A3(PART 6)NS

Young Adult Series 2384

Kini THE PRINCE & A3NS berada di dalam rumah mereka masing-masing

A3NS POV

"Aina! Kau dah siap mandi ke belum?!" jerit Lya dari tingkat 1 sambil menonton televisyen sementara menunggu Aina mandi

"Ish! Sabarlah!! Aku baru masuk 2 minit!!' jerit Aina pula

"2 minit kepala babun kau!! Dah setengah jam kau tau tak?!" marah Lya

"Bisinglah korang ni jerit-jerit! Pergi naik atas ckp depan-depan tk boleh ke?" marah Ria

"Wey kalau aku naik atas cakap depan-depan dengan dia an , silap-silap aku kena baling ngan botol syampu" kata Lya

"Jangan layan babun ni , perangai babunkan memang mcm tu , tapi ni lah spesies babun paling rare aku pernah jumpa" kata Rin kepada Ria lalu melangkah naik ke atas..

"Ria! Ouh Ria!" panggil Syu sambil mengetuk pintu bilik Ria dan Zera

"Ish aku masuk eh" kata Syu lalu memulas tombol pintu bilik Zera dan Ria kemudian

"Aaarghhhhh!!!!!"
"Aaaaargghhhh!!! Sorry-sorry!"

Jerit Syu dan Zera serentak kerana Syu masuk pada masa Zera baru keluar dari toilet dengan hanya memakai tuala or else berkemban

"Woi jerit apa lagi ni?!" marah Ria lalu melangkah naik ke tingkat dua bersama Lya

"La kau kat bawah ke? Asal aku panggil tk jawab?" soalan Syu

"Ni cipanzi ni lah bukak tv macam telinga dah pekak gila babun" kata Ria lalu menjeling ke arah Lya manakala Lya hanya tersengih seperti kerang busuk lalu melangkah masuk ke biliknya..

"Korang jerit apa tadi tu?" soal Ria

"Aku terbukak pintu bilik kau time Zera baru nak pergi wardrobe "
Jelas Syu lalu melangkah turun ke bawah

"Hahahahahahaha!! Bongok lah korang ni" ketawa Rin sambil mengikuti Syu kebawah...

"Wey korang , bila nak repair kereta kita tu?" kedengaran suara Zera dari tangga menyoal A3NS yg lain

"Kitaorang kat dapur ni haish!" marah Syu tiba-tiba

"Aku tanya bila nk repair kereta bukannya korang dekat mana!" kata Zera lalu melangkah ke peti sejuk dan mengeluarkan ice cream vanilla

"Eh haah aku lupa nk call mekanik" kata Syu lalu menepuk dahi

"Bak no aku call" kata Zera lalu membuka phonenya

"Nah , ni no dia" kata Syu lalu menghulurkan phonenya kepada Zera

Tutt tutt~

"Syu , kau cakap lah , aku nak pergi toilet" kata Zera lalu melangkah naik ke atas

"Rin ,  kau cakap ah!" kata Syu

"Tak nak , bye huhuhu" kata Rin lalu berlalu ke ruang tamu

"Hello?" kata satu suara di phone Zera
"Err hello , ni mekanik kan?" soal Syu

Lalu Rin melangkah masuk ke dapur semula bersama devil smile

"Ya kenapa ya?" soal suara di dalam phone itu , Rin dapat mendengarnya kerana Syu membuka pembesar suara

"Saya nak minta tolong tukar tayar yg pancit , boleh tak?" soal Syu lagi

"Okay boleh , cik bagi alamat , nnt pukul 6 kami pergi ke tempat cik , sekarang tak boleh sebab masih busy , jadi dimana alamat cik ya?" soal lelaki itu

Baru sahaja Syu ingin menjawab Rin pantas menyucuk pinggang Syu

"Dekat hati saya nnt datang ketuk pintu terus masuk" latah Syu kerana terkejut lalu memandang Rin yg sedang menahan tawa dibelakangnya itu dengan pandangan tajam seperti helang

"Err , maaf cik ulang sekali lagi" kata mekanik itu dengan suara yg kedengaran janggal

"Sorry , dekat WOLFIN PRIVATE DORM , tahu kan?" soal Syu

"Ouh tahu cik , nnt pukul 6 kami datang ya cik , assalamualaikum"

"Okay waalaikumussalam" balas Syu lalu pantas menutup panggilan dan terus meluku kepala Rin

"Aadoi adoi adoi , Syu sakit!" jerit Rin kesakitan sambil cuba melepaskan tangan Syu yg berada di lehernya

"Syu lagi Syu! Yes macam tu Syu , kuat lagi Syu!" sorak Aina yg baru sahaja turun dari tingkat dua dan baru sahaja sampai ke dapur

"Ya Allah. Korang buat apa ni?" marah Ria

Lalu Syu pun melepaskan Rin dan Rin terus berlari ke belakang Ria

"Ria tengok kak Syu tu , dia pukul kita" kata Rin sengaja nak mengada-ngada

"Kesian kakak aku ni. Apalah Kak Syu tu kan?" kata Ria lalu mengusap rambut Rin yg panjang itu , Rin pun mengangguk suka apabila Ria menyebelahi dia manakala Syu dan Aina sudah membuat gaya hendak muntah biru

"Jahat lah kau ni Syu!" marah Ria lalu memandang marah ke arah Syu
Manakala Rin tersenyum suka

"Asal kau tak luku kuat sikit tadi biar mampus budak ni?!" sambung Ria lagi dan Rin yg mendengar Ria kata begitu terus terkejut.

"Hahahahhahahah!!! Bodoh ah kau" gelak Syu dan Aina serentak kemudian disertai oleh Rin

"Wow wow gelak apa ni suka sngt ni?" soal Lya yg baru turun sambil mengikat rambut pendeknya itu

"Takde pape , btw aku dh call mekanik , dia kata pukul 6 dia sampai" kata Syu

"Sekarang pukul berapa Lya?" soal Aina pada Lya yg sedang duduk di meja counter

"Apa function kau pakai jam senanya ni?" soal Lya geram

"Eh lupa la hehe" balas Aina lalu tersengih

"Kebodohan mu terserlah" kata Syu sambil minum air

"Diam lah hang" kata Aina lalu mengetuk kepala Syu

"Ha borak apa tu?" soal Zera yg baru turun dari tingkat 2 sambil menepuk perut

"Lama gila kau kat toilet , buat apa je" kata Aina

"Sakit perut lah " kata Zera lalu turut duduk di meja counter

"Tulah aku dah kata kau tak tahan makan makanan pedas gila kat cafe tu , tapi degil jugak , padan muka" kata Lya

"Aku tak rasa sebab tu lah. Hmm menyesal gue" balas Zera

THE PRINCE POV

"Bangang sana la apa main himpit kereta aku ni!" jerit Riq kepada Arif yg asyik menghimpit keretanya sewaktu bermain ps4 itu.

"Tak nak! Bluerk" kata Arif lalu menjelirkan lidah ke arah Riq

"Korang dah mandi ke belum ni?" soal Raz sambil memakan keropok Mr Potato dan memandang ke arah tv yg menunjukkan permainan ps4 yg dimain oleh Arif dan Riq dengan muka pokernya

"Belum , nantilah , kasi aku menang dulu" balas Arif

"Hmm" balas Raz lalu melangkah ke dapur semula

"Guys, japgi kol 5.30 pergi kedai jap jom" ajak Deeb lalu melompat duduk ke atas sofa dibelakang Arif dan Riq

"Nak buat apa?" soal Riq malas
"Kita lupa beli sabun basuh pinggan lah haritu , tu pinggan dah berlambak kat dapur kau nk cuci guna apa?" balas Deeb lalu menyelerakkan rambut Riq

"Ish basuh jelah guna air gosok macam tu je guna tangan" balas Arif

"Jangan nk pengotor sangat" kata Raz yg baru melangkah keluar dari dapur

"Dengar tu!" Kata Deeb menyetujui Raz

"Tak masalah sekarang nk beli sabun basuh pinggan je kan? So asal nk ajak semua pergi ? Kau pergi lah dengan Raz" kata Adrie yg baru turun dari tingkat 2 itu

"Jom jelah nnt mana tau korang nk beli pape, aku tak nak lah korang order-order kat aku ngan Raz , kang salah ambik membebel pulak" kata Deeb

"Fine kitaorang pergi, puas hati kau? Tak habis , habis nak dia je menang" kata Arif

GAME OVER ~
Kini permainan game yg dimain oleh Riq dan Arif sudah tamat dan pemenangnya adalah Riq

"Ha dah habiskan? Pergi mandi!" arah Adrie lalu mencabut segala wayar ps4 dan memasang semula wayar tv

Lalu Riq dan Arif pun melangkah naik ke atas untuk mandi
Beberapa saat kemudian Raz turut naik ke atas lalu turun semula dengan camera dslr ditangannya. Han pun dah turun jugak..dengan rambut yang dh serupa sarang burung tu..haih.

SKIP PUKUL 5.30

"Riq! Kau dah tutup suis belum?!" jerit Deeb

"Tak payahlah jerit , macam lah aku ni pekak sangat" kata Riq sambil menuruni anak tangga

"Dah jom!" kata Han lalu membuka pintu

Tit!

Bunyi itu tanda pintu telah dilock ataupun telah dibuka

Mereka pun bergerak menuju ke arah lift dan menuju ke parking lot

A3NS POV

"Huahhh!! Boring ah!" rengek Aina sambil menguap

"Sama , tk bestlah cerita tv harini" kata Zera..

"Korang ada cadangan nak buat pape?" soal Lya

"Jom buat iguana coffe yg viral tu nak?" soal Syu

"Dalgona lah , iguana iguana" tegur Lya

"Boleh jugak , lagipun dah lama teringin nak try" kata Ria lalu terus bangun dari baringannya

"Tapi kita ada ke Nescafe?" soal Rin
"Ada dalam kabinet tu" balas Aina lalu mereka bergerak menuju ke dapur

DI DAPUR

"Mcm mana nak buat ni?" soal Ria sambil memandang ke arah A3NS yg lain

"Jap aku search youtube" kata Rin lalu membuka phonenya dan membuka youtube.

"Okay follow org ni buat" kata Rin lalu mereka pun buat bersama sama sehingga siap

"Penat duhh" kata Aina lalu bersandah di sofa seperti org hampir hilang nyawa

"Hahahaha , aku tak kesah , asalkan sedap hehe" kata Rin lalu duduk di sebelah Aina dan membuka tv

THE PRINCE POV

"Deeb , nak beli yg mana ni? Botol ke apa?" soal Han sambil membelek pelbagai jenis sabun basuh pinggan di kedai runcit itu

"Beli yg tupperware tu lah , aku tk pandai bancuh yg cecair tu" kata Deeb lalu mengambil sabun basuh pinggan berwarna kuning di dalam tupperware itu

"Korang dh beli apa yg nak?" soal Adrie lalu memusingkan kepala memandang ke arah THE PRINCE yg berada di depan casher

"Tak nak pape , just Deeb and Han je beli gula-gula. Hehe" kata Arif

Tadi sebelum sampai ke kedai runcit tersebut , mereka sempat pergi ke dunkin donut dan membungkus donut untuk makan di rumah

Selepas membuat pembayaran , mereka pun masuk ke dalam kereta semula dan memandu pulang ke WOLFIN DORM

A3NS POV

"ISH! Babun betul la mekanik tu buat hal last last minute" marah Syu sambil menukar tayar keretanya

"Entah-entah dia bagi alasan sebab malu nak jumpa kau pasal tadi tu Syu" kata Zera sambil menukar tayar keretanya juga

"Tapi bukan kau yg buat ke Zera?" soal Aina yg juga turut menukar tayar kereta

"Entah! Kau yg buat pastu sendiri mengeluh , padan muka!" kata Lya sambil mencekak pinggang dia sebelah Zera

Kemudian secara tiba-tiba ada dua kereta iaitu kereta BMW dan Ferrari berwarna merah dipandu naik ke parking lot tingkat M

Setelah beberapa minit mencari parking akhirnya mereka parking di lot yg jarak 3 baris dari A3NS

Kemudia pemandu dan penumpang dulu buah kereta tersebut pun keluar lalu melangkah menuju ke lift dan ya org-org itu adalah THE PRINCE

Baru sahaja mereka ingin menekan pintu lift , mereka ternampak A3NS sedang menukar tayar kereta lalu mereka melangkah mendekati A3NS untuk mengganggu

"Buat apa tu??" soal Deeb lalu membuat gaya seperti bos sedang memantau pekerjanya

"Tengah buat nasi lemak , tak nampak ke? Dahlah pekak takkan dah buta pulak kot? Dah sah-sah kitaorang tengah tukar tayar kereta" perli Lya dengan nada menyampah

"Pandai pulak korang bab-bab repair kereta ni , nak tolong tak?" soal Han sambil bercangkung di tepi Rin yg baru sahaja menukar tempat dengan Syu manakala sekarang Syu pula yg memerhati Rin

"Tak payah , dah nak siap dah" balas Rin tanpa memandang Han

"Dahlah , gi naik rumah korang , sibuk kat sini apahal? Nak kena ketuk dengan spare parts ni ke?" soal Syu sambil mengacah spare parts yg berada di tangannya ke arah THE PRINCE

"Kalau kitaorang tk nk , kau nak buat apa? Still nak ketuk? Silakan , kalau beranilah" kata Riq dengan nada sinis lalu memberikan senyuman sinis kepada Syu sengaja mahu mencabar

Syu yg rasa tercabar itu terus melangkah perlahan mana mendekati Riq dengan spare parts di tangannya dan muka yg dihiasi devil smile nya

Lalu Riq mula mengundur kerana takut dipukul oleh Syu manakala THE PRINCE yg lain hanya memerhati sambil bersandar pada kereta entah siapa punya itu kecuali Raz yg sedang memerhati A3NS yg lain yg sedang menukar tayar

"Hak alah , tadi berani sangat dok cabar-cabar aku pastu bila aku dekat tiba-tiba undur , pengecut! Dah lah berambus dari sini , kacau je" halau Syu sambil mengibas tangan tanda menghalau..

Lalu Zera menegur Raz yg sedari tadi memerhati mereka
"Yg kau ni tengok apa dari tadi?" tegur Zera terus membuatkan Raz seperti tersedar dari lamunannya

"Tengah tengok anak itik tukar tayar kereta" kata Raz selamba dengan muka pokernya

Namun Ria terasa seperti Raz memaksudkan anak itik itu adalah dirinya kerana dia memakai tshirt lengan panjang yg mempunyai gambar itik dan tertulis 'baby duck'

"Kau perli aku eh?" soal Ria lalu memandang ke arah Raz dengan pandang tidak puas hati
Manakala Zera sudah menggeleng kepala

"Mengaku rupanya diri tu itik" jawab Raz dingin

"Aku tk mengaku , aku tanya kau perli aku ke?!" marah Ria lalu menjeling Raz

"Dah dah dah! Bergaduh pulak kat sini haish" kata Zera menamatkan perbalahan di antara Raz dan Ria

"Dah ah kitaorang nak naik atas , sakit mata duduk sini tengok babun tukar tayar kereta" kata Adrie lalu melangkah menuju ke lift diikuti THE PRINCE

Setelah beberapa minit berlalu , akhirnya A3NS berjaya menukar tayar kereta lalu mereka pun naik ke rumah mereka

THE PRINCE POV

Kini sudah pukul 6.45. THE PRINCE sedang duduk di hadapan tv menonton drama suami sebelah rumah

"Bapak jahat doh Erin tu reject Amar sbb tak handsome and nerd" kata Han
sambil menggigit bucuk bantal yg berada di sofa itu

"Tak ada cerita lain ke korang nak tengok?" soal Raz sambil menonton dance cover di youtube

"Bestlah drama ni , kau tu yg tkde perasaan tau nk tengok cerita seram je kerja" kata Riq sambil khusyuk menonton drama di tv itu

"Drama tu dah diplan , drama yg ada dekat dunia ni tk diplan so its more interesting" kata Raz lalu melangkah menuju ke balkoni yg berada berhampiran dapur itu

"Apa masalah dia tu?" soal Adrie

"Entah , tetiba je" kata Han pula

"Sape ek tadi yg ajak kita pergi kedai beli sabun cuci pinggan tapi bila dah beli tk nk cuci pulak" soal Arif atau lebih kepada memerli Deeb

"Malas ah!" kata Deeb
"Tak pe tak pe , harini aku baik so biar aku tolong basuhkan hohoho" kata Arif sabil tersengih lalu melangkah menuju ke dapur

Lalu Arif pun membuka penutup sabun tersebut kemudian mula membasuh pinggan

"Aik, pahal makin berminyak ni? Buih pun tak de" soal Arif sendiri lalu mengambil bekas sabun tersebut kemudian membelek bekasnya
Namun plastik yg sepatutnya membaluti keliling tupperware tersebut sudah terkoyak dah tinggal separuh

Lalu Arif cuba membaca perkataan yg ada di plastik yg tinggal separuh di bekas sabun itu

"Pla? Ada ke sabun jenama Pla?" soal Arif sendirian lalu dia melangkah keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu

"Deeb , kau beli sabun jenama apa ni?" soal Arif sambil mengangkat kening ke arah Deeb

"Entah aku tk tengok tadi , main ambik je" kata Deeb selamba

"Asal?" soal Riq
"Aku guna nak sabun pinggan tadi tk berbuih langsung and makin berminyak ada ah pinggan tu" jelas Arif lalu memberi bekas sabun itu kepada Riq yg menghulurkan tangan itu

"Asal bau dia macam...Planta?" soal Riq selepas menghidu bau 'sabun' tersebut

"Ha aku rasa ni Planta! Kau tengok kat plastik dia ada tulis Pla" kata Arif

"Woi Deeb! Kau salah beli lah!" marah Adrie

"Haish dah tu?" soal Deeb

"Gi tukar lah" arah Riq sambil menghulurkan semula planta tersebut kepada Arif

"Alaaaaa. Aku malas , aku nak naik , dah nak azan" kata Deeb lalu berlari naik ke atas

"Haish dah tu macam mana ni?" soal Arif lagi sambil memandang ke arah THE PRINCE yg lain

"Macam tu lah" jawab Han , Adrie dan Riq serentak lalu menutup tv dan naik ke atas bersedia untuk solat maghrib

Manakala Arif sudah ternganga seorang diri di ruang tamu lalu dia teringat yg Raz masih di balkoni kemudian dia pergi ke balkoni untuk mengajak Raz ke kedai

"Raz jom..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya Raz pantas memotong

"Malas" kata Raz lalu turut naik ke atas..dan Arif hanya menghentak kaki geram dengan THE PRINCE

A3NS POV

Kini A3NS sedang menunggu giliran untuk mengambil wuduk kerana Azan maghrib sudah berkumandang

"Lya , dah ke belum? Cepatlah sikit" soal Zera

"Okay dah jom solat" kata Lya yg sudah keluar dari bilik itu...solat maghrib mereka pada malam ini diimamkan oleh Rin pula

SKIP

A3NS kini sedang menyiapkan homework mereka di depan tv

"Rinnn. Ni mcm mana? Aku cari jawapan tk dapat pun" soal Lya sambil menggaru kelapa menggunakan pen nya

(And author lupa nak ckp , dalam geng ni hanya Ria je yg pakai cermin mata , yang lain pakai bila study je)

"Haah Rin , aku pun tk dpt-dpt jawapan dia , dari tadi aku kira" kata Aina sambil mengerutkan dahi memandang soalan addmath itu

"Meh aku ajar , tengok sini. Macam ni , no yg ni , kau tambahkan dengan ni , bla bla bla" ajar Rin kepada A3NS yg serabut dengan soalan addmath itu

Setelah selesai kerja rumah math , mereka membuat kerja rumah BI pula

"Ada yg tk faham ke? Kalau ada tanya jelah" kata Rin lalu memandang seorang demi seorang sahabatnya

"Tak perlu wahai anak muda! Kami semua ni bijaksana bab english ni" kata Ria sambil membuat gaya seperti papa zola

"Ni lah kemaruk sangat dengan kartun , umur dah 16 belas tapi tengok kartun lagi!" marah Lya secara bergurau lalu Aina mentertawakan Ria

SKIP

"Guys homework dah siap , so...jom buat ramen challenge!" ajak Aina

"Ha jomlah" kata Lya sambil mengemas buku-bukunya di atas meja ruang tamu itu , yg lain turut melakukan hal yg sama

"Eh jap jap , kita lat tali lat lah siapa yg kena masak. Yg pasti tiga org , yg lain goyang kaki je" cadang Aina

"Tak payah nak buang masa lah! Kau , aku Ria masak kat dapur. Settle! Tak payah nk budak budak sangat lat tali lat la apa lah" bebel Rin panjang lalu memberikan bukunya pada Syu untuk dibawa naik ke atas

"No no no!" kata Ria sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan

"Apa yg no no nya ni?" soal Rin serabut dengan perangai Ria yg tak semengah ni , lepas satu satu benda mengarut tak habis habis. Si Aina tu pun 2 kali 5 je

"Korang tiga ketul ni tak boleh goyang kaki je" kata Ria sambil menunjuk ke arah Syu , Zera dan Lya

"Habis tu nak suruh kitaorang buat apa kalau tak boleh goyang kaki je?" soal Zera tak puas hati

"Tak payah lah goyang kaki , duduk je diam diam kaki tu" kata Ria lalu terus berlari ke dapur

A3NS yg lain cuba mentafsir apa yg Ria katakan tadi lalu mereka faham dan menggelengkan kepala

Lalu Rin dan Aina pun bergerak ke dapur manakala Zera , Syu dan Lya naik ke atas untuk menyimpan buku mereka

THE PRINCE POV

"Korang tak lapar ke doh?" soal Adrie mengusap perutnya sambil melihat Raz dan Han yang sedang bermain Scrable itu

"Gila kau tak lapar , dah lah donut yg beli ptg tadi tu ada setan makan" kata Deeb sambil memandang ke arah Raz dan Riq

"Aku bukan setan sebenar , tapi aku dihasut oleh setan yg sebenar untuk makan donut tu" kata Raz lalu memandang ke arah Riq yg sengaja buat tidak dengar itu

Mereka diam beberapa saat , kemudian "Habis tu kita nak makan apa? Dah ah masing-masing tak reti masak" soal Riq

"Tah kang masak jadi macam chef yg terkenal haritu tu , goreng ikan guna rempah kari" kata Han sambil memandang sinis ke arah Adrie

"Eh tu resepi kau tau , aku just ikut je!" marah Adrie sambil memandang ke arah Han dengan muka tak puas hati

"Yg kau bodoh sangat dengar cakap aku tu kenapa?" soal Han semula menyakitkan hati Adrie

Namun Adrie hanya membuat tidak tahu sahaja

"Dah kalau mcm ni...nak order or minta tolong?" soal Deeb

"Kalau kau mintak tolong A3NS aku tak nak dah ah tadi si Syu tu nak pukul aku guna spare parts" kata Riq
dengan muka bosan

"Tah kang kalau minta tolong entah dia buat teknik flying pan pulak" kata Han

"Kau lah bodoh sangat pergi cabar org tu apahal? Jatuhkan martabat sendiri je" marah Adrie sambil memandang ke arah Riq

"But aku tak sangka dia nk buat betul-betul" kata Raz bersama poker face nya..

"Aku rasa kita order jelah lagi pun aku craving KFC lah" kata Adrie lalu bangun dari baringannya dia atas sofa

"Dah berapa lama kau rahsiakan benda ni?" soal Raz beku

"Rahsia apa?" soal Adrie pelik manakala THE PRINCE yg lain juga pelik dengan percakapan Raz itu

"Asal tak bagitahu kitaorang yg kau pregnant? Dh craving KFC baru nak cakap. Hahahahahahh" kata Deeb lalu ketawa terbahak bahak

"AHAAHHAHAHAHAH!!!!" ketawa THE PRINCE serentak kecuali Adrie yg cuba mentafsir kata-kata Deeb

"Tak faham" kata Adrie polos..lalu THE PRINCE pun memberhentikan ketawa mereka ,
"Kau kata kau craving KFC kan?" soal Arif lalu Adrie mengangguk

"Craving tu kan mengidam , so takkan tak faham lagi? Lambat pickuplah kau ni" kata Arif sambil menepuk bahu Adrie

Lalu Adrie sudah faham namun dia hanya buat dont know sahaja , malas mahu melayan otak THE PRINCE yang baru berhubung itu

"Aku call eh?" kata Han
"Ha ya" jawab THE PRINCE serentak kecuali Raz

Lalu selepas selesai order KFC dari foodpanda , Arif mengambil guitar nya lalu keluar ke balkoni dan menutup pintu balkoni tersebut

A3NS POV

"ARGHH!!! Pedas!!!" jerit Syu sambil meminum air susu coklat Dutch lady dengan gelojoh

"Hahahhhahhah" A3NS yg lain hanya mampu ketawa sahaja kerana mereka pun sedang menahan air mata

"Korang , aku duduk luar balkoni jap tau , nak dapatkan idea untuk video Ramen Challenge kita tadi tu" kata Zera lalu memakai tudung sarungnya dan melangkah ke arah balkoni

"Nnt dah edit jangn terus post dalam youtube channel kita , bagi kitaorang tengok dulu" kata Lya

"Okay boss" lalu Zera membuka sliding door di balkoni itu dan tutup kembali..niatnya untuk mencari ilham terus terbatal apabila terdengar seperti seseorang sedang bermain guitar.

Zera memandang ke arah balkoni THE PRINCE dan org yg bermain guitar itu adalah Arif namun Arif masih tidak perasan akan kehadiran Zera kerana dia telampau khusyuk memandang bulan purnama pada malam itu

Lalu Zera membuka camera di phonenya lalu merakam , beberapa saat bermain guitar , kini Arif mula menyanyi

Pertama kali aku bertemu ,
Seorang gadis seperti dirimu ,
Senyum tawa mu ,
Riak wajah mu ,
Sungguh ayu

Andai ku ingin berterus terang padamu ,
Adakah engkau mahu menerimaku ,
Kerna engkau tak pernah mengenaliku,
Ini kali pertama ,
Kita bertemu,

Jika memang kau tercipta untukku ,
Maka izinkan aku mengenalmu ,
Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu ,

Dan aku berharap ,
Semoga kali ini akan menjadi ,
Cinta yang sejati oh sayang ,

Cinta yang sejati oh sayang~

Zera terkedu mendengar lagu yg dinyanyikan Arif dengan penuh mendalam itu

Arif yg baru sahaja lepas menyanyi itu baru sahaja ingin bangun namun dia ternampak Zera seperti sedang merakamnya

Zera yg sedar bahawa Arif menyedari tindakannya terus mematikan rakaman dan ingin berlalu masuk ke dalam rumah semula

"So how?" soal Arif tiba-tiba secara langsung memberhentikan langkah Zera

"Macam mana apa?" soal Zera sengaja ingin mengacau Arif.

"Sedap tak aku nyanyi?" soalan Arif lagi lalu mengangkat sebelah keningnya

'Omg! Kenapa dia tiba-tiba nampak handsome ni!!!' jerit hati Zera

"Tak! Bunyi mcm kambing nak beranak" kata Zera sambil menahan tawa melihat expression Arif mula berubah lalu Zera terus melangkah masuk kedalam rumah dan menutup lalu mengunci sliding door

Arif yg masih di beranda itu terus masuk ke dalam rumah dengan geramnya

THE PRINCE POV

"Ish geram ah aku dengan si Zera tu!"
Kata Arif dengan muka yg tidak puas hati lalu terus menghempas punggungnya di sebelah Han

"Pahal tiba-tiba geram?" soal Han sambil bermain phone

Ari pun menerangkan semua yg berlaku di balkoni tadi kepada THE PRINCE

Lalu semua ahli THE PRINCE kecuali Raz dan Arif sudah bantai gelak

"Hahahahahhahahahahahaha!!!" ketawa mereka bergabung dengan kuat dan garau

"For me lah an Rif , betul jugak apa yg Zera kata tu" kata Deeb sengaja menyakitkan hati Arif lalu memakan keropok yg berada di dalam pegang Raz namun Raz hanya membuat tidak tahu sahaja , sudah biasa dengan perangai tenuk ni

"Kan! Betul ah tu apa yg Zera cakp tu" kata Riq dengan nada bergurau

"Apa kau cakap? Kau ulang lagi sekali" soal Arif sambil menahan marah walaupun dia sudah dengar apa yg Riq dan Deeb katakan tadi

"Lek ah Rif , diorang just cakap fakta je" kata Raz lalu menepuk bahu Alief

"Kau pun backup diorang?! Okay fine" kata Arif dengan nada merajuk lalu melangkah naik ke atas

"Dahlah jom tidur , esok sekolah , dah pukul 10 dah" arah Adrie

"And esok hari first kita bertugas , nervous doh" kata Han namun dia dipulau oleh THE PRINCE

Lalu THE PRINCE naik ke bilik masing-masing..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience