BAB 5

Fantasy Completed 22706

Dia hanya diam dalam kereta. Tak tahu kenapa pagi-pagi dia dikejutkan dengan papa yang suruh dia siap-siap pakai baju kurung.

Dan paling pelik..

papa suruh dia pakai tudung. Tak berani nak tanya, dia hanya diam. Mengikut.

ke mana sahaja mereka pergi, dia tahu, Papa akan campak dia jauh dari hidup mereka.

Dalam sedar, Puteri senyum.

***

Mata menikam wajah pasangan suami isteri dihadapan dia. Boleh kata, mereka sebaya Papa dan.. ibu.

“Ini Raja Farish, isteri dia Raja Annur” suara papa beku. “Mereka saudara jauh kita, mulai hari ni..” Suara papa tegas “Mulai hari ni,kau duduk dengan mereka”

Puteri diam. Raja Annur bagi dia senyum. Dia hanya menunduk.

“Jaga perangai tu baik-baik” suara papa tegas. “Jangan bawa malang..” lirik matanya sinis. “..jangan bawa sial kau”

Puteri telan air liur. Kelat.

Raja Farish berdehem. Cuba menyejukkan yang panas.”Puteri Maryam boleh ikut Bonda Annur naik atas”

Puteri menunduk. Mengikut. Tangan dia hulurkan. Nak bersalam dengan papa.

Papa diam.Tak memebalas.Puteri faham dan hanya senyum.

Dan apabila mata Puteri memandang rumah kayu. Bukan, bukan sekadar rumah kampung biasa, ini macam..

Istana lama. Antik.

“Mari ,Puteri Maryam” suara Bonda Annur menjengah gegendang telinga. Terasa bahunya disentuh lembut. “Mulai hari ini, ini rumah Puteri”

Kaki terasa sejuk menyentuh tangga kayu rumah bonda Annur. Sesekali jantung dia terasa berdebar-debar. Dan dia pun tak tahu..

Entah kenapa..

“Masuk dengan kaki kanan. Baca Bismillah ya, sayang” Pesan bonda buat Puteri terasa keluarga baru ni macam lain macam. Bonda senyum dan senyuman itu seperti magik yang buat dia hanya menurut.

Langkah diatur.

Dan jantung terhenti.

Oh My.. Kaki dia beku. Mulut terlopong. Luar nampak kecil. Nampak macam rumah kayu kampung yang biasa tapi macam istana lama. Tapi dekat dalam macam betul-betul istana lama ! ada balairung !

Bola mata berlari. Ada gambar kerabat diraja zaman dulu !

Dan bola mata terhenti. Ada keris!

“Rumah ni tak macam rumah Puteri, besar. Kami ni biasa-biasa sahaja. Maaf kalau tak selesa”

Puteri tersedar. Bonda hanya senyum.

“Bonda Annur, sini.. istana lama ke?”

Bonda hanya senyum menjawab pertanyaan dia. “Puteri boleh ikut lorong kiri sana, ada bilik sebelah bilik santai Fathur, itu bilik puteri.”

Siapa pulak dah Fathur tu..

Puteri hanya menurut. Entah kenapa dia baik sangat hari ni, dia pun tak tahu ! selama sepuluh tahun ibu meninggal, dia memang lonely, asyik kena amuk dengan papa, dia lebih suka jadi seorang yang suka ber- wacha sana sini dan berdebik dengan budak sekolah.

Patutlah ibu panggil dia fireheart.

Langkah diatur dengan longlai ke arah lorong kiri. Angin sejuk mula mencengkam diri. Mata meliar mencari bilik yang Bonda Annur maksudkan.

Baru tiga langkah, Puteri terhenti.

Bunyi lagu..

Bukan. Bukan lagu dari radio, ini piano. Dia menyandar pada tepi dinding. Mengintai. Tak nampak. Pianoforte yang terlalu besar membuatkan dia langsung tak nampak muka orang yang mainkan lagu..

jap.

macam kenal lagu ni. Dia terdiam. Ini lagu,

Flashlight ?

When tomorrow comes

I’ll be on my own

Feeling frightened of

The things that I don’t know

When tomorrow comes

Tomorrow comes

Tomorrow comes

Dan tanpa sedar bibirnya mengikut rentak lagu.Bunyi Pianoforte memenuhi gema segenap ruang koklea.

And though the road is long

I look up to the sky

And in the dark I found, lost hope that I won’t fly

And I sing along, I sing along, and I sing along

Dan tanpa sedar.. Puteri senyum.

I sing alone.

“Eh Puteri Maryam, buat apa ni ?”

Senyuman mati.

Bunyi Pianoforte terhenti.

Mulut dia terlopong. Bonda Annur.

‘And in the dark I found, lost hope that I wont fly’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience