BAB 1

Romance Completed 6151

Aidil mendongak ke langit. Menikmati udara segar tanpa di pagari geriji-geriji Penjara Kulim. Pak Samad terus memerhati jejaka itu dari belakang.

“Kau nak pergi mana lepas ni Dil?” akhirnya warden itu bersuara.

Aidil diam sejenak. Wajahnya berubah. Senyuman kembali dilemparkannya .

“Balik kampung, Pak Samad. Dah lama rumah tu saya tinggalkan,” kata Aidil sambil memalingkan mukanya ke belakang.

Kini Pak Samad pula membisu. Riak wajahnya berubah-rubah. Dia melihat ke kiri dan kanan, dan apabila melihat tiada orang di perkarangan penjara itu, dia terus meluru ke arah Aidil. 2 not RM50 dikeluarkan dari dompet coklatnya.

“Nah ,amik duit ni, aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi. Pergi.” Pak Samad memandang tepat ke mata Aidil, penuh pengertian dan harapan.

Aidil berasa berat untuk menerima pemberian itu. Pak Samad terus menekapkan duit itu ke tapak tangannya. Dia mengangguk perlahan. Aidil merenung wajah lelaki tua itu. Kedut tua mula menghiasi kelopak mata warden yang tinggal setahun sahaja untuk menamatkan tugas itu. Aidil terus memeluk Pak Samad.

“Terima kasih, sebab tunjukkan dunia yang lebih luas buat diri saya,” airmatanya mula mengalir. Pak Samad mengusap lembut belakang kepala Aidil. “Pergi sana dan jadi orang berguna,” Pak Samad terus beransur masuk. Betapa didalam hatinya bersyukur kerana berjaya memulihkan seorang lagi banduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience