BAB 6

Romance Completed 28390

“Ala.. tak pelah nak buat macam mana..” pergi saja abang Jo datang pulak bala lain. Kecik pula mendekat.

“Yeee... kecik.. kenapa?” tanya Miea tanpa memandang.

“Huh.. bila aku datang terus.. buat muka macam tu.. sampai hati kamu..” Kecik buat muka sedih.

Miea mengeluh. Malas betul nak layan perangai baker-baker ni. Dah berkali-kali dia beritahu yang dia dah ada boyfriend! Sengal betul depe ni!

“Okey.. sorry! Ada apa kecik?” tanya Miea dengan muka yang konon-kononnya teruja nak tahu.

“Rehat nanti.. joinlah aku dekat tingkat dua.. tangan ni dah gatal nak pukul drum..” ujar Kecik dengan tangan yang bergerak-gerak bagai memukul drum.

“Okey..” dengar saja jawapan Miea, Kecik terus pergi.

Puas hati agaknya. Sesekali Miea kerling jam. Dah dekat pukul 12 tengahari.

Hari ini ada perkahwinan abang kepada kawan baiknya. Semalam dia sudah mintak cuti.. namun kerana tidak cukup staff dia tak dapat pergi.

Sedih juga hatinya. Bertambah-tambah sedih dengan dugaan-dugaan dekat kedai ni.

Miea bagaikan robot hari ini. Hatinya sudah hilang. Kerja saja. Nak layan baker-baker tu memang tak la.

Lemah kakinya turun dari skuter kesayangannya. Penat, tekanan semua ada. Masuk sahaja rumah terus dia terperuk dalam biliknya.

Nasib baik ibu tak ada, mungkin balik kampung. Ayah pun tak ada, ni mesti berborak dengan jiran belakang rumah.

Miea terbaring di atas katil. Siling biliknya dipandang kosong. Sedang dia asyik melayan lamunannya. Dia terdengar bunyi pesanan ringkas masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience