BAB 2

Romance Completed 6151

Kereta Api Tanah Malayu meluncur laju di atas landasan. Gertakannya sesekali membuatkan beberapa penumpang terbangun dari lena. Tetapi Aidil lebih selesa menikmati pemandangan yang terhidang di sepanjang laluan.

**

10 tahun lalu.

Cikgu Aisyah kelihatan sibuk menulis di papan hitam. Silmultaneous equation. Itulah topic kelas 4Hijau untuk kelas matematik tambahan hari ini. “Ok pelajar, hari ini kita akan belajar tajuk silmultaneous equation ,sila buka buku teks anda muka surat 20,” Cikgu Aisyah memulakan sesi pengajarannya pada pagi itu.

Aidil lebih seronok menumpukan perhatian pada kehijauan di taman bunga kecil yang terletak di hadapan kelas 4Hijau itu. Cikgu Aisyah beberapa kali menjelingnya dan sedar akan ketidaktumpuan perhatian pelajar yang duduk berseorangan di belakang kelas itu. “Aidil, boleh awak tolong selesaikan soalan ini?” Cikgu Aisyah bersuara dengan kuat menyebabkan Aidil terus tersedar dari lamunannya. Dia terus bangun. Soalan di papan hitam itu direnung. Akhirnya Aidil mengalah. “Erk, saya tak tahulah cikgu,” jawab Aidil dengan menggarukan belakang kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan di celah-celah 39 orang pelajar kelas 4Hijau. Semua mata menumpu ke arahnya. “Ayu, kamu nak jawab soalan ni?” Tanya Cikgu Aisyah. Ayu menganggukkan kepalanya. Dia terus ke depan. Beberapa formula dikeluarkan dan akhirnya menemui jawapannya. Semua pelajar kagum termasuk Cikgu Aisyah. “Aidil, lepas ni berikan perhatian kamu ,” Cikgu Aisyah memberikan amaran. Aidil memandang gadis genit itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience