BAB 2

Romance Completed 28390

Miea sekadar menyambut dengan anggukkan kecil. Ipod tetap ditelinga. Telefon dicapai lalu pesanan ringkas dihantar ke pojaan hatinya bak kata Ila.

“Ila.. kat kedai roti tu ada iklan jawatan kosong la..” ujar Miea teruja.

Tangan Ila ditarik menuju ke kedai roti itu. Ila yang tak bersedia hampir terjatuh. Kepala digeleng perlahan.. kawan.. oh.. kawan...

Mata mereka berdua asyik mengusyar sekeliling kedai roti itu. Nampak ringkas tapi padat dengan pelbagai jenis roti.

Haruman roti memenuhi segenap ruangan kedai itu. Bestnya.. kalau dapat bekerja dalam kedai ni..

“Yup.. ada apa yang boleh saya bantu?” tanya seorang staff kedai roti itu. Miea tersenyum segan. Mesti dia nampak macam jakun je.. terhendap-hendap kedai orang.

“Kami nak apply kerja kosong yang tertampal dekat luar tu boleh?” tanya Ila dengan senyuman manis.

“Oh.. boleh je. Tolong isi borang ni.” Ujar Zulaikha, si pekerja kedai itu.

Setelah selesai mengisi borang mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Malam itu sewaktu Miea sedang berehat dengan keluarganya telefonnya berdering.

“Helo, assalamualaikum.” Miea memulakan bicara.

“Waalaikumsalam, ni cik Miea Nasuha ke?” tanya si pemanggil.

“Ye, saya.. Boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?” tanya Miea yang agak pelik. Jarang dia dapat panggilan dari orang yang tidak dikenali.

“Saya Fairuz, manager Best Bakery. Saya nak maklumkan awak diterima bekerja di Best Bakery sebagai cashier.”

“Ye ke? Alhamdulillah. Terima kasih. Bila ya saya boleh mula bekerja?” tanya Miea tidak sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience