pekerja yang lain untuk hadir di majlis ulangtahun syarikat Olive Holdings, antara salah satu klien penting dalam syarikat tempatnya bekerja. Wani, rakan baiknya juga terpilih. Hanya dua orang sahaja yang cukup bertuah. So, fighting!

“Hah Arelia, Wani. Kat sini rupanya kamu berdua ni. Jom ikut saya jumpa penganjur majlis ni. Pemilik Olive Holdings.”

Encik Bahar, bos mereka menuju ke suatu sudut sambil Arelia dan Wani mengikut dari belakang.

Arelia baru teringat Encik Bahar pernah berkata yang pemilik Olive Holdings, Dtuk Harun mempunyai dua orang anak. Lelaki dan perempuan. Wah, sepertinya ada chance ni. Mudah-mudahan anak lelaki dia masih single and available. Hmm… Kalau tak available pun tak apa. At least kena cuba.

Encik Bahar memperkenalkan Arelia dan Wani kepada Datuk Harun dan isterinya, Datin Dian. Menurut Datin Dian, anak perempuannya tidak dapat datang kerana sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. Anak lelakinya pula dalam perjalanan. Encik Bahar berbual dengan Datuk Harun tentang perniagaan. Datin Dian membawa Arelia dan Wani untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Selepas lebih kurang 15 minit, Datin Dian meminta diri untuk pergi melayan tetamu lain.

“Lia, kau tunggu sini dulu ya. Aku nak ke ladies kejap,” tutur Wani sebelum dia berjalan pergi.

Arelia melihat kehadiran seorang lelaki muda bergerak ke arah Datuk Harun. Bersut hitam dan nampak boleh tahan paras rupanya. Mesti lelaki tu anak Datuk Harun. Arelia tersenyum. Dia perlu mendekati lelaki itu.

Arelia mendapat peluang apabila beberapa minit kemudian, lelaki itu berdiri di suatu sudut berhampiran meja yang menyediakan minuman sambil membelek-belek telefon bimbitnya.

“Hai, awak. Seorang aje ke?”

Arelia memberanikan diri bertanya. Lelaki itu memandangnya dan kemudian tersenyum nipis. Tidak menjawab pertanyaannya. Eh, mamat ni. Sombong pula.

“Awak anak Datuk Harun kan? Saya Arelia, pekerja Syarikat Baiduri.”

Arelia memperkenalkan diri. Cuba mengajak lelaki ini berbual.

“Ok. Sekejap ya.”

Kedengaran bunyi mesej masuk. Lelaki itu melihat ke skrin telefon bimbitnya. Arelia di sebelah tidak dipedulikan.

“Maaf cik, tapi saya kena pergi. Kita borak lain kali ya,” kata lelaki itu sebelum bergegas pergi.

Selepas sejam kemudian, Arelia berasa bosan dan mengambil keputusan berjalan keluar untuk mengambil angin. Langkah kakinya menuju ke bahagian kolam renang yang dihubungkan terus dari dewan hotel itu melalui satu laluan. Tidak sampai sepuluh minit, Arelia kini berada di kawasan kolam renang. Dia telah cuba berbual dengan beberapa lelaki kaya yang bersendirian dan tidak mempunyai pasangan, namun semuanya gagal.

Sepatah dua kata dan seterusnya sepi begitu saja. Satu hal yang dapat dirumuskannya tentang anak orang kaya. Sombong dan berat mulut. Mungkin dia bukan la sesiapa untuk diajak berbual. Cuma gadis biasa.

Arelia baru menyedari yang sebenarnya dia tidak bersendirian di situ. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri sambil ulang alik ke kiri dan kanan. Seperti orang yang sedang dalam masalah. Arelia memandang penampilan lelaki itu. Simple saja. Memakai jeans dan t-shirt hitam. Kelihatan seperti orang biasa. Arelia mendekatinya.

“Awak buat apa kat sini?”

Arelia bertanya. Terkejut lelaki itu mendengar pertanyaan tiba-tiba Arelia yang memeranjatkannya.

“Sorry… Sorry… Saya tak sengaja.”

“Tak apa. Saya yang over pula. Awak tanya apa tadi? Apa saya buat kat sini… Ahh… saya tengah tunggu kawan saya. Ya. Tunggu kawan,” jawabnya.

“Ohh… Awak bukan tetamu kat majlis tu?”

“Majlis syarikat tu ke? Tak, tak. Saya bukan tetamu.”

Lelaki itu menjawab pertanyaan Arelia sambil mata tidak lepas memandang telefon bimbit.

“Saya Arelia. Saya sebenarnya tetamu kat majlis tu. Tapi bosan la. Tu yang saya jalan-jalan,” cerita Arelia.

“Saya Izhan. Just call you…”

“Lia. And you?”

“Han.”

Mereka berbual-bual seketika. Banyak benda yang dibualkan. Arelia tidak menyangka Izhan seorang yang berpengetahuan luas. Lucu pun ada. Izhan turut merasakan hal yang sama dengan Arelia.

“Awak tahu tak tadi saya berbual sekejap dengan anak lelaki Datuk Harun. And guess what. Dia sombong tahu tak. Tahu la yang dia tu CEO, tapi cuba peramah sikit. Mungkin dia layan orang-orang yang seangkatan aje dengan dia kut,” luah Arelia.

Walaupun dia ingin mendapatkan lelaki kaya, tapi kalau sombong sangat. Hmm… Tak nak juga.

Izhan tergelak kecil. Arelia memandang Izhan yang duduk di sebelahnya.

Apesal mamat ni? Gelak tiba-tiba.

“Kenapa awak gelak? Kelakar ke apa yang saya cakap.”

“Kelakar sikit la. Awak pasti ke anak Datuk Harun macam tu?” Izhan bertanya.

“Ya la. Dah tadi dia berbual dengan saya. Awak tak percaya?”

“Saya percaya. But Lia, you should not judge people easily. Awak belum kenal lagi dia siapa, keperibadian dia macam mana. Awak tak boleh assume dia macam tu. Mungkin itu luaran aje.”

Izhan menunggu respon Arelia.

“Memang apa yang awak cakap betul. Tapi, awak pernah dengar kan kata-kata ‘First impression is everlasting’. Jadi, my first impression pasal dia tak berapa baik.”

“Tapi Lia, first impression is not truly determined the person is. Maybe who knows he is the man you are looking for,” ucap Izhan dengan maksud yang mendalam.

Arelia terkelu. Mereka saling bertatapan. Aura cinta kelihatan mekar di antara mereka berdua.

“Ya Allah, Lia… Merata-rata aku cari kau. Rupa-rupanya kau kat sini. Jom balik.”

Wani menggamit tangan Arelia pergi. Sempat Arelia bertanya sesuatu kepada Izhan sebelum pergi.

“Kita boleh jumpa lagi ke?”

“Insya-Allah. Kalau dah takdir.”

Izhan menjawab dengan cukup ringkas. Matanya menghantar pemergian Arelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience