12 SEPTEMBER 2012
Kampung Kutan Hilir, Pasir Pekan.
Pangkin tepi sawah itu menyaksikan pertelingkahan mereka. Namun, yang lebih pasti, Sandra yang kerap menimbulkan persoalan demi persoalan. Manakala, Adreanna hanya sepi mendengar. Tiada kata terucap. Tiada esak tangis kedengaran.
“Hanya ALLAH yang tahu, kak. Saya bukan tak nak percaya, tapi risau dibohongi oleh kakak.”
Adreanna memandang laju wajah adiknya. Ingin berbalas kata, namun hanya istighfar perlahan jua yang terucap.
“Polis dah nak sampai. Akak pandai-pandailah hidup. Menyesal saya pernah percayakan akak dulu. Tapi, sanggup kakak buat macam itu. Sanggup kakak kan!”
“Demi ALLAH! Bukan kakak yang buat. Kakak tak pernah buat semua itu. Walau macam-macam yang Johan buat, kakak bukan hilang waras lagi, Sandra!”
Sebuah penampar berbekas dipipi. Mata Sandra yang memerah akhirnya laju mengalirkan air mata.
“Dia suami saya! Jangan kakak nak hina dia. Johan bukan orang yang macam itu. Kakaklah orang yang suka membelitkan cerita sebenar. Kakak pendusta sebenar.”
Tiada air mata. Hanya dengus kecil kedengaran. Sakit ditampar tiada berbekas di jiwa kerna pedih lagi kata-kata yang sedang berbicara. Bunyi kereta polis menghampiri. Namun, resah tidak sedikit pun menyelubungi hati itu. Dia lantas tersenyum manis sebelum pihak polis menggari tangannya itu.
“Sandra, kakak sayangkan kamu. Kakak tak pernah bunuh suami kamu. Bukan kakak. Kakak bukan pembunuh. Demi ALLAH, bukan kakak.”
Share this novel