BAB 2

Mystery & Detective Completed 5262

14 SEPTEMBER

Balai polis Kota Bharu.

“Encik Mukhriz, mangsa dipercayai ditikam dengan benda tajam sebanyak sebelas kali. Tikaman pertama masih menyedarkan mangsa namun tikaman kali kedua, akhirnya berjaya membunuh mangsa.”

Mukhriz menyandar pada kerusinya. Fikirannya cuba menidakkan Adreanna sebagai pembunuh sebenar. Dia kenal wanita itu. Dia arif benar dengan sikap dan prinsip Adreanna. Namun, kewujudan wanita itu di tempat kejadian menyulitkan untuk sebuah pembelaan. Jika tiada saksi dan bukti lain yang boleh membantu, Adreanna akan dihukum gantung. Itu yang merisaukannya.

“Esok, kita soal dia. Saya sendiri akan ambil alih. ”, arah Mukhriz tegas.

“Baik, tuan.”

ASP Zikri menyedari sesuatu. Tidak biasa bosnya itu berkelakuan pelik sebegitu. Resah dan bimbang. Namun, mendiamkan diri adakalanya lebih baik daripada bertanya.

IMBAS KEMBALI

15 tahun dahulu.

“Dua bulan pelajar tingkatan dua itu menderita. Sekarang, kaki kirinya bengkak. Boleh lumpuh tahu tak, Mukhriz?”

“Yang kau menyibuk sangat pasal budak lelaki ini kenapa? Pandailah aku uruskan nanti. Kau buat kerja kau sendiri, tak boleh?”

Adreanna memandang ketua pelajar itu. Ahli majlis tertinggi pengawas yang lain hanya mendiamkan diri mendengarkan perbincangan serius kedua-dua ketua sekolah ini.

“Saya bukan nak menyibuk. Tapi, fikirlah tentang imej sekolah ni. Apa guna kita sebagai pengawas kalau hal macam ini pun tak boleh nak selesaikan. Amanat ini berat, Mukhriz. Aku cuma nak tolong kau. Kita satu organisasi. Kalau kau takut hilang kawan, aku nasihatkan kau lepaskan jawatan. Jangan bermain dengan amanat, Mukhriz.”

Semua yang mendengar terkaku. Begitu berani Adreanna mencabar ketuanya. Begitu tegas dia melakukan tugas. Mukhriz malu sendirian. Namun, kerana ego dia memandang enteng pada nasihat seorang perempuan.

“Hah! Kau sajalah jadi ketua pelajar sekolah ini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience