16 SEPTEMBER
Perbicaraan dimulai. Sandra memakai kaca mata hitam seakan-akan ingin menutupi sepasang matanya. Adreanna tampil memberi keterangan. Dia percaya ALLAH dalam hatinya. Kerna itu, apa jua keputusan mahkamah, itu adalah ketentuan Illahi.
“Dengan ini, Emi Amira Adreanna dikenakan hukuman gantung sampai mati disabitkan kesalahannya membunuh Muhammad Johan tanggal 10 September 2012 di perumahan SBJ, Pasir Pekan pada jam 8 malam. Keputusan mahkamah adalah muktamad.”
3.15 pagi, sel penjara Kota Bharu.
Sujudnya hanya kerana ALLAH. Adreanna pasrah. Dia rela meninggalkan dunia. Kerana seisi manusia sudah membencinya. Dia tiada sesiapa lagi.
“Ya ALLAH, ampuni dosa kedua ibu bapaku. Ampunilah dosa suamiku. Ampuni dosa keluargaku. Ampuni dosa umat Islam seluruhnya. Dan ampunilah dosa-dosaku. Aku redha dan aku mohon kau meredhaiku. Maafkan aku, ALLAH. Jangan tinggalkan diri ini. Terimalah diriku.”
Mukhriz mengalirkan air mata saat dia kaku bersembunyi di belakang sel.
“Aku malu, Ya ALLAH.”
SETAHUN KEMUDIAN
Hospital Kota Bharu, Kelantan.
“Hampir empat tahun dia mengalami kemurungan. Penyakitnya ini boleh dikategorikan dalam keadaan separuh normal. Kelihatan biasa tapi sebenarnya seorang psikopat. Saya sebenarnya hendak tanya, awak kenal suami dia?
Setiap hari, dia menjerit, cakap bahawasanya dia pembunuh suami sendiri. Lepas tu, dia mengigau, sebut nama Adreanna tak henti-henti. Siapa tu? Mungkin kalau jumpa dengan Adreanna keadaan dia akan membaik.”
Mukhriz menyesal. Ini silapnya.
“Mustahil, doktor.”
Share this novel