BAB 10

Romance Completed 6151

Khairil termenung. Air wuduknya masih membasahi wajah. Hubungan dia dan Ayu mula regang kerana kehadiran Aidil.

“Ya Allah, aku mencintainya sepenuh hatiku. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan hatinya. Kau panjangkanlah jodohku dengannya. Amin,” air mata Khairil turun perlahan.

**

“Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam,”. Aidil melipatkan sejadahnya.

“Khairil, silalah masuk,” pelawa Aidil.

“Tak apa, aku nak cakap sikit dengan kau,”

Aidil melangkah keluar dari pintunya dan merapati Khairil.

“Kau tahu. Dulu aku dengan Ayu rapat sangat. Aku ni macam..macam suara Ayu,”

Aidil mengangguk perlahan. Tiba-tiba ,Khairil menoleh kearah Aidil dan memandang tepat matanya.

“Tapi sejak kau ada. Dia dah jauh dengan aku. Ayu yang lama dah hilang!” mata Khairil berkaca-kaca.

Aidil mengeluh kecil.

“Dia sukakan kau. Sejak kau selamatkan dia. Dia kemas rumah kau setiap minggu. Dia sentiasa harap kau akan balik dan kau tak tahu, betapa gembiranya dia bila dia tahu kau dah balik”

Aidil membuang pandangannya. “Dia tak boleh suka aku. Kau jangan risau,”

Khairil pelik. “Aku cuma nak tanya kau. Kau cintakan dia?”

Aidil terdiam. “Tak..” Aidil sedar dia menipu hatinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience