A3(PART 5)NS

Young Adult Series 2384

NO POV

A3NS dan THE PRINCE selamat tiba ke sekolah , apabila mereka memandu masuk kedalam parking lot kelihatan ramai murid sedang berkumpul di kawasan berhampiran parking lot A3NS. Kemudian setelah selesai parking kereta A3NS dan THE PRINCE keluar dengan serentak..

Pelajar yg berkumpul di situ terkejut dengan apa yg mereka lihat

"Wey A3NS naik kereta dengan THE PRINCE siot"

"Diorang dah berbaik ke?"

"Gedik jelah A3NS ni nak rampas THE PRINCE"

"Korang buat apa dekat sini?! Tak reti pergi dewan?! Semua pergi dewan sekarang!" marah Adrie dengan kuat dan tegas membuatkan semua pelajar yg berkumpul tadi bergegas ke dewan

"Hmm Prince, thanks sebab tumpangkan kitaorang , kalau korang tk tolong tadi maybe kitaorang tak sampai sekolah lagi" Zera mengucapkan terima kasih seraya mewakili A3NS yg lain

"Hmm small matter only" balas Arif lalu memberikan senyuman semanis madu kepada Zera

"Dahlah kitaorang pergi dulu , jom guys" ajak Han lalu THE PRINCE pun melangkah meninggalkan A3NS di parking lot

"Jom girls , kita pergi dewan" arah Aina dan A3NS pun berjalan meninggalkan parking lot lalu menuju ke dewan Randell

Sewaktu A3NS sedang berjalan menuju ke dewan , mereka terserempak dengan THE LOVIES dan mereka terus melangkah namun Ain pantas menarik bahu Syu lalu menolak Syu sehingga terhempas di dinding..

"Apa masalah kau ha?!" jerkah Lya
"Apa masalah aku?! Masalah aku ialah korang!! Kalau korang tak rampas THE PRINCE aku pun tk hinginlah kacau korang!" jerkah Ain semula dengan penuh lagak

Lalu Ria pergi ke arah Syu yg sedang menahan sakit di bahagian kepalanya yg terhempas kuat

"Kau okay tak ni? Sini aku tengok" setelah dilihat , ada darah pada belakang kepala Syu dan darah tersebut melekat di tudung

"KAU MEMANG TAK GUNA!!!" jerit Ria lantas dia menarik rambut panjang Ain yg diikat elok itu dengan sangat kuat lalu dia menolak Ain ke dinding sehingga terhempas

"ARGH!! BERANI KAU!!" jerkah Ain lalu dia menampar pipi Ria dengan kuat

PANG!

Zera sudah memimpin Syu agar duduk jauh dari kawasan itu

Selepas Ria ditampar Lya pula pergi menampar Ain kemudian Lili pantas menarik Lya lalu menolak Lya hingga terjatuh ke atas lantai..

Sha pula cuba untuk memukul Ria dari belakang namun..

"BERHENTI! APA KAMU SEMUA BUAT NI?!" Jerkah Sir Hadif iaitu guru disiplin yg kedua

"KAMU SEMUA IKUT SAYA KE PEJABAT PENGETUA!"

Di pejabat pengetua~

"A3NS! APA SEMUA NI?! KAMU SEMUA NI PENGAWAS PALING BAGUS YG PATUT MENJADI CONTOH!! SHA! LILI! DAN AIN! KAMU BERTIGA PUN ADA JAWATAN TAPI APA YG KAMU BUAT?! KAMU SEMUA MENJATUHKAN MARUAH SENDIRI!"
Tengking pengetua kepada THE LOVIES dan A3NS

"Pengetua , diorang yg mula dulu! Syu tolak Ain sampai terhempas dekat dinding ,pengetua. Lepas tu Ria datang tampar Ain then tumbuk Ain" tipu Faz kepada pengetua

"A3NS! Betul ke?!" tengking pengetua
"Pengetua , maaf cakap macam ni. Kalau pengetua percaya cakap THE BABIES SHINY ni , saya dengan straigh akan cakap yg pengetua ni STUPID" kata Rin

"Bukti kami dah ada pengetua , pengetua cuba fikir , kalau betul Syu yg tolak Ain , kenapa kepala Syu yg berdarah? And tentang penampar memang betul saya dan Lya ada tampar Ain tpi bukan sbb saja saja, itu semua sebab dia yg tampar saya dulu" jelas Ria

TOK TOK!

"Come in" arah pengetua
"Pengetua" tersebul wajah THE PRINCE di muka pintu bilik pengetua

"Ouhh THE PRINCE sila masuk" arah pengetua
"Pengetua , kami datang ni sebab nk bagitahu perkara sebenar" kata Deeb
sambil memandang ke arah A3NS

"Perkara sebenar? Apa maksud kamu?" soal pengetua

"Kami dah check cctv di kawasan mereka bergaduh , salah satu cctv kat situ dah ditutup dengan objek hitam oleh 'seseorg' tpi masih ada satu lagi cctv yg tidak ditutup di kawasan berhampiran" kata Riq sinis lalu memandang ke arah THE LOVIES ,THE LOVIES sudah berpeluh menahan takut

"Pengetua boleh tengok ni" ujar Arif seraya menunjukkan sebuah video di komputer ribanya

"THE LOVIES mulai esok! Kamu semua digantung sekolah selama 3 minggu!" marah Pengetua setelah melihat video yg ditunjukkan oleh Arif..

"A3NS kamu boleh balik ke kelas , maafkan saya kerana telah menuduh awak semua tadi" kata pengetua namun A3NS masih marah lalu mereka melangkah keluar dari bilik pengetua tanpa memandang ke arah pengetua

Di luar pejabat~

"Lya , kau ada simpan lagi peti kecemasan kau?" soal Rin

"Ada dalam locker" balas Lya

Rin hanya mengangguk lalu mereka terus menuju ke kelas 4 LOVETTA tanpa berbual sedikit pun

Di dalam kelas~

Lya terus pergi ke lockernya sebaik sahaja masuk ke kelas lalu dia mengambil kid kecemasan di dalam lockernya itu

"Nah , Syu jom aku tolong kau bersihkan luka dekat toilet , ni aku ada tudung lebih so kau pakai tudung aku je dulu" kata Lya sambil menunjukkan tudung pengawas yg bewarna orange itu

"Okay , jom" balas Syu lalu dia mengikuti Lya ke toilet

"Ria kau okay tak?" soal Rin sambil memandang ke arah Ria

"Okay just pedih sikit nak bercakap" balas Ria sambil memegang tepi bibirnya

"Meh aku tengok." kata Zera lantas memusingkan kepala Ria agar menghadapnya..

"Bibir kau pecah lah Ria" kata Zera

"Meh aku tolong sapu ubat" kata Aina lalu mengeluarkan kapas dan ubat dari kid kecemasan Lya

"Aauch perlahanlah sikit" marah Ria apabila Aina menyapu kapas tersebut dengan kuat

"Oops! Sorry" kata Aina...

Tiba-tiba pintu kelas 4 LOVETTA terbuka dan dimasuki oleh THE PRINCE , lalu THE PRINCE terus melangkah ke meja mereka di belakang A3NS

"Korang okay?" soal Han sambil menarik kerusinya untuk duduk

"Aku , Rin and Zera okay. Syu , Ria and Lya je yg kena tadi..kitaorang tak" jelas Aina

"Yg gatal sangat nk bergaduh tu apahal? Korang sengaja je kan nak jatuhkan maruah pengawas!" marah Adrie

"Apa masalah kau ha?! Kau sendiri tengok dekat cctv yg diorang mula dulu kan?! Dah bukti depan mata pun nk menuduh lagi ke?!" marah Ria pula sambil memegang hujung bibirnya

"Nak selamatkan diri macam-macam alasan bagi" kata Raz sambil memandang sinis ke arah Ria

"Kau jangn nak cari pasal boleh tak?! Kau dh lah tk tolong pape!" marah Ria lagi tanpa memikirkan apa-apa , kemarahannya pada THE LOVIES masih belum hilang ditambah lagi dengan perangai THE PRINCE yg menjengkelkan

"Watch your mouth Rin , kalau tak sebab Raz memang korang semua pun kena gantung sekolah" kata Arif

"Aku Ria lah! R.I.A!" marah Ria lagi apabila mereka asyik memanggil dia Rin

"Apa maksud korang tanpa Raz kitaorang akan kena gantung sekali?" soal Rin pelik lalu Rin , Aina dan Zera memandang pelik ke arah THE PRINCE

"Sbb Raz yg ajak kitaorang pergi bilik cctv sebab dia tak sedap hati" jelas Han pendek

Ria pula sudah terkaku mendengar ungkapan Han lalu dia pusing ke belakang menghadap THE PRINCE

"Kiranya kitaorang selamat sbb Raz?" soal Ria

"Yes!" jawab THE PRINCE serentak

"Raz , sor.." belum sempat Ria meminta maaf , Raz pantas memotong

"Sokay , perempuan biasalah manusia reti soal dulu , tau marah je tanpa usul periksa" perli Raz sinis membuat Ria kembali marah lalu memandang ke hadapan semula

'Baru nk hilang marah , dia perli perli pulak , malas dah lah aku nk layan chipanzi renjong tu' bisik hati kecil Ria

Lalu pintu kelas terbuka lagi dan kali ni ini Lya dan Syu pula yg masuk

"Syu , okay ak?" soal Ria
Lalu THE PRINCE dan A3NS mengalihkan perhatian ke arah Lya dan Syu tapi tidak Raz , dia masih bermain dengan phonenya tanpa menghiraukan sekeliling

"Okay , luka kecik je cuma darah yg keluar banyak , kau okay ke?" jelas Syu

"Ouhh, aku okay je bibir pecah sikit" kata Ria

"Kau Lya , tadi terjatuh. Ada luka ke?" soal Rin lalu memandang ke arah Lya

"Okay tk luka pun , aku bukan mcm dua ekor ni. LEMAH!" usik Lya

"Tak pe lah guys , dia kata kita lemah , jom merajuk berjemaah" kata Ria sayu sambil membuat muka sedih

Lalu A3NS pun melayankan sahaja perangai Ria

"Lek ah , gurau je" kata Lya

Kemudian guru BI masuk ke kelas dan memulakan pembelajaran

Selepas subjek BI adalah subjek PJK , A3NS dan THE PRINCE pun melangkah ke arah locker mereka masing-masing dan mengambil baju sukan mereka..

Baju sukan mereka tidak seperti baju sukan sekolah mereka..
Baju suka WOLFIN HIGHSCHOOL lebih kurang seperti hoodie yg mempunyai logo dan nama sekolah di bahagian belakang manakala di depan tertulis nama rumah sukan

Rumah Merah- Merrians
Rumah Kuning- Yeldows
Rumah Biru- Blurinch
Rumah Hijau-Grentage
Rumah Orange- Limrance
Rumah Ungu- Purrial

(Sorry agak mengarut)

?

(Ini baju sukan WOLFIN PRIVATE untuk perempuan..lelaki punya just bayangkan yg sama cuma lelaki size lelaki lah..itu just contoh design)

Lalu THE PRINCE & A3NS pun pergi ke bilik persalinan untuk menukar baju..

"Dah lama tak pakai baju ni" kata Aina

"Tulah , rasa lain mcm pulak" balas Syu

WHILE DI BILIK PERSALINAN LELAKI

"Lawa jugak baju sukan sekolah ni" kata Riq sambil membelek baju yg sudah disarung ke badannya

"Yes bro , lain gila dengan baju Murray Highschool" balas Arif pula sambil ketawa kecil

"Dah tak payah nak banding bandingkan sekolah , jom , nnt coach bising" ajak Deeb lalu melangkah keluar dari bilik persalinan diikuti THE PRINCE

Apabila mereka berjalan ke padang , mereka terserempak dengan A3NS yg sedang menuju ke dewan sukan

"Aish pergi mana-mana je jumpa diorang ni, muak sial" kata Deeb
lalu menjeling A3NS

"Eh kau fikir kitaorang nk sangat tengok muka korang yg macam ikan cencaru tu? Sorry sikit" balas Lya

"Eh habis muka korang tu mcm apa? Ikan bawang?!" marah Riq

Suasana diam seketika

"Ikan bawang mana ni?" soal Zera polos sambil mengerutkan dahi lalu pergi ke hadapan dekat sedikit dengan Riq

"Ala...ikan bawang yg ikan dia jenis lebar-lebar tu tapi nipis sikit" kata Riq perlahan sambil menggaru kepala

"Ouhh! Ikan bawal la!" kata Zera kuat
"Ha ikan tu lah!" kata Riq pula

"Okay-okay , sambung gaduh balik" kata Zera lalu melangkah ke arah A3NS semula

"Ha! Muka korang tu macam ikan bawal tau!" marah Riq

"Siapa cakap?! Muka kitaorang lawa tau! Kalah Arianna Grande!" kata Rin pula

"Dia tak sedar nama dia pun ada Arianna" bisik Lya pada Aina lalu mereka ketawa kecil

"Kitaorang lagi handsome lah!! Kalah Redza Rosli tu!!" kata Deeb

Tiba-tiba ada org meletakkan tangannya di atas bahu Adrie
Namun mereka semua tidak perasan dan terus bergaduh namun A3NS terus terdiam apabila tahu tangan itu milik siapa

"Wo wo wo , bro apahal gaduh-gaduh ni bro?" soal suara yg meletakkan tangan di bahu Adrie itu

"Ni minah-minah ni ah , diorang cakap muka kitaorang mcm cencaru , couch" kata Adrie tanpa menyedari apa apa

Manakala THE PRINCE sudah terkaku apabila terdengar Adrie menyebut 'couch'

"Eh! Couch?!" jerit Adrie terkejut apabila menyedari bahawa dia sedang bercakap dengan cousin tadi.

"Aku ingat engkau tak perasan tadi , baru je nk teruskan lakonan , HAHAHHA power gak aku , korang patut berbangga aku jdi couch kau orang" kata couch itu lalu ketawa besar manakala THE PRINCE & A3NS ketawa bersama couch tersebut namun ketawa mereka kedengaran seperti terpaksa

"Ketawa apa lagi?! Pergi lah gerak ke dewan sukan!" kata couch kepada A3NS lalu dengan pantas A3NS berlari menuju ke dewan sukan dimana pelajar perempuan kelas mereka akan bersukan di situ

A3NS lari lintang pukang ke dewan sukan diikuti THE PRINCE yg juga terkejut "Hoi! THE PRINCE! Kamu nak pergi mana?! Kamu tu laki ke perempuan?!" jerit couch

Lalu THE PRINCE pun berhenti berlari "Haah lah , asal kita ikut diorang ? Haish" kata Deeb lalu mereka pun berlari menuju ke padang..

SKIP SEWAKTU REHAT

"Pergh penat siot sukan tadi , bila dah lama tak sports terus rasa susah" kata Syu sambil meregangkan ototnya

"Tu lah , selalu okay ni tiba-tiba penat lain mcm gila" kata Zera pula

Mereka kini berada di cafe sekolah dan sedang menunggu makanan mereka

Lalu THE PRINCE melangkah masuk ke dalam cafe itu pula dan mengambil meja yg sama seperti selalu iaitu disebelah meja A3NS

Selesai sahaja A3NS makan , mereka berjalan menuju ke rooftop

Baru sahaja mereka ingin melangkah menaiki anak tangga ke rooftop , tiba-tiba THE PRINCE menegur mereka

"A3NS , kalau harini korang tk lepak rooftop boleh?" soal Han

"Kenapa pulak?" soal Lya lalu memandang pelik ke arah THE PRINCE

"Actually kitaorang semua tak tahu lagi selok belok sekolah ni , so , kitaorang nk korang buat school tour dengan kitaorang" jelas Raz

"Girls?" soal Aina pada A3NS yg lain

"Hmm yelah" kata A3NS serentak kerana sudah malas mahu bergaduh

Lalu mereka turun semula dari tangga yg menuju ke rooftop itu..
"Kitaorang akan bawak korang dekat blok B dulu which is banyak bilik khas kat situ , blok A aku rasa korang dah tahu yg kat situ cuma ada bilik guru , bilik mesyuarat dan pejabat kan?" jelas Ria panjang lebar sambil berjalan menuju ke blok B

"Okay , kitaorang tak kesah" jawab Raz manakala THE PRINCE yg lain hanya menganggukkan kepala

Mereka pun berjalan bersama-sama ke blok B , selepas beberapa minit berjalan , akhirnya mereka sampai di blok B

"Okay , dekat groundfloor blok B ni , ada science lab 1 , science lab 2 , science lab 3 and science lab 4..tapi biasanya kita ni which is budak sains tulen akan guna science lab 1 & 2" jelas Zera sambil membawa THE PRINCE berjalan di hadapan setiap science lab..

"Then , sebelah science lab 4 ni , ada bilik SPBT..did you guys know what is SPT" soal Rin sambil menjongketkan sebelah keningnya

"Kitaorang belum bodoh" jawab Adrie dengan penuh lagak

"Heleh" Ria menganjing di belakang THE PRINCE namun Raz terus pusing kebelakang memandang Ria

"Kau nganjing eh?" soal Raz dengan nada beku

"Mana ada aku nganjing , aku just menganjing je" kata Ria lalu menjeling Raz

"Tak ada beza la pendek" kata Raz lalu menjeling Ria semula

"Ada , kau punya tak de 'me' , aku punya ada 'me'. See?" jelas Ria

"Aku rasa kawan korang yg bodoh" kata Raz kepada A3NS

"Memang pun" kata Riq menyetujui Raz

"Dah! Jom naik atas pulak..."

Setelah selesai mereka membuat school tour di blok B , C dan D kini mereka ingin berjalan ke minishop untuk membeli air , selesai membeli air mereka berjalan tanpa arah tuju..

"Tak silap aku , aku pernah dengar yg sekolah ni ada kelas renang , so means sekolah ni ada pool la?" soalan Arif sambil menyedut air botolnya menggunakan straw

"Yes sekolah ni memang ada pool , pool tu dalam dewan yg besar sebelah padang tu" jelas Syu sambil mengunyah roti yg dibelinya tadi

"Ouhh" jawab Arif

"Dah , korang pergilah balik kelas , kitaorang nk pergi rooftop" kata Ria

"Masa rest dah habis , buat apa nk pergi rooftop?" soal Riq dingin

"Not.your.bissness" kata Syu sepatah demi sepatah perkataan disebut

"Takde , takde! Balik kelas!" marah Adrie

"Tak nak!" marah Aina semula

"Balik kelas!" marah THE PRINCE serentak
"Tak nak!" marah A3NS pula
"Balik kelas!"
"Tak nak!"
"Kelas!"
"Rooftop!"
"Kelas!"
"Rooftop!"
"Rooftop!"
"Kelas"
"Eh! Takde!mana boleh mcm tu!" marah Rin

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi yg pelik

"Shhh , what's voice is that?" bisik Deeb kepada THE PRINCE

Apabila THE PRINCE ingin memandang ke arah A3NS...mereka suda hilang

Rupa-rupanya mereka sudah jalan perlahan-lahan ke arah belakang bangunan blok C yg berdekatan dengan store sekolah

"Ish 6 ketul ni , nak bertugas tu ajaklah kita sekali , kita pun pengawas jugak" marah Han perlahan

Lalu THE PRINCE juga jalan perlahan-lahan mengikuti langkah A3NS , apabila mereka semua sudah sampai di tepi blok C , mereka mula menghendap mencari punca bunyi tersebut

Dengan spontan mereka terkejut melihat seorang gangster sekolah yg terkenal sebagai Darwish sedang berpeluk dengan Put iaitu ahli THE BABIES SHINY , I mean THE LOVIES SHINY

"Tengku Darwish Hakim Tengku Idham!" jerit Deeb

Darwish dan Put kelihatan sangat terkejut lalu Put kembali membutangkan kemeja putihnya lalu ingin melarikan diri namun Rindu lebih pantas menarik tangan Put , menahannya daripada pergi

"Lepas lah!!" jerkah Put kepada Rin
"Apa lepas lepas?! Kau dah buat maksiat then nak aku lepas?!" jerkah Han

"Deeb? Kau buat apa dekat sini? Bukan ke kau dekat Murray Highschool?!" kata Darwish yg sangat terkejut itu

"Kau kenal THE PRINCE? THE PRINCE yg dulunya kau hina tu? Aku salah sorang daripada THE PRINCE!" marah Deeb

"Kau..kau tk pernah bagitahu aku pun semua ni! Kau kata kau anggap aku sepupu yg rapat seperti adik beradik! tapi kenapa kau tak bagitahu?!" jerkah Darwish

"Dah kalau kau membenci geng aku sendiri , kau rasa wajib ke aku bagitahu?! Ha?! Jawablah?!" jerkah Deeb semula lalu menyepak meja kayu yg ada di sebelah nya

"Aku takkan lepas kan kau! Aku akan bagitahu Pak Long pasal hal ni!" marah Deeb

"Deeb , stop. Aku dah call pengetua"

SKIP SETELAH KEJADIAN

Setelah kejadian itu , THE PRINCE dan A3NS pun melangkah pulang ke kelas namun tidak ada guru yg akan masuk ke kelas kerana ada mesyuarat sehingga waktu pulang , jadi mereka hanya duduk di dalam kelas sahaja

"Han , aku nk tanya" kata Rin lalu memusing ke meja belakangnya yg diduduki Han

"Apa dia , Rin?" soal Han namun matanya masih memandang ke arah phonenya kerana dia sedang main ML

"Darwish tu....cousin Deeb eh?" soal Rin sambil berbisik

"Yes , dah jangan kacau , shuh shuh" halau Han lalu Rin memusing ke depan semula dan berborak semula dengan A3NS

"Guys , balik ni buat ramen challenge jom?" ajak Ria

"Boleh habis ke? Ofcourse² kau yg akan kalah dulu , Ria" usik Zera

"Hahahahahah" usikan Zera disambut oleh ketawa A3NS apatah lagi bila melihat muka cemberut Ria itu

"Alah tak pelah , aku just nk makan saje-saje je , so korang je lah yg buat challenge tu hehehehe" ujar Ria sambil tersengih-sengih

"Apa-apalah Ria" kata Syu lalu meletakkan kepala ke atas meja

Kemudian kedengaran bunyi kerusi THE PRINCE seperti ditolak

"Korang nk pergi mana?" soal Aina

"Nak balik" jawab Adrie ringkas lalu menolak masuk kerusinya ke bawah meja

"Betul-betullah , aku tanya betul betul ni!" marah Aina

"Betullah , buat apa aku nk main main? Buang masa je" kata Adrie lagi manakala THE PRINCE yg lain hany menunggu perbalahan Aina dan Adrie selesai

"Ouhh lupa! Korang balik nnt naik grab lah eh?" kata Riq sinis

"Asal pulak?" soal Rin tidak puas hati

"Suka hatilah , kereta kitaorang bukan kereta kau" jawab Deeb

"Dah , bye" kata Han lalu THE PRINCE pun melangkah keluar dari kelas

"Jom balik jugak guys" rengek Lya

"Jom lah, kita duduk sini pun buat apa , membosankan" kata Syu lalu mereka pun bangun lalu melangkah keluar dari kelas

DI PARKING LOT~

"Sebok je lah babun babun ni nak balik jugak!" kata Arif sengaja menguatkan suaranya agar dapat didengari A3NS yg sedang berjalan menuju ke arah bus stop yg berada di luar pagar sekolah

"Sebok la kau!!" jerit Zera semula

"Dah Rif , tak habis habis" tegur Raz

Lalu THE PRINCE pun memulakan pemanduan pulang ke WOLFIN PRIVATE DORM

MANAKALA A3NS

"Persetankan THE PRINCE tu , tak gentleman langsung!" kata Rin apabila melihat kereta THE PRINCE melalui jalan di hadapan mereka

Pinpin!

Bunyi hon itu menyentakkan A3NS lalu mereka melihat ke arah kereta tersebut dan rupanya itu grab yg mereka panggil tadi

Sesampainya A3NS di WOLFIN PRIVATE mereka terus membayar duit grab dan menuju ke arah lift

Pintu lift tersebut baru sahaja mahu tertutup namun Ria pantas menekan punat anak panah kebawah lalu pintu itu terbuka semula

"Aish! Memang setiap kali nak naik lift kena naik ngan korang eh?!" marah Deeb

"Eleh bukan lift bapak kau pun" balas Lya selamba

"Apa kau cakap?!" marah Deeb lagi

"AKU CAKAP KAU NI PEKAK MACAM BADAK! MUKA PUN DAH SERUPA BADAK AIR!" jerit Lya

"Woi! Bingitlah!!" marah Riq

"Kau diam!" kata Deeb dan Lya serentak

"Okay fine" kata Riq lalu memuncungkan mulutnya lalu pantas ditegur oleh Raz

"Wey dlm ni ada A3NS" tegur Arif sambil berbisik

"Wush aku lupa..thanks" kata Riq juga perlahan

"Sokay , dah biasa layan orang tua nyanyuk" perli Raz lalu bermain dengan phonenya

"Babun betul mamat ni tak habis-habis perli org" kata Riq perlahan

"I hear it" kata Raz

Ting!

Mereka pun keluar dari lift tersebut seorang demi seorang lalu mereka berjalan ke arah rumah mereka tiba-tiba

GEDEBUK!

"Aku terpijak" kata Raz lalu mencangkung disebelah Ria yg sudah jatuh terbaring akibat Raz terpijak kasutnya

"Hmm" kata Ria perlahan

Manakala THE PRINCE & A3NS yg lain hanya melihat dari jauh lalu Han dan Arif menggoyangkan jari telunjuk mereka kedepan dan kebelakang sambil berkata "Ha ha tak tahu"

Namun Raz hanya menjeling sahaja

"Sakit kat mana?" soal Raz namun masih dengan pokerface dan dinginnya itu

"Tak payah sibuk lah!" kata Ria keras lalu dia menjeling Raz dan pantas bangun menuju ke arah A3NS

Manakala Raz hanya menjeling dan mengeluh perlahan lalu bangun dah turut pergi ke arah THE PRINCE..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience