BAB 6

Fantasy Completed 22706

Bonda Annur senyum. Bibirnya merekah membelah dan merah bak delima. Matanya mengerling bersilih ganti antara bilik santai Fathur dan muka Puteri. Puteri hanya beku di situ dengan muka bersalah. Caught Red Handed.

“Ini bilik santai Fathur.” Bonda Annur tolak sliding door biru tu. Dia mengintai ke dalam bilik. Puteri hanya mendengar bonda Annur bercakap dengan sesorang sebelum bonda Annur kembali pada dia. Wanita itu hanya sengih, “Fathur memang suka main alat muzik.”

Puteri hanya angguk. Tak banyak bercakap selain angguk dan geleng. Dia dah bosan bercakap; bergaduh dengan Adibah. Mata dia hanya memandang bilik tadi bila mereka melepasi satu lorong yang mempunyai balkoni ditepi. Lorong yang sangat luas dan menghadap belakang rumah.

Dan kaki dia berhenti melangkah bila bonda Annur berhenti melangkah. Puteri agak terkejut beruk bila tersedar, bilik dia menghadap balkoni tadi. Balkoni yang sangat luas. Yang hanya mempunyai langsir kuning pekat dan ukiran kayu klasik ditepinya. Sementara bonda Annur membuka pintu bilik, mata dia meneliti pada setiap ukiran balkoni itu. Lama.

Dan jantung bagai tersentap. Itu bukan ukiran biasa. Itu tulisan jawi.

“Itu tulisan campuran tiga jenis khat.” Suara bonda Annur. Puteri tersentak. Tersedar dia merenun terlalu lama. Bonda Annur menyambung lagi,”Khat sulus, khat ijazah dan khat nasakh” bunyi pintu kayu dibuka.

“Itu ayat Al-Quran ke ?” dan entah kenapa bibir dia laju bertanya. Curiousity kill the cat, eh?

Bonda diam sebelum menjawab.”Bukan..” wajah gadis dihadapannya dipandang. Puteri tahu bonda Annur agak teragak-agak hendak menjawab.”Itu hikayat”

Puteri terdiam. Oh, Hikayat itu macam something like ‘tersebut lah kisah hikayat si miskin blab la blab la..’ kan ? Puteri hanya membebel dalam hati. Malas nak ambil tahu disebabkan muka bonda Annur pun macam tak nak dia tahu.

“Jemput masuk..” Bonda Annur menolak lembut bahu dia. “Jangan lupa baca basmallah.”

Dan entah kenapa Puteri terasa semua benda dia nak baca bismillah dalam rumah ni. Dekat rumah dia dulu, kalau masuk bilik pun dia main tendang aje pintu. Melihat muka bonda Annur yang sangat lembut, hati dia terus meleleh dan hanya ikut aje.

Dan sebaik sahaja di baca Basmallah, langkah kaki kanan, mata dia melekap pada ruang segenap bilik. Rahangnya jatuh.

Katil king size, kayu, ada kelambu, ada empat tiang yang berlangsirkan kain kuning. Tingkap ada lima. Bilik ini ada cermin besar, sebesar alam dan ada ukiran tulisan jawi. Pada kepala katil ada ukiran khat lagi dan tertulis Basmallah. Langsir kuning-emas. Cadar merah-kuning. Dan segenap perabot semua kayu jati !

This is incredible !

“Ini bilik Puteri Api.”

Suara bonda Annur buat mulut dia ternganga besar lagi. Hampir terkoyak rasanya. Puteri telan saliva. Apa ke pelik hidup yang bakal aku hadap lepas ni ? bilik puteri, istana lama, dan segala-galanya kena mula dengan basmallah !

Weh, nak balik..

Puteri menangis dalam hati. Mata mencari Air-Cond dan kemudiannya dia cuba cari kipas.

Oh damn it. Tak ada!

“Kalau nak tidur, pasang kelambu” Bonda Annur letak beg dia tepi katil.”Sini tak ada kipas atau Air-Cond, bilik ni sejuk. Sentiasa sejuk. Dan panas.. kalau puteri panas.”

Puteri hanya beku. Tak faham dengan ayat bonda. Tapi selepas itu, Bonda sambung, “Puteri Api bukan Puteri”

Bonda duduk di atas katil dia. Wanita itu menepuk ruang disebelahnya. Puteri faham isyarat bonda. Bonda suruh duduk tepi dia dan dia hanya mengikut. Punggung di labuhkan atas katil. Anak mata bonda Annur yang hitam pekat itu menikam wajahnya. Lama. “ keturunan Puteri Api, tukang masak istana.” Hikayat bermula. “Dia bukan Puteri sebenar. Dia anak angkat kepada Raja Wirawi Sakti.”

Puteri telan air liur. Masya Allah.. apa jadahnya aku kena tahu hikayat pelik-pelik ni. Hikayat buku sastera bahasa melayu aku masa tingkatan satu, dua dan tiga pun aku tak ingat.

Walaupun dia membebel dalam hati, mulutnya bertanya juga, “Bonda keturunan Puteri Api ke ?”

Bonda senyum. Geleng. “Bonda keturunan Wirawi Sakti.”

Hah? Apa bezanya ?

Puteri picit kepala. Aduhai.. pening. Baru sampai sini dah pening.Pening dia hilang sebelum bonda Annur beruara lemah. “Keterunun Wirawi Sakti tak pernah ada raja muda lelaki selepas itu. Sampailah ke bonda.” Bonda pandang Puteri yang dah migrain lagi. Dia senyum, “Alhamdulillah, sampai yang ke bonda, bonda ada anak lelaki.” Bonda pegang tangan Puteri. Puteri diam. Pelik sekejap. Terasa macam dia dalam Filem Melayu zaman P.Ramlee. “Raja Fathur Amin”

Oh.. yang main Pianoforte tadi. Puteri terangguk. “Umur dia berapa ?”

Bonda senyum.”dua puluh empat tahun.”

Oh. Dah tua. Ehehe, baru nak ngorat terus tak jadi. Puteri sengih.

Suasana kelam sekejap sebelum Puteri bertanya, “Bonda, keturunan Puteri Api ada lagi ke ?”

Bonda seperti terkedu nak menjawab. Wajah Puteri dipandang. Lama. Sebelum mulutnya terbuka, “Pu..”

“Annur”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience