BAB 13

Fantasy Completed 22706

Kaki dia melangkah sepanjang lorong ke biliknya. Sebaik sahaja dia sampai ke bilik di hadapan balkoni yang terbuka, langkah terhenti. Fathur hanya diam mendengar gelak tawa bonda, Fathiha dan..

Puteri.

“Puteri tak sukalah pakai kain batik..”

“Puteri kena pakai.” Suara bonda memujuk.”Nanti nampak ayu”

“Tak nak lah..” Puteri mengeluh.”Tak boleh kangkang.”

Dan tanpa sedar Fathur ketawa kecil.

“Pakailah akak, cantiklah kalau akak pakai.” Fathihah membela bonda.”kekanda suka perempuan ayu.”

Fathur tersentak. Hati dia rasa macam nak sumbat mulut Fathihah dengan timun !

“Kekanda ?” suara puteri.

“Raja Fathur Amin” bonda senyum.

“Puteri kena pangil dia kekanda juga ke ?” Puteri menyoal dengan muka kosong.

Bonda dan Fathiha tergelak kecil. Penuh ayu dan merdu.

Jawapan bonda buat Fathur terdiam.

“Kalau Puteri kahwin dengan dia, ye la”

Dan angin bayu lembut menampar pipi dia. Membawa langkahnya pergi dari situ. Dan ada kerajaan angin yang bercerita kepada alam dengan Raja dengan Puteri nya.

Ada kisah kurnia cinta,

Tatkala bayu menyentuh rasa,

Angin bertiup menyambut sang Raja

Kemilau rasa tulisan jiwa

—————————————————————-

Kaki Puteri terkedek-kedek mencari tandas. Kain dikepitkan dicelahan kaki membuatkan dia terpaksa berjalan dengan ayu gila. Ini membuatkan dia rasa nak termuntah.Lagi nak termuntah bila tengok diri dia pakai baju kurung kedah. Macam orang tua zaman opah-opah dulu.

Alahai.. dah terpaksa. Nak buat macam mana.

Mana tandas ni. Peluh mula membasahi kepala. Tudung kuning dibetulkan menyilang ke bahu melalui dada. Mata meliar ke arah lorong dan buat seketika, dia tersedar.

Ada bilik. Bilik santai disebelah kiri. Disebalik sinaran cahaya bulan, Pianoforte berkilau dibawah rembulan. Bonda kata ini bilik santa Raja Fat..

Puteri berkerut. Raja Fathir ke nama dia ? tak.. bukan, Fatheh kut. Dia berkerut lagi. Cuba mengingat nama nak lelaki bonda. Raja..

Father ?

Pethu ?

Aha ! Petir ?

Puteri berkerut lagi. Susahnya nama! Dan sesaat kemudian, disebab nama pelik tu buat dia pening, dia terasa bladder dia macam dah kembali normal untuk menampung lebih banyak urine.

Dan kaki dia terus melangkah masuk ke bilik santai si ‘Petir’ tanpa rasa bersalah. Puteri sengih. Pianoforte diusap. “Oh man.. you’re such a beutifull little thing that I’ve ever seen” dan entah kenapa dia terasa nak jadi gila sebab bercakap dengan pianoforte yang tak hidup tu.

Jari runcingnya menekan setiap minor dan major ke tanpa arah tuju note. Kakinya berjalan mengelingi pianoforte. Dan bibir kecilnya menyanyi kecil,

When tomorrow come,

I’ll be on my own,

Feeling frightened of,

The things that I don’t know,

When tomorrow comes,

Tomorrow comes.

Baru punggungnya nak dilabuhkan pada bench, dia kaku tatkala merasa seakan ada sosok tubuh yang ligat memerhatikannya dari tadi.

Alamak!

Dia berpaling.

Dan terasa segala heart chamber tercabut ! matanya tak berpaling melihat figura dibalik sinar bulan. Dan apa yang dia boleh describe..

Putih.

Lelaki.

Putih.

Kakinya cuba diberanikan merapat pada figura tadi tanpa rasa takut. Puteri kemaskan ikatan selendang. “Patung ke ni?” dia berbisik perlahan. Sangat perlahan.”Takkanlah si Raja ‘petir’ tu simpan patung dekat sini ?” tangannya ligat menyentuh rambut putih itu.

Bukan putih, tapi silver. Dilihatnya mata patung tu biru pekat. Sangat pekat sehinggakan diantara pupilnya seperti bercincinkan warna merah. Bibir patung tu merah dan nipis. Rambut patung itu panjang ke leher dan terikat kemas ke belakang.

Puteri ketawa. “Haila.. handsomenya kau ni patung.” Pipi patung tadi di sentuh lembut.”Tapi..” takkanlah patung ni besar macam ni?

Tapi ada ke manusia yang terlalu putih macam dinding kena cat ?! Rambut Silver, mata biru ?

Tangan Puteri jatuh pada dada patung tadi. Sado. Bibirnya menarik senyum nakal sebelum senyumannya mati bila satu suara menegur,

“Hello, aku tahu aku handsome, tapi Aku bukan patung”

Dan badan Puteri menegak 90 darjah ! tangan ditarik.

Muka patung tadi di lihat dengan lebih teliti. Mata patung tu berkelip !

Terasa darah dia beku.

“Aku Raja Fathur Amin.”

Dan terasa semuanya bagai mimpi sebelum..

Hello, adakah itu kamu? Kamu yang selalu masuk ke dalam mimpi ku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience