BAB 9

Fantasy Completed 22706

“Jangan dibeirtahu siapa dia..” Raja Farish menekankan suara dia.”..dia hanya anak kecil lagi”

“Dia seorang gadis” Bonda Annur menekankan suara.”Dialah harapan kita. Harapan Fathur..”

“Fathur 24 tahun, Annur !” Raja Farish menguatkan suara dia.”Dia masih 16 tahun !”

“So, What’s the matter ?” Bonda Annur dah bangun dari duduk. Melihat muka suami dia yang dah mencerun pandang dia, dia tersedar.

Bahasa inggeris tidak dibenarkan kalau mereka berada dalam rumah.

“Maaf”Bonda Annur kembali duduk atas katil.

“Awak percaya hikayat tu ?”

Bonda diam.Angguk.

Raja Farish mengeluh.”Kita tak boleh percaya benda macam ni.”Dia melabuhkan punggung disisi isterinya.”Kita kena bergantung pada Allah. Percaya pada Allah. Bukan hikayat tu”

Bonda pandang suami dia tajam.”Awak tak sedar apa dah jadi dekat anak lelaki kita ?” suaranya ditahan agar tidak meninggi.”Awak tak sedar sumpahan ‘Raja Putih’ tu ?”

Raja Farish kelu sebelum menjawab,”Itu kuasa Allah. Takdir Allah”

Bonda Annur senyum sinis. “Dan Allah memakbulkan doa orang yang teraniaya” Dia bangun dari katil.”Raja Fathur Amin ialah Raja muda pertama, anak lelaki pertama selepas berabad dekad dalam keturunan saya”

“Tapi..”

“Sulaiman hantar Puteri pada kita” suara bonda lemah.”Itu bermakna, dia takdir kita.Allah hantar dia”

Dan selepas itu, semuanya kelam dibawa masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience