BAB 3

Mystery & Detective Completed 5262

Marah yang berbara membuatkan dia meninggalkan bilik mesyuarat pengawas itu. Perasaan malu, amarah, kecewa semuanya bercampur baur tatkala itu.

Hingga suatu saat pemimpin itu merancang sesuatu hingga Adreanna akhirnya dibuang sekolah. Dia tidak sedar kerana dendam mengatasi perasaan kasih yang mula bersemi.

Mukhriz memandang bilik gahnya itu. Chief Inspector, jawatannya kini. Kerana Adreanna, dia berubah. Menjadi manusia yang lebih adil. Manusia yang berpegang pada amanat.

“Maafkan aku.Adreanna.”

15 SEPTEMBER

Bilik siasat balai polis Kota Bharu.

Adreanna menunduk. Tiga hari di dalam lokap mengajarnya seribu erti. Tiada insan yang melawat.

Tiada sesiapa yang sudi mendengar kisah sebenar. Hingga lelaki di hadapannya ini menawarkan peluang. Namun, dia takut dibilang pendusta lagi.

“Kalau betul bukan Anna, tolong ceritakan perkara sebenar.”

Kerna suara itu, dia tidak mampu menahan air mata. Suara yang pernah memfitnahnya dahulu. Suara yang pernah menyakitinya dahulu. Yang tidak mempercayainya. Di hadapan semua pelajar, dia dimalukan. Namun, bukan itu kisah yang masih tersimpan. Maaf sudah lama diberi, tapi sakit itu tidak pernah padam.

“Abang minta maaf untuk semua sekali, Adreanna. Tapi, bagilah abang peluang untuk tolong Anna.”

Adreanna tersenyum pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience