BAB 6

Mystery & Detective Completed 5262

IMBAS KEMBALI. 10 SEPTEMBER 2012, PERUMAHAN SBJ.

Sandra mengikut Johan. Benar tekaannya. Johan menuju ke rumah Adreanna. Perasaan marah dan cemburu membuak-buak dalam hati.

“Abang buat apa kat sini? Abang sengaja nak sakitkan hati Sandra!”

Johan terkedu. Impiannya untuk memiliki Adreanna musnah. Pertelingkahan berlaku sebelum akhirnya Sandra meragut nyawa suaminya. Sebelas kali tikaman dilakukan tanpa belas. Saat itu, dia mendengar tapak kaki seseorang.

Laju tingkahnya keluar dari rumah sebelum sempat mencampakkan pisau ke sebelah Johan yang tidak sedarkan diri. Kerana cemburu buta dan salah sangka, Sandra menelefon polis dan mengatakan Adreanna pembunuh suaminya serta memberikan bukti palsu.

16 OKTOBER 2013, 8.20 pagi

Kawasan perkuburan Pasir Pekan, Kelantan.

Mukhriz membaca Surah Yaasin yang dihafaznya. Penuh khusyuk, bertajwid dan bertartil. Air matanya bergenang.

Maafkanku, Adreanna. Rahsia sebenar baru terbongkar. Abang tak sempat melihat air matamu yang menderita.

Kisah Anna realiti yang takkan ada yang menandinginya. Kenapa Anna tak beritahu abang yang Sandra pembunuh sebenar? Abang sedar sebab Anna sayangkan dia, sebab Anna tahu dia sakit. Tapi, ini bukan caranya.

Cincin perkahwinannya di renung perlahan. Abang mencintaimu. Maafkan abang.

Tiga tahun dia meninggalkan isterinya sendirian. Kerna sebuah salah sangka yang dicipta Sandra. Takdir menemukan mereka, namun sekali lagi dia khilaf. Tidak sempat membela isteri sendiri. Zikri di sebelah sudah mengerti.

Hanya satu janjinya. Dia akan pertahankan Amir, amanat Adreanna buat dirinya.

Anak kita masih hidup. Abang yang sembunyikan. Dia belum mati. Abang yang berdosa. Tolong, maafkan abang.

“Abang! Anna tak buat semua tu. Anna tak pernah curang dengan abang. Abang, tolong percayakan Anna. Amir mana, bang. Amir mana?”

Akhirnya hanya esakan kedengaran. Sesalan atas sebuah dosa.

Astaghfirullah. Ampuni aku, Ya ALLAH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience