BAB 7

Romance Completed 28390

Skrin telefon ditatapnya.

‘Helo, my future wife! How a’r you? I miss you so much! I love you! Take care.-Future Husband.’

Baca sahaja kata-kata yang tertera di telefon, air mata Miea mengalir deras. Tak tahulah apa yang dirasanya kini.

Yang dia tahu dia nak menangis sepuas-puasnya. Malam itu dia tidur dengan linangan air mata.

**

Hari ini hari terakhir Miea bekerja. Sedih jugalah nak tinggal tempat dia mencari rezeki. Tempat dia mengumpul pengalaman.

Miea bersalaman dengan kak Ika dan Siti. Walaupun singkat perkenalan mereka namun rasa sayang tetap bertapak dihatinya.

Abang Jo, Faez, Kecik, Syafiq, dan Fairuz berdiri membuat barisan. Dah rasa macam pekerja terhormat pulak. Hihihi..

“Hm.. Miea.. aku nak cakap something ni.” Kata Kecik selepas menarik Miea ke tepi.

“Apa?” tanya Miea prihatin. Kesian pulak dia tengok kecik ni. Macam nak nangis je..

“Aku suka kamu..” kata Kecik dengan keyakinan yang penuh. Miea dah terlopong.

“Apa?” tanya Miea tak percaya.

“Aku suka kau! Aku cinta Miea Nasuha! Aku nak kahwin dengan kau, Miea!” ujar Kecik beria-ria. Macam nak pegang tangan Miea je lagaknya.

“Aku.. aku.. aku dah ada boyfriend la..” ujar Miea agak gagap.

“Aku tahu.. tapi.. Jodoh siapa yang tahu?”ujar Kecik penuh berharap.

“Aku.. aku tak tahulah.. Maafkan aku Kecik..” Miea pantas meminta diri.

Luahan hati Kecik membuatnya keliru. Dia sudah punya Azrael dihatinya. Kenapa Kecik perlu membuat hatinya ragu-ragu?

Siapa pula akan jadi suaminya nanti? Miea sudah pusing. Yang pasti dia perlu jauh dari ini semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience