A3(PART 3)NS

Young Adult Series 2384

MALAM DI RUMAH RIA

"Hello!!!" jerit Zera manakala A3NS yg lain sudah mencabut earphone dari telinga..mereka berenam sedang membuat video call..

"RIP to earphone user Hahahahaha!!" kata Ria kerana dia tidak memakai earphone mahupun headphone..

"Hahahaha korang dah siap packing ke? Aku tk buat pape lagi doh..malas" soal Rin sambil mengusutkan rambutnya sendiri

"Aku dh tu pun kena paksa haih.." keluh Lya

"Same goes to me tho" kata Syu

"Yg lain?" soal Rin sambil menjongket kening..
"Dh!" jawab Zera dan Aina serentak..
"Baru nak packing" kata Ria lalu bangun mengambil luggagenya di bawah katil..
"Ouhh gossip jom hehe" ajak Rin
"Gossip about what?" soal Lya
"About THE PRINCESS tu , aku tk puas hati lagi" kata Rin dengan nada geram

"Hahahhahaha!! PRINCESS tho" gelak Aina

"Wey Ria...cptnya siap? Tpi tu almari kau penuh lgi dengan baju" soal Lya pelik melihat Ria sudah menzip luggagenya namun almarinya masih dipenuhi baju..

"Err aaa dh , dh siap dh" jawab Ria tergagap-gagap
"Kau bukak beg kau skrg..now!" ara Lya
Ria membuka begnya dengan perlahan-lahan lalu dipusingkan begnya menghadap skrin komputernya dan..
"Edria!!! Kau pegi bawak teddy bear sampai 3 4 ketul buat apa?!" marah Syu..mana taknya..baju satu pun tkde..semua teddy bear..

"Alah aku tkleh hidup tanpa diorng ni" rayu Ria sambil membuat muka sedih..A3NS yg lain sudah menjulingkan mata ke atas..
"Eh makcik..kalau tkde baju lagi kau tkleh hidup wey..kau nk keluar tk pakai baju ke? Buat apa?! Buat free show? Ha baguslah dpt free dosa sekali..packagekan?" bebel Aina

"Satu pun tk boleh?" soal Ria lagi
"Tk boleh..nnt time outing kita beli lah yg lagi comel n lagi besar" pujuk Zera..
"Okay asalkan lagi besar dari Syu n Rin" kata Ria selamba lalu mengeluarkan semula semua teddy bear itu..
"Hahahahah tk cukup besar lagi ke Syu n Rin ni?" soal Zera , mentang - mentang lah Rin dan Syu lebih chubby dari mereka, seronok diorang je nk kacau..
"Sebagai manusia diorang ni dh cukup saiz dah but sebagai teddy bear , ibarat tk cukup sifat kalau besar diorang ni" jelas Ria tanpa memandang wajah Rin dan Syu yg sudah merah menahan marah..

"Dah dah ni aku nk tanya , korang pernah ke tengok rupa WOLFIN DORM tu macam mana??" soal Lya ingin tahu

"Aku pun tak tahulah wey , entah-entah WOLFIN DORM tu sama je dengan asrama-asrama sekolah biasa tu" kata Aina

"Tpi......takkanlah WOLFIN DORM tu mcm asrama biasa , jarang-jaranglah WOLFIN PRIVATE HIGHSCHOOL nk buat benda biasa-biasa" sangkal Rin dengan pernyataan Aina dan Lya tadi

"Eh eh korang perasan tak?" soal Aina namun tidak sempat dia menghabiskan soalan , A3NS pantas memotong..

"Tak!" jawab A3NS serentak sengaja mahu bermain-main dengan Aina

"Ish dengarlah hmm okay fine takpelah" kata Aina seperti merajuk dan membuat muka redha

"Kitaorang gurau jelah tanya lah apa yg kau nk tanya tadi" kata Ria

"Korang perasan tak time kita balik rumah , tk jauh and tk dekat sangat dengan sekolah kita tu , ada apartment?" soal Aina sambil menongkat dagu dan menjongket kening

"Biasalah ada apartment , rumah org la tu , kau ni pun" kata Syu dengan nada malas

"No bukan tu lah...korang tak perasan ke time lalu kat depan apartment tu? Ada sekali tu kan....aku terperasan dekat tembok nak masuk apartment tu ada tulis 'WLFN PRIVATE' and aku ada nampak student kita masuk situ, keluar masuk" jelas Aina dengan semangatnya

"Aku ada lah jugak nampak , tapi maybe student sekolah kita tu memang rumah dia kat situ mana kita nk tahukan? Lagi pun apartment tu bukan apartment biasa , apartment tu mahal jugak tau , sbb dia dua tingkat dalam satu rumah.." jelas Rin pula..

"Hehe takpe jangan la sedih sbb kita kena masuk dorm ni..aku akan tolong menceriakan hari korang hahahahah" kata Ria dengan senyuman yg dianggap creepy or jahat

"Ni dah kalau senyum macam ni tak lain tak bukan sel otak dia tengah berhubung , korang tengoklah nnt..kalau dengar bunyi org jerit tu tak lain tak bukan hantu prank ni punya kerja" kata Syu

"Elok elok aman je Dorm tu tetiba datangnya malaun sekor ni terus jadi huru hara" kata Aina pula

"Ada sesiapa bawak snack tk?" soal Lya

"Ada ada! Aku bawak!" kata Syu bersemangat jiwa dan raga (gurau)..
"Bagus-bagus! Yg lain?" soal Lya lagi
"Aku bawak ni je.." kata Ria lalu mengeluarkan 2 kotak besar chewinggum jenama 5 berperisa watermelon dari dalam laci sebelah katilnya..

"Are you serious sis? Untuk bape tahun ni?" soal Aina

"Untuk bape tahun apanya , dah kalau ngn hantu chewinggum macam ni bape hari or bape minggu je dh habis" kata Syu membantah kata-kata Aina tadi..

"Tapi guys esok pengetua kata kita tak yah sekolah an..habis takkan kita kena duduk kat dorm sampai pukul 3.00 petang tu" kata Zera

"Ye tak ye jugak..hmm" kata Rin pula sambil mengetuk dagunya menggunakan jari seolah-olah sedang berfikir

"Minta-mintalah kita tk satu Dorm dengan The Lovies tu.." kata Syu

A3NS hanya menganggukkan kepala..

"Aku yakin!" kata Rin tiba-tiba

"Apa yg kau yakin nya?" soal Ria
"Aku yakin yg korang semua belum buat homework an hahahaha!" kata Rin sambil jari telunjuknya berpunsing menunjuk ke arah muka A3NS di dalam skrin komputernya..

"Eh aku dah buat" kata Lya dengan riak wajah confident tahap babun

"Nak tengok nak tengok!!" jerit Aina seperti kanak-kanak riang...

Lya hilang sebentar dari skrin kerana pergi mengambil bukunya..
"Tengok ni ha" kata Lya lalu menunjukkan salah satu page dalam bukunya..
"Aku rasa baik hati nk bgi kau penumbuk wahai Lya" kata Ria cuba menahan geram...
A3NS yg lain turut geram kerana Lya rupa-rupanya baru siap tulis hari dh tarikh..kerja sekolahnya takde...

Tiba-tiba pintu bilik Aina terbuka dan ibunya masuk ke dalam bilik..
"Ouhh video call rupanya , aunty ingat si Aina ni bercakap sorang-sorang..btw awak semua dh packing barang?" soal ibu Aina iaitu Puan Hazierah

"Dah aunty!" jawab A3NS serentak lalu memberikan senyuman..

"Okay baguslah mcm tu jangan tidur lewat-lewat sangat tau..bye A3NS" kata ibu Aina

"Okay bye aunty" kata A3NS lalu ibu Aina pun keluar semula dari bilik itu..

"Fuhh terkejut aku" kata Zera

"Aku pun terkejut" kata Rin

"Esok korang bawak kereta apa?" soal Ria

"Hurmm aku rasa mcm nak bawak minicooper tu" kata Syu

"Muat ke?" soal Ria

"Amboi jahatnya mulut?" kata Syu

"Bukanlah haish cuba fikir positif sikit , maksud aku muat ke kau nk letak beg lagi apa lagi" kata Ria dengan muka masam kerana Syu fikir ayat dia bermaksud lain tadi

"Sorry aku ingat kau nk ckp aku ngn Rin tk muat naik kereta tu..sbb kau sorang je yg suka menyakat org gila-gila macam tu" kata Syu

"Sokay" balas Ria pendek

"Btw an aku pelik doh, macam mana The Lovies tu boleh kata kita tak ada fans padahal fans kita lagi ramai dari diorang" kata Lya

"Tulah"kata Aina

(For readers information actually A3NS ni pun ada fans cuma chapter sebelum ni author terlupa nk sebut..sorry)

"Yg bezanya fans kita minat kita dalam diam je sbb takut kita marah an.." kata Aina

"Eh guys dah pukul 10.00 ni tidurlah" kata Ria sambil menguap
Apabila melihat salah seorang ahli mereka menguap automatik A3NS yg lain akan menguap sekali..nmpk tk Chemistry diorang tu kuat? hehe...

"Okaylah good night guys"
"Okay night , sweet dreams"
"Jangan lambat esok"
"Okay tata"
"Bye"
"Night"

Lalu video call mereka pun tamat..

TOK TOK!

"Masuk je tk kunci pun" kata Ria lalu gerangan yg mengetuk pintunya tadi masuk..gerangan itu ialah mummy Ria iaitu Tengku Raini

"Dah packing barang?" soal Puan Raini

"Dah" jawab Ria dengan wajah muram

"Janganlah muram-muram , mummy buat ni untuk kebaikan adik jugak" kata Puan Raini lalu memeluk anak bongsunya itu sambil mengusap belakang badan anaknya

"Heleh biasalah mummy dia mana pernah renggang or tinggal jauh dari mummy , tu yg start cengeng tu" kata Tengku Farihah iaitu kakak Ria yg entah dri mana muncul

"Dah dah ni mummy masuk ni nak bagi kad bank ni..ni kan kad bank kamu yg mummy pegang so sekarang masa dah sesuai untuk kamu pegang sendiri pulak , dah pergi tidur..okay? Good night" kata Puan Raini lalu menutup pintu bilik anaknya..

Ria pun menutup lampu biliknya lalu stiker light in the dark yg berbentuk bintang dan bulan yg ditampal di seluruh dinding pun mula menerangi bilik tersebut..

NEXT DAY~

"Syu kau dah sampai mana?" soal Ria dri dalam group voice call A3NS...

"Tak yg sekarang ni kau yg naik aku ke Rin?" soal Syu penat dengan soalan Ria

"Rin" jawab Ria ringkas..

"Ha dah tu? ..kau senyap " arah Syu kerana jika dikira sudah 6 kali Ria menanyakan soalan yg sma

"Hahahah kesian Ria" kata Zera

"Ni korang semua kat mana?" soal Syu sambil focus memandu..

"Aku , Zera , Lya and Aina kat Dunkin donut..tunggu korang lama sangat" kata Ria..
"Bapak dia..eh semalam tkde plan pun nk gi dunkin donut ke apa!" kata Syu
"Takpe nnt kitaorang belilah untuk kau ngn Rin sekali" kata Aina

"Janji eh kalau takde standby korang aku sepak sekor-sekor" kata Syu

"Okay kalau ada standby kau , aku balas blik penampar kau yg time firstday school haritu" kata Ria pula manakal Syu sudah menelan liur..

"Yeayy!! Syu dah sampai , setelah bertahun aku menunggu kini penantianku tidak sia sia" kata Rindu apabila kereta Nissan Almera Syu berhenti di depan rumahnya..

"Over + jiwang siak dia ni..kawan sape sila angkut hahahah" kata Syu lalu disambut oleh ketawa A3NS...

Lalu Rin pun memasuki kereta Syu dan tanpa sengaja dia terhempes pintu dengan kuat

"Woi kau nk rosakkan kereta aku ke apa?! Tutup tu ayu ayu lah sikit..slow slow" marah Syu

Lalu Rin membuka semula pintu kereta itu dan cuba menutupnya semula namun gayanya itu membuatkan Syu geram..Kerana Rin menutup pintu tu dengan cara slowmotion

"Aish babun ni cepatlah!" marah Syu lagi

Pap!
"Hehe dah" kata Rin

"Hari raya~ genap sudah sebulan berpuasa~ " nyanyi Lya

"Amboi cepatnya kau nk raya..baru bulan 1" kata Syu sambil ketawa diikut Rin

"Yelah nk tunggu korang ni sempat puasa sebulan tau!" kata Ria

"Korang kat dunkin mana ni?" tanya Syu

"Dunkin mana? Dunkin donat lah" kata Aina

"Adui maksud aku dunkin donat dekat area mana?!" marah Syu..geram pulak dia dengan sikap A3NS yg mencabar harini..

"Dunkin depan kau ni ha..tk nmpk kitaorang ke buat-buat tk kenal?" kata Zera

Lalu baru Rin dan Syu perasan akan Ria , Zera , Lya dan Aina yg sedang melambai tangan dari dalam dinding kaca dunkin donut berhampiran rumah Rin..

Syu membuat muka bosan
"Marah aku mcm dunkin donut ni jauh sangat dari rumah Rin pada dekat sini je...baik punya kawan" bebel Syu manakala Rin yg mendengarnya sudah ketawa dengan gelagat A3NS

Syu dan Rin pun melangkah masuk ke dalam dunkin donut lalu Syu terus menuju ke bahagian order bersama Rin..selesai order barulah mereka pergi ke meja A3NS

"Cepat makan tu..aku dh tk sabar nk tengok WOLFIN DORM..btw aku dah bgi korang semua location kan? Location tu pengetua yg bagi..aku rasa WOLFIN DORM tu dkt dengan
'WLFN PRIVATE' tu lah" kata Zera

"Kan tapi mana ada bangunan lain dekat dengan apartment tu melainkan kedai like family mart ,7E , coolblog n others tu.." kata Ria pula

Manakala yg lain turut memikirkan hal itu..

"Eh jom lah nnt lambat" kata Lya

Mendengar arahan Lya..terus Rin dah Syu menyumbat donut mereka yg lagi separuh ke dalam mulut lalu berlari mengejar langkah A3NS..

"Okay guys..ikut je kereta kitaorang kalau malas tengok waze" kata Zera dalam voice call
"Yes baguslah aku mmg malas nk tengok waze ni sebenarnya hahaha" kata Aina

Lalu mereka pun memulakan pemanduan..setelah beberapa minit , mereka hampir tiba di hadapan WLFN PRIVATE lalu mereka sudah mula berasa pelik kerana mereka masih belum menjumpai WOLFIN DORM....mereka bercadang untuk bertanya pada guar WLFN PRIVATE apartment itu lalu mereka pun memandu ke depan sedikit...

"Assalamualaikum pakcik..kami nk tumpang tanya , pakcik tahu tk kat mana WOLFIN DORM?" tanya Ria sopan

"Sinilah tempatnya dik" kata pak guard itu

"Ni bukan apartment ke pakcik?" soal Ria lagi pelik

"Ya betul ni sebenarnya apartment tapi apartment ni telah dibeli oleh pengetua WOLFIN PRIVATE HIGHSCHOOL..." kata pak guard itu lagi lalu tersenyum ke arah Zera dan Ria

"Ouhh macam tu..ermm kitaorang penginap baru dorm ni pakcik ,boleh masuk? " soal Ria

"Tunjuk kad kebenaran pengetua dulu baru pakcik boleh kasi masuk" kata pak guard itu lalu Ria pun menyerahkan kad kebenaran pengetua milik dia dan Zera. Ria dan Zera telah pas dan mereka memandu ke kawasan parking lot di tingkat G diikuti A3NS yg lain..dan sewaktu mereka berpusing-pusing memandu sna sini mencari parking secara tak sengaja kereta mereka bertembung dengan lagi 3 kereta..

3 kereta tersebut berjenama Lamborghini , Ferrary serta BMW..ketiga tiga kereta tersebut berwarna merah..Mereka tidak dapat mengecam pemandu tersebut kerana mereka memakai kaca mata hitam..secara tiba tiba kereta Lamborghini di hadapan kereta Toyota Vios Ria membunyikan hon

Pin pin pin pin pin!

Lalu Ria menyambung hon tersebut sehingga menjadi lagu

Pin pin!

Kereta depan menghon lagi sehingga kawasan apartment itu menjadi bising lalu lelaki yg membawa kereta Lamborghini tersebut keluar..
Lelaki tersebut memakai hoodie biru serta seluar slack hitam. Ria turut keluar dari kereta lalu lelaki tersebut membuka kaca mata hitam nya , dan lelaki tersebut ialah Raz..

"Kau dh tak de kerja ke nak main hon dengan aku?" soal Raz dingin dengan poker face nya itu lalu Ria turut memandang Raz dengan gaya yg lebih kurang sama

"Kau yg start dulu bukan aku" kata Ria lalu terus masuk ke dalam keretanya semula..kemudian baru sahaja kereta Syu ingin bergerak kebelakang tiba-tiba kereta THE PRINCE yg kebelakang dahulu mungkin kerana sudah malas bergaduh..lalu A3NS terus naik ke parking lot lagi satu..dan ketika Syu sudah menjumpai parking cukup untuk tiga kereta mereka..tiba tiba shaja kereta mewah berwarna merah masuk ke parking itu dahulu..namun tidak masuk lagi ke parking itu kerana kereta mereka bertembung..kereta Syu bertembung dengan sebuah kereta Ferrary berwarna merah..lalu Syurga keluar dari keretanya untuk memastikan keretanya masih okay.

Apabila Syu keluar dari keretanya lelaki pemilik kereta Ferrary merah itu turut keluar lalu memandang Syu dengan tajam..

"Kau dh nmpk kereta aku nk masukkan yg pergi sebok nk parking sini jugak apahal?" soal Riq kasar..
Yes pemilik kereta Ferrary merah itu ialah Riq.

"Aku yg jumpa parking ni dulu so..this parking is mine.." kata Syu sambil menunjuk ke arah tiga parking itu..

Lalu Syu terus masuk ke dalam keretanya. Dan lagi sekali THE PRINCE mengalah dengan A3NS..

Selesai parking kereta mereka pun keluar bersama luggage mereka masing-masing

Sewaktu mereka hendak naik lift..mereka sekali lagi bertembung dengan THE PRINCE
"Haih diorang ni lagi..tk de muka lain ke asyik jumpa diorang je" bisik Aina pada Zera ..manakala Zera hanya mengangkat bahu..lalu lift itu pun sampai ke aras M

Nasib saja lift itu besar , cukup untuk mereka 12 org..

"Korang tingkat berapa?" soal Han pada A3NS namun matanya seperti melihat Rin seorang saja..

"Tingkat 15" kata Rin namun dia tidak perasan yg Han sedang melihatnya..

"Ouhh samalah" kata Han namun kali ini dia dipulau..

Sampai sahaja di tingkat 15 mereka keluar dari lift tersebut ..sewaktu baru sahaja keluar dari lift secara tiba-tiba mereka terserempak dengan The Lovies

"Eh THE PRINCE! My boys pun duduk dorm jugak? Omg baby dari situ je dah nampak jodoh kita kuat" kata Faz lalu memberikan senyuman miangnya kepada Riq..

Manakala A3NS sudah menjulingkan mata ke atas dan mereka terus mengorak langkah untuk mencari rumah mereka namun langkah mereka terhenti apabila THE LOVIES tiba-tiba memanggil mereka..

"Eh A3NS! Dah lama tk jumpa you guys..Korang pun teringin duduk dekat Dorm jugak ? Ish dah kalah tk de pangkat and duit tu tk payah lah sebuk nk duduk sini..semak la you guys ni" kata Ain dengan gediknya

Yes kalau nk diikutkan cerita sebenar..semua pelajar WOLFIN PRIVATE HIGHSCHOOL tidah tahu akan pangkat A3NS.. Mereka fikir yg A3NS masuk ke sekolah ini kerana biasiswa serta mendapat layanan istimewa kerana mengugut cikgu dan sebagainya.. Namun A3NS tetap mempunyai ramai peminat kerana sikap mereka yg sukar dijumpai dan rupa paras mereka yg memikat hati sesiapa sahaja yg melihat.. Cuma fans A3NS tidak akan menjerit jerit apabila jumpa mereka kerana mereka tahu mereka akan dimarahi sekiranya membuat bising..jdi mereka hanya berfans dalam diam

BACK TO THE STORY

"Biarlah kitaorang nk duduk mana pun , its not your problems and kitaorang tk guna duit kau pun , so please get lose from our life" kata Syu lantas mengipas tangan seperti menghalau..

"Ish baby tengok dia ni , she's rude with me" rengek Faz dan dengan pantas dia memeluk tangan Red..

"Apa masalah kau ni?! Dah tak kenal halal haram?! Kau kalau nk menyundal pergi dekat org lain..perempuan mcm kau ni automatik aku akan rejectlah" kata Red sinis..

Lalu A3NS pergi meninggalkan mereka di situ..

Setelah lama mencari akhirnya A3NS telah jumpa rumah mereka iaitu rumah no 595 dan di pintu rumah tersebut sudah siap tertulis A3NS menggunakan ukiran kayu..

Mereka mengscan kad rumah mereka seperti di hotel..apartment ini juga ada kunci sebagai spare..

Masuk sahaja ke dalam rumah tersebut automatik mulut A3NS ternganga..memang betul ini apartment 2 tingkat , di tingkat satu ada balkoni di tingkat 2 tiada...di tingkat 1 ada ruang tamu yg sudah lengkap disediakan sofa serta tv , berdekatan pintu balkoni pula adalah dapur. Di dapur telah disediakan kabinet , peti sejuk besar serta meja makan yg dipanggil counter(?) dan telah disediakan oven dan sebagainya.. Serta di tingkat 1 ada toilet berhampiran pintu masuk.

Di tingkat dua pula ada 3 bilik berkatil single..kesemua katil mempunyai enam..dua katil satu bilik
Didalam setiap bilik juga disediakan meja study berwarna orange. Setiap bilik mempunyai toilet

Di tingkat 2 juga ada ruang rehat dan ada sebuah almari yg disusun pelbagai jenis mainan kotak , komik dan novel..tv di tingkat bawah juga disediakan ps4 dan pelbagai game lagi..seluruh rumah itu didekorasikan dengan design yg mewah..di luar balkoni pula ada meja untuk berehat

"Wey serious lah?! Wow! Design dia ni buat aku rasa mcm tk nk balik rumah dah" kata Rin dengan mulut yg terlopong

"Takde cadar ke?" soal Ria

"Cuba kau tengok dalam almari" kata Syu

"Almari pun tkde kau nk suruh dia tengok dalam almari apa je" kata Aina

Lalu mereka pun mencari satu bilik mana tahu ada cadar di mana-mana..
"Ni pintu apa eh?" soal Lya lalu membuka pintu yg berada di sebelah meja study dan..
"Korang! Patutlah takde almari.." keluh Lya

"Asal??" soal Zera..
"Sbb kita ada wardrobe kat sini.." tunjuk Lya

"La patutlah" kata Ria..

"Korang nk bilik yg mana ni?" soal Aina

"Kita buat game nak? Kita lat tali lat , siapa menang dia naik atas dulu then pilih bilik yg dia nk , lepas tu kali kedua pun sama , lepas dah cukup dua org , kunci pintu bilik tanda dh cukup" cadang Zera

"Mcm..dalam blackpink house?" teka Lya dengan keningnya yg sebelah terangkat

"Hehe memang pun" kata Azra

Mereka pun memulakan lat tali lat mereka dan pusingan pertama dimenangi oleh Aina lalu aina pun naik ke atas dan mengambil bilik yg bercat royal blue dan bercorak bulan dan bintang berwarna kuning..bilik tersebut berada berhampiran tangga , kemudian pemenang kedua pula ialah Rin lalu Rin terus naik ke atas dan mengambil bilik di tengah yg berwarna royal yellow bercorak crown berwarna merah biru , kemudian pemenang ketiga pula ialah Lya..Lya terus naik ke atas dan memasuki bilik yg pertama iaitu bilik Aina dan mereka mengunci pintu itu tanda sudah cukup

Pemenang ketiga adalah Ria , Ria lari naik ke atas dan mengambil bilik yg mempunyai tingkap dan bercat royal pich serta bercorak polaroid berwarna warni...

SKIP...

Jadi..Roommate Aina adalah Lya , Roommate Rindu adalah Syu dan Roommate Ria adalah Zera..

Mereka terus mandi setelah memilih roommate..

THE PRINCE POV

"Seriously? Rumah kita sebelah rumah diorang? Pengetua memang sengaja lah haish" kata Deeb

"Biar jelah , aku dh penat nak gaduh , diorang tk kacau kita so kita tak payah kacau diorang" kata Arif sambil membuat muka malas

"Yg gaduhnya kitaorang tpi asal kau yg penat?" soal Adrie

"Aku pun penat la bahalol nk tahan korang fikir senang? Jaga anak 5 org lagi senang" balas Arif lalu menumbuk bahu Adrie

"Tk , Han kau bukak pintu ke buat pintu? Dah berejam kita kat sini" tegur Deeb pada Han , sudah berapa lama mereka di sini tapi masih jugak pintu tk terbuka..

"Tak tahu lah kad ni rosak ke apa?" soal Han

"Bagi sini aku try" kata Raz dingin lalu merampas kad pintu tersebut dari tangan Han

Tit!

Baru sekali cubaan namun Raz berjaya membuka pintu tersebut lalu THE PRINCE memandang Han dengan pandangan malas lalu masuk ke dalam rumah tersebut..

"Wait! Wow! What?! Lawa sial!" jerit Riq

"Wow! Aku tk nk balik rumah lah kalau macam ni!" jerit Han pula

"Dapur ni aku rasa mcm tkde function , antara kita bukan ada yg reti masak pun , reti makan je semua" kata Adrie lalu membuka peti sejuk

Di dalam peti sejuk tersebut di bahagian beku terdapat aiskrim vanilla , chocolate , tuityfruitty , strawberry , mint dan Laici serta kon aiskrim..

Manakal bahagian bawah pula terdapat ikan , daging , ayam dan sayur..serta beberapa snack seperti yogurt dan sebagainya

"Alah dalam tu ada makanan kan makan je la apa susah" kata Arif sambil menonton tv

"Kita duduk sini bukan sehari dua tapi 2 tahun , kenalah pandai pandai jimat makanan!" bebel Adrie..Adrie apabila sudah datang perangai matangnya automatik dia akan jadi org org tua yg banyak bebel

"Alah nnt time outing kita belilah lagi" kata Riq

"Guna duit kau , aku tkde duit" kata Adrie

"Takde duit konon , padahal dalam dompet ada bape ribu banyak , mcm tu tkde duit , ini lah org zaman sekarang tak pernah-pernah nk cukup , tak reti bersyukur langsung"
Bebel Han serupa ustaz

"Alhamdulillah!" jerit Arif lalu membuat sujud syukur kononnya

"Kau buat apa ni? Nak solat naik ataslah bangang" tegur Red

"Aku buat sujud syukur sebab Han dah insaf" kata Arif

"Insaf? Kejap lagi jahil balik malaun tu" kata Raz yg entah muncul dari mana dengan wajah pokernya

"Kau ambik bilik mana Raz?" soal Arif , kerana dalam THE PRINCE Arif dikira paling rapat dengan Raz namun susah juga kerana Raz terlalu beku , memang susah lah nk tengok mamat ni senyum , senyum sinis adalah

"Aku ambik bilik tepi tingkap tu" kata Raz lalu menuang air peelfresh orange ke dalam gelas..

"Aku satu bilik ngn kau boleh?" soal Arif namun matanya masih terlekat pada skrin tv

"Go ask Deeb , sbb aku tengok ada luggage dia kat katil sebelah aku" kata Raz lalu terus naik ke atas

"Cibai lah mamat sekor ni , DEEB!!"
Jerit Arif

"PADIA?!" Jerit Deeb dari tingkat atas..dia baru ingat nk tengok-tengok mainam kotak kat atas ni tiba tiba ada malaun kacau aish

"Kau pergi tidur ngn Riq lah! Aku nk tidur satu bilik ngn Raz!" jerit Arif

"Kesah apa aku!" kata Deeb lalu pergi semula ke almari dia tingkat 2..

"Ouh tk kesah..standby kau" bisik Arif pada dirinya sendiri lalu di terus melompat dari sofa dan lari naik ke atas lalu dia terus mencapai luggagenya yg berada sebelah tangga dan dibawa lari ke bilik Raz kemudian dia terus mengangkat luggage Deeb dan campak ke luar dan Deeb memang tidak sempat berbuat apa-apa kerana Arif terlampau pantas membuat 'kerja'

Manakala dibawah

"Apa siak kerja babi tiga ekor kat atas ni" marah Adzrie

"Dah kalau babi buat apa lagi? Of courselah cari pasal ngn org" kata Han selamba

"Wey Han tolong aku search youtube cara masak ikan" kata Adrie lalu dia mengambil Ikan di dalam peti sejuk dan direndam ke dalam besen kecil

"Jap kau nk buat masak apa?" tanya Han sambil mengangkat sebelah keningnya

"Goreng dah lah kot..aku nk try je"

"Takde line ah" kata Han

"Alah topup aku pun habis" kata Adrie sambil menggaru kepalanya yg tidak gatal

"Ha! Aku pernah tengok Ibu aku masak sekali tu" kata Han sambil mengetuk meja

"Kau ingat ak?" soal Adrie dengan muka penuh harapan atau teruja

"Ingat ah tkkan tak ingat, ni Arhan la hahaha" kata Han dengan penuh confident

"Okay first kau cuci ikan" arah Han
"Kau tolong ah tahu arah je kerja" marah Adrie..

"Ikan ni hidup lagi ke doh?" soal Adrie takut takut ingin pegang ikan itu

"Kalau org masak mestilah mati lagipun kan dia selama ni kat peti sejuk mesti ah dia sejuk pastu dia mati" kata Han pula kemudian cuba menyentuh ikan tersebut

"Memang la setan , tapi skrg kan aku dh masukkan dia dalam air balik so mestilah dia hidup balik" kata Adrie yakin lalu membongkokkan sedikit badannya dan menenung ikan di dalam besen itu

"Haah an ye tak ye jugak..mcm mana nk masak ni" soal Han sambil mengikut gaya Adrie

"Jap aku try pegang" kata Adrie

"Tapi sebelum aku pegang ikan ni aku nak kau dengar cakap aku ni baik baik , aku sayang THE PRINCE sampai bila- bila , maafkan semua salah silap aku , semua duit dalam wallet aku tu aku akan wasiatkan pada korang okay?" kata Adrie sayu

"Kau jangan lah cakap benda mengarut..insyallah kau selamat.."
Kata Han sambil menepuk bahu Adrie

Adrie pun memasukkan tangannya ke dalam besen itu dan dia berjaya mengangkat ikan tersebut dan...

"Korang tengah buat apa?" soal Riq secara mengejut kerana tiba tiba muncul lalu Adrie terkejut dan secara langsung dia terbaling ikan ditangannya ke muka Riq

"What . the . fish?!" jerit Riq lalu berlari ke toilet untuk membasuh muka

Manakala Adrie dan Han sudah terbeliak biji mata

KEMBALI KE TINGKAT 2

"Woi Arif! Beg aku la gila!" jerit Deeb
"Alah bukan ada benda penting pun bising je lebih" kata Arif selamba.

"Dalam tu ada piala bola sepak aku tau!! Arghh!! Kau memang nk mati" jerit Deeb dan dia terus menolak Arif sekuat hati ke atas katil lalu dia mencekik Arif sehingga sesak nafas

"Woi! R..az..tolong..aku" ucap Arif tersekat sekat

Kemudia Raz bangun dari katilnya lalu dia mengambil kamera dslrnya dan duduk di penjuru dinding kemudian mengambil gmbr Deeb dan Arif dengan pelbagai gaya

"Ba..bi..to..longlah..aku..se..tan" kata Alief namun semakin lemah

Kemudian Raz pergi ke arah mereka berdua dan menolak Deeb dari terus mencekik Arif

"Patah ke piala kau tu?" soal Raz

"Tak" balas Deeb selamba

"Then yg kau cekik dia apahal?" soal Raz lagi sambil membersihkan kamera dslr nya

"Saja je nak test dia hahahahah dahlah bye" kata Deeb lalu terus ke bilik sebelah iaitu bilik Riq

WHILE IN A3NS HOUSE

"Hahahahahah!!! Bodoh siot Nobita tu" kini kedengaran suara A3NS ketawa berdekah-dekah di depan tv

Kriukk~

"Arghh lapar lah guys" kata Syu

"Korang , malam ni kita keluar pergi makan kat luar je lah..then kita boleh pergi cari makanan or barang yg tk lengkap agi" cadang Aina

"Siapa drive?" soal Ria sambil menguap

"Kena dua kereta lah kau fikir muat ke dalam 1 kereta 6 org" balas Lya

"Hahahah aku tahu! Org yg dh drive tadi tu tk yah drive dah..tadi sape yg tak drive sila drive malam ni" kata Ria dengan bangga..

"Aku naik ngn Zera ngan Rin" kata Lya

"Aku pulak naik ngan Syu and Aina" kata Ria

"Yelah dah kalau aku naik ngn Zera ngn Rin kau nak naik ngan sape lagi? Ngn The Lovies tu? Hahahaha!" jawab Lya..

Kemudian mereka kembali menonton doraemon sehingga seorang demi seorang mula lena..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience