BAB 6

Romance Completed 6151

(10 tahun lalu)

“Kau kena ikut abang juga,” Fadhli merenung tepat ke dalam mata Aidil.

“Berapa kali aku nak cakap dengan kau. Aku tak nak ikut kau!,” tegas Aidil.

“Kau kena sambung perniagaan keluarga kita,”

“Perniagaan?Haha. Pukul orang tu perniagaan?,”

Konco-konco Fadhli mula tertarik dengan adegan itu.

“Aku pergi sekolah selama ni, sebab aku tak nak jadi macam kau!” Aidil terus berlari keluar meninggalkan abangnya itu.

Aidil memandang arus air itu. Tenang. Persoalan sering muncul di mindanya.

“Kenapa aku tak dapat keluarga macam orang lain? Kenapa!!!!” Aidil meluahkan perasaannya.

“Kenapa?” air matanya mengalir.

Gerimis mula turun. Aidil membiarkan ia menyelimuti tubuhnya. Perasaannya masih belum tenang.

Tiba-tiba Aidil terdengar sesuatu. Dia segera mencapai sebatang kayu sebagai langkah berjaga-jaga. Aidil melangkah sedikit ke depan. Dia meninjau punca bunyi itu. Mata Aidil terbeliak apabila melihat Pak Khamis sedang cuba untuk merogol Ayu. Ayu meronta-ronta sedaya upaya. Cuba melakukan apa sahaja untuk menghalang Pak Khamis.

Tapp..Pak Khamis terus terbaring akibat hentakan kayu panjang itu. Ayu terus menangis. Dia menutup bajunya yang terkoyak.

“Awak tak apa-apa?” Aidil buntu.

Aidil membuka bajunya dan di berikan kepada Ayu. Tiba-tiba ,Pak Khamis tersedar dan melarikan diri.

Tukkk..tukkk..tukk..

“Kau Khamis, macam nak roboh pintu rumah aku kau ketuk,” Pak Ajis membuka kunci pintunya.

“Anak kau…” Pak Khamis termengah-mengah.

“Kenapa dengan Ayu? Kan dia pergi jumpa kau tadi.”

“Aidil..dia nak rogol Ayu,”

Bagai terkena renjatan elektrik apabila Pak Ajis mendengarnya. Dia terus menyarungkan seliparnya. Pak Khamis tersenyum apabila melihat fitnahnya menjadi. Azman dan Akoi yang kebetulan disitu turut bersama .

Aidil lega apabila melihat Pak Ajis sudah ke situ. Pak Ajis terus menuju kearah Ayu. Ayu masih menangis.

“Tangkap dia,” arah Pak Khamis yang baru tiba.

Azman dan Akoi terus memegang bahu Aidil. Aidil terkejut. Mak Nab berlari ke situ dengan kain batik. Ayu mula tidak sedarkan diri. Pak Ajis mengangkat Ayu .

“Pak Ajis, ni macam mana?” Tanya Azman.

Langkah Pak Ajis terhenti. Pak A jis memandang Aidil dengan penuh kecewa.

“Hantar ke balai polis,” Pak Ajis terus membawa Ayu pergi.

Aidil merentap pegangan Azman dan Akoi. Dia terus melarikan diri.

“Hidup ni memang tak adil,” kata hati Aidil. Dia berlari sepantas mungkin.

Fadhli tersenyum apabila melihat Aidil masuk ke dalam bilik dan mengemaskan baju. Abangnya itu terus mengarahkan anak buahnya menghidupkan enjin kereta. Aidil mengambil tempat di belakang. Mercedes itu meluncur laju kearah Kuala Lumpur.

Itulah hari terakhir dia berada di Kampung Teluk Kenanga sepuluh tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience