BAB 5

Romance Completed 28390

“Kalau cam tu.. betullah tu..” ujarnya sambil menggosok-gosok dagunya yang meliar dengan janggut nipisnya.

“Okey, saya pula Johan. Panggil saja Abang Jo. Sebab abang yang paling tua dekat sini. So kalau ada apa-apa masalah inform je dekat abang.” Baker yang ketiga bersuara. Miea dan Ila mengangguk faham.

“Dah, dah la tu korang ni! Karang lambat pulak kita nak bukak kedai!” Zulaikha menolak hujung bahu baker-baker itu.

“Nama akak Zulaikha. Panggil je kak Ika. Meh sini, akak ajar macam mana nak packing roti-roti ni.” Miea dan Ila segera menuju ke meja yang terletak ditengah kedai. Terdapat pelbagai jenis roti.

Kesemuanya kelihatan sangat lazat!! Bermulalah pembelajaran mereka. Dari membungkus, melabel malah nama roti diajarkan kepada mereka.

Pening kepala Miea melihat beratus-ratus jenis roti.

Sudah hampir seminggu, Miea bekerja di sini. 4 hari bersama Ila dan sehari tanpa Ila. Ila membuat keputusan tak nak bekerja.

Kerana kerja sebagai cashier memerlukan mereka berdiri dalam jangka masa yang agak lama.

Sunyi jugaklah dia. Tapi adanya para baker dengan akak Ika, tidak terasa sangat sunyi sangat.

“Oit!” cuit abang Jo. Miea menghela nafas berat.

“Kenapa abang Jo?” tanya Miea yang sedang laju mem’packing’ roti.

“Malam esok jom tengok wayang.” Abang Jo mengenyitkan matanya.

“Er.. esok Miea shif petang.. so tak dapat la..” Sengaja Miea buat muka sedih. Sebenarnya malas dia nak layan abang Jo ni.

Dah kahwin dah, anak pun dah sorang, asyik nak menggatal saja. Kalau dia buat muka tak suka karang mau heboh dekat para baker lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience