BAB 1

Romance Completed 5525

Rambang mata Arelia memilih semua baju di hadapannya. All of them are gorgeous. Ini baru sahaja kedai pertama yang dimasukinya. Belum lagi kedai-kedai yang lain. Namun apabila memikirkan bajet yang telah pun diperuntukkannya untuk bulan ini, dia terpaksa melihat sahaja baju-baju itu. Ya. Dia hanya perlu mencari a suitable dress for a formal night event.

Matanya melilau ke segenap penjuru kafe itu. Cuba memerhati setiap kelibat manusia yang ada. Ingin mencari kawan baiknya, Wani yang telah berjanji untuk bertemu di kafe itu. Dan matanya terhenti di sebuah meja yang terletak di penjuru bahagian kanan. Langkah kakinya dipercepat menuju ke meja tersebut.

“I’m so sorry, Wani. Kau dah lama tunggu ke?”

Tanya Arelia usai melabuhkan duduk di kerusi. Ditatap wajah Wani yang jelas kelat dan masam. Confirm dia mengamuk ni.

“Eh tak apa, Lia. Tak lama pun. Baru dua jam lebih.”

Wani menyindir Arelia. Mereka telah berjanji untuk berjumpa pada pukul 2 petang tapi sekarang sudah pukul 4 lebih. Very punctual!

Arelia senyum senget mendengar sindiran Wani. Dia tahu dia telah lambat. Dia tidak sengaja untuk berbuat seperti itu tapi sedar-sedar aje dah pukul 3.45 apabila dia akhirnya menjumpai baju yang dikehendakinya.

“Alah, kau jangan la marah. Aku tahu kau dah tunggu lama. Aku minta maaf ya. Jangan la marah lagi… Please… Please… Please…”

Kata Lia dengan mata yang dikelip-kelipkan seolah-olah dia insan yang paling comel di dunia. Mengada-ada aje lebih.

Wani tersenyum melihat aksi comel Arelia yang sebenarnya tidak comel pun. Dia mengambil gelas orange juice yang dipesannya untuk kali kedua lalu menyedut minuman itu. Kalau lebih lama lagi, entah-entah sampai tiga gelas diminumnya.

“Okey. Aku maafkan. Tak payah nak tunjuk gwiyomi kau tu. Tak kuasa aku nak tengok.”

“Yeah! Wani tak marah. Wani tak marah.”

Arelia berkelakuan seperti kanak-kanak pula.

“Kenapa kau lambat Lia? Kau berborak lama sangat ke dengan mak cik tu?”

“Tak. Sekejap aje. Berbual-bual then terus bagi bungkusan tu.”

Arelia baru sahaja menemui seorang rakan ibunya untuk menyampaikan sebuah bungkusan yang penuh dengan balang berisi kuih-muih tradisional. Arelia disuruh untuk memberikan kiriman itu kepada rakan lama ibunya yang tinggal di KL. Tidak sampai setengah jam dia berada di rumah Mak Cik Salmah. Tapi yang telah memakan masanya adalah aktiviti wajib bagi seorang wanita, iaitu shopping. Lebih dari tujuh kedai dimasukinya. Dia tidak ingin membeli secara online seperti kebiasaannya kerana dia ingin betul-betul memastikan baju yang dipilihnya adalah pilihan yang terbaik. Baju itu sangat istimewa.

“Aku lama sebab aku cari baju untuk event tu.”

“So, kau dah jumpa?” soal Wani.

“Dah. Ini dia.”

Arelia memberikan shopping bag kepada Wani.

“Cantik. Pandai kau pilih. Aku belum beli lagi,” tutur Wani.

Apabila dia terlihat tag harga baju itu, matanya terbeliak. Tidak percaya dengan harga beratus-ratus ringgit yang dilihatnya.

“Lia! Mahalnya baju ni. Kenapa kau beli baju macam ni? Tak membazir ke?”

Arelia memandang Wani. Dia tahu baju yang dibelinya sangat mahal. Dia pun merasa hal yang sama. Tapi, untuk memastikan rancangannya berjalan lancar, dia perlu mengeluarkan modal. Alah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

“Tak apa. Bukan selalu pun. Besides, I want to look amazing and stunning that night. Aku nak tarik perhatian semua jejaka tampan kat majlis tu nanti.”

Arelia memasang angan-angan yang tinggi. Dan dia akan memastikan angan-angannya itu menjadi kenyataan.

Wani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Arelia. Masih lagi rupanya dia berangan. Kononnya nak tackle lelaki kaya. Bila ditanya mengapa, mudah sahaja jawapannya. Dia ingin memastikan masa depannya terjamin. Pasal cinta, belakang cerita. Boleh dipupuk apabila berkenalan kelak.

Bagi Wani, Arelia bukan la seorang yang materialistik. Sahabat merangkap teman serumahnya itu sangat baik. Cuma, Arelia sebenarnya melakukan sesuatu untuk menghapuskan kenangan silamnya dahulu. Tidak ingin diri ditimpa nasib yang serupa. Arelia dan ibunya telah melalui fasa kesukaran dalam hidup mereka. Ibunya dihalau dari rumah kerana berkahwin dengan lelaki miskin dan tidak dipersetujui oleh datuk dan neneknya.

Disangka cinta sahaja sudah cukup untuk memberi kebahagiaan, namun segalanya cuma kebahagiaan sebentar yang tidak ubah seperti mimpi indah. Segalanya berubah sekelip mata. Hidup Arelia dan ibunya terseksa. Ayahnya menjadi seorang kaki pukul dan sentiasa mengasari ibunya. Mujur, Arelia dan ibunya melarikan diri dan memulakan kehidupan baru. Setelah itu, khabar tentang ayahnya tidak diketahui lagi sama ada hidup atau mati.

“Lia, kalau aku tanya kau something boleh?”

Arelia merasa hairan. Seperti ada sesuatu di sebalik pertanyaan Wani.

“Boleh. Apa dia?”

“Kalau contoh la kau jatuh cinta bukan dengan lelaki kaya macam mana? Maksud aku yang sederhana aje.”

Wani ingin tahu jawapan Arelia. Sebelum ini, hanya lelaki kaya sahaja yang diinginkan oleh sahabatnya itu,

“Entah la. Aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku akan pastikan target plan aku berjalan lancar.”

Arelia tidak sabar menanti tibanya hari yang ditunggu-tunggu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience