BAB 3

Romance Completed 28390

“Kalau boleh esok.”

“Baiklah esok saya mula bekerja.” Jawab Miea peuh semangat.

Letak sahaja telefon, terus dia menghantar pesanan ringkas kepada Ila. Syukur, Ila juga berjaya mendapatkan pekerjaan yang sama.

Setelah memaklumkan hal itu kepada ibu dan ayahnya,

Miea pantas ke bilik tidurnya. Telefon bimbit ditangan segera ditekan laju. Lalu diletakkan ditelinganya.

“Helo, assalamualaikum..” lembut tutur kata Miea dikala ini.

“Waalaikumsalam, how are you my future wife?” tanya Azrael romantis. Ya, Azrael, lelaki itulah yang dikatakan Ila ‘pojaan hatinya’.

Usia perkenalan antara dia dan Azrael masih muda, tidak sampai dua tahun. Namun, bila cinta mengetuk hatinya, dengan mudah dia menerima lelaki itu.

Apatah lagi Azrael jauh di Kuala Lumpur, sedang menyambung pelajaran, bahkan lelaki itu juga muda setahun darinya.

Tetapi semakin jauh dan banyak perbezaan diantara mereka membuat Miea bertambah sayang dengan lelaki itu.

Azrael juga telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja dia berjaya setelah tamat pengajian nanti.

Setiap kali Azrael mengambil berat tentangnya, hatinya seakan melayang-layang, dirinya terawang-awang. Indahnya rasa ini.

“Rael.. Miea dah dapat kerja tau!” manjanya Miea di saat ini.

“Ya? Wah.. nanti gaji pertama, sayang, sayang belanja Rael tau..” usik Azrael membuahkan senyuman di wajah Miea.

“Mestilah! Okey, Miea nak tidur dulu. Esok Miea dah mula kerja..” Miea melihat jam, sudah hampir jam 12 pagi! Alamatnya jadi pandalah dia esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience