BAB 11

Romance Completed 6151

Cuaca mendung menghiasi langit pada petang ini. Aidil mengemaskan begnya. Semua pakaian dimasukkan rapi. Dia mengunci rapat pintu rumahnya. Tatkala Aidil berpaling kebelakang, Ayu sudahpun tercegat bersama bekas makanan. Aidil terus berjalan tanpa menghiraukan Ayu. Ayu memintas Aidil. Wajahnya cukup untuk menunjukkan persoalan.

“Bagi tahu Pak Ajis, saya nak balik kl,”

Ayu terkejut mendengar kata Aidil tu. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. Aidil terus berjalan sambil tidak mempedulikan Ayu. Ayu berlari pantas dan berdiri beberapa langkah di depan Aidil.

Ayu menunjukkan jarinya kearah dirinya sendiri. Kemudian dia membuat bentuk hati. Dan akhirnya menunjukkan kearah Aidil.

Aidil menguatkan dirinya. Dia terus menuju ke depan Ayu.

“Maaf, saya tak sukakan awak. Haha. Awak ingat saya akan suka dengan perempuan bisu macam awak ni? ,”

Ayu seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Aidil. Hujan mula membasahi wajahnya.

“Saya boleh cari perempuan yang lebih baik daripada perempuan bisu macam….

Satu tamparan hinggap di pipi Aidil. Ayu berlari pergi dengan penuh kecewa. Aidil cuba menenangkan dirinya.

“Tak apalah Aidil, dia akan lebih bahagia dengan Khairil.” Aidil menarik nafas dalam. Mencari kekuatan untuk melangkah pergi selepas melukakan hati gadis yang dicintainya.

**

Aidil menghulurkan RM10 kepada pemandu teksi itu. Dia memandang wajah pekan kecil itu. Tak menyangka dia hanya singgah di sini. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya.Aidil seakan dapat mengecam wajah lelaki bertatoo itu. Rico keluar dari pintu kereta Waja . Dia memandang Aidil dengan senyuman sambil melaraskan pistol.

Tummm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience