BAB 4

Romance Completed 5525

Arelia memandang papan tanda kedai di hadapannya. Aurora Art Gallery Studio. Memang ini kedai yang Wani cakapkan. Wani ni pun satu. Banyak-banyak hadiah kat dunia ni, lukisan juga yang dia nak.

Minggu depan hari jadi Wani jadi dia ingin memberikan hadiah yang paling diingini oleh Wani untuk tahun ini. Sudah menjadi kebiasaan mereka sejak mula bersahabat. Mereka akan memberikan masing-masing apa yang paling diingini dalam tahun itu sebagai hadiah hari jadi.

Tapi, tahun ini Wani mengada-ada nak lukisan. Apa-apa lukisan dari kedai di hadapannya ini. Bila ditanya, alasannya sebab pelukis di galeri ini sangat hebat.

Arelia membuka pintu. Dia terpesona melihat ruangan galeri itu yang sangat indah. Susunan dekorasi yang ringkas namun menyerlahkan nilai kesenian yang tinggi. Lukisan-lukisan di dinding juga sangat cantik.

“Selamat datang cik. Boleh saya bantu? Cik nak lihat koleksi lukisan-lukisan yang kami ada?”

Seorang gadis manis menyapanya. Tentu salah seorang pekerja di galeri itu.

“Ya. Saya nak beli lukisan.”

Arelia menjawab dengan ramah.

“Baiklah. Cik duduk dulu. Saya panggilkan pemilik galeri ni. Kebetulan hari ni dia ada. Jadi, cik boleh jumpa dia. Dia juga orang yang lukis semua lukisan di galeri ini.”

Gadis itu kemudian meninggalkan Arelia.

Arelia melabuhkan punggung di kerusi kayu yang diukir indah sebagai tempat menunggu. Sungguh berbakat pelukis yang diminati Wani ini. Lukisan yang dilukis olehnya sangat berbeza. Membawa mesej dan sentuhan tersendiri.

“Welcome miss.”

Kedengaran suara lelaki lalu Arelia menghalakan pandangan ke lelaki itu. Terkejut Arelia melihat yang Izhan berdiri di hadapannya. Izhan pemilik dan pelukis tu?

“Awak lagi?!”

Kedua-duanya serentak berkata.

“Wow! Arelia. Tak sangka boleh jumpa awak kat sini.”

“Saya pun tak sangka yang awak seorang pelukis.”

Mereka berbual-bual dan Izhan menunjukkan koleksi lukisannya. Arelia tekun mendengar penerangan Izhan tentang setiap lukisan yang dilukisnya. Lia! Sedar! Kau tak boleh jatuh cinta dengan Izhan. Kau kena ikut pelan yang kau dah sediakan. Marrying a rich guy. Not a painter. Akal berkali-kali mengingatkan. Tapi hati berbisik merelakan.

Setibanya mereka di sebuah lukisan, Izhan memandang Arelia sebelum menerangkan tentang lukisan itu.

“Lukisan ni adalah antara lukisan yang saya sayang. Sebab kisah di sebaliknya. This is my first painting. Seperti yang awak boleh nampak, imej seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di tepi jalan. Tiada yang istimewa sebenarnya kan. Tapi budak lelaki tu mengajar saya erti kemanusiaan dan kehidupan. Dia dijual oleh ibu bapanya ke tempat tak sepatutnya. Tapi dia berjaya larikan diri.
And he was just 10 years old. Can you imagine? Dia tidur di jalanan. Makan minum pun tak tentu. Dan dia masih boleh tersenyum bila berbual dengan saya.”

Izhan berhenti seketika.

“He taught me about the meaning of life. Betapa sebenarnya kita sangat beruntung sebab masih boleh hidup selesa. Sedangkan ramai di luar sana yang sangat memerlukan tapi mereka tidak pernah pun merungut. Bahkan mereka menjadikan setiap hari yang dilalui sebagai satu anugerah yang Allah beri. Sejak tu saya bertekad untuk gunakan bakat yang tak seberapa ni untuk membuat galeri ni. Sekurang-kurangnya saya boleh sedikit sebanyak membantu mereka.”

Izhan menatap lukisan itu.

Lukisan yang dilukisnya tiga tahun lalu. Lukisan yang membawa erti yang mendalam baginya.

Hati Arelia tersentuh. Dia dapat merasai emosi dan maksud di sebalik lukisan itu. Dan dia dapat melihat satu sisi lain dalam diri Izhan. He is a good person.

Sejak itu, Arelia dan Izhan sering keluar makan. Jalan-jalan menonton wayang. Arelia juga selalu menghabiskan masa di galeri Izhan jika mempunyai masa terluang, iaitu pada hujung minggu. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula jatuh cinta.

Suatu hari, Izhan mengajak Arelia berjumpa di sebuah taman. Mereka berdiri di tepi tasik sambil menghayati pemandangan. Izhan berpusing ke kanan menghadap Arelia yang berdiri di sebelahnya.

“Lia, saya ada benda penting nak beritahu awak.”

“Apa dia?”

Arelia menumpukan perhatian kepada Izhan.

“Dalam masa tiga bulan saya kenal awak, saya rasa sesuatu. Sesuatu yang belum pernah saya rasai sebelum ni. I think I definitely fall in love with you,” ujar Izhan dengan tenang dan lancar.

Arelia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa. Dia agak gembira kerana Izhan ternyata mencintainya. Tapi pada masa yang sama dia seperti geram dengan dirinya yang membiarkan hatinya dimiliki oleh lelaki ini. Ya. Dia mula membuka hatinya kepada Izhan.

Lia, kau kena ingat yang Izhan bukan la lelaki yang kau idamkan. Dia tiada ciri utama yang kau nak. Izhan lengkap segalanya. Baik, menghormati dirinya dan terdapat keserasian antara mereka. Cuma, dia bukan berasal dari golongan yang kaya. Arelia tahu bahawa dia perlu membuat keputusan. Keputusan yang terbaik.

“Han, saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa saya tak boleh balas cinta awak. Saya takkan bersama awak.”

“Kenapa Lia? Awak tak cintakan saya?” soal Izhan.

Arelia terdiam. Dia sebenarnya mencintai Izhan namun dia seperti terjerat dengan janjinya sendiri. Dia telah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak ingin mengambil risiko dalam hidupnya. Dia inginkan yang terbaik untuk dirinya dan ibunya. Pengalaman hidup mengajarnya lebih berhati-hati terutamanya soal hati dan perasaan.

“Anggap aje yang kita tak ada jodoh. Saya pergi dulu. Terima kasih Han atas segala-galanya.”

Kata Arelia sebelum berpaling ingin meninggalkan Izhan. Sakit apa yang dirasainya tapi dia terpaksa.

“Awak nak cari lelaki kaya kan? Awak tak nak sejarah berulang kembali. Lia… Awak cintakan saya. Awak tahu tu. Awak tak boleh bohong. When a boy is in love, you can see it in his eyes. When a girl is in love, you can see it in her smiles. And I can see love in your smile, Lia. Betul kan apa yang saya cakap ni.”

Izhan berkata dengan suara yang sedikit ditinggikan.

Arelia terhenti. Dia berpusing ke belakang.

“Dari mana awak tahu semua ni?”

“Tak penting dari mana saya tahu. Yang penting apa yang saya tahu adalah kebenaran. Saya ikhlas Lia. Saya akan bahagiakan awak. Dengan izin Yang Esa,” janji Izhan.

“Janji aje tak penting Han. Janji sangat mudah untuk dimungkiri. Lepas ni saya tak nak jumpa awak lagi. Saya harap awak faham.”

Arelia meninggalkan Izhan dengan rasa yang berkecamuk di dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience