A3(PART 7)NS

Young Adult Series 2384

A3NS POV

"Wahai anak-anak manusia , bangun lah dah subuh!!"

PANG PANG PANG!!!

Jerit Aina selepas membuka ketiga-tiga pintu bilik A3NS lalu dia turun dan naik semula lalu mengetuk kuali besi menggunakan senduk besi yg dia ambil dia dapur tadi..

PANG PANG PANG!!!

"Ya Allah si babun ni , pagi pagi buta dah kacau orang" rungut Rin lalu dia menuruni katilnya dan mengambil tuala menuju ke toilet manakala Syu sedang duduk di bibir katilnya dalam keadaan mamai

"Okay , dua anak manusia dah bangun..lagi 3 manusia ni pulak" kata Aina sendiri lalu melangkah masuk ke dalam bilik Ria dan Zera lalu kembali mengetuk 'alat musik' nya itu

PANG PANG PANG!!!

"Pagi dah tiba , pagi dah tiba , tiba tiba pagi tiba , tiba tiba pagi tiba~" Aina menyanyi sambil berjalan pusing seluruh bilik Ria dan Zera sambil mengetuk kuali

"Erghhh!!! Bisinglah Aina Irlina!!!" jerit Ria marah lalu menolak Aina keluar dari biliknya dan Ria lalu menutup pintu manakala Zera masih terkebil-kebil di atas katilnya

"Okay semua manusia dah bangun , tinggal sorang je lagi yg liat nak bangun hehehe" kata Aina lagi dengan riangnya..(entah apa yg dia suka sangat pun author tk thu)

Lalu dia melangkah masuk ke biliknya dimana terdapat Lya yg sedang lena tidur di atas katilnya sendiri..

Syu yg melihat Aina pergi ke bilik sebelah turut keluar lalu mengikut langkah Aina untuk membangunkan manusia bernama Lya

Aina meletakkan jari telunjuk dibibirnya menyuruh agar Syu senyap. Syu menganggukkan kelapa kemudian Aina pun mula memainkan 'alat musiknya' itu..

PANG!! PANG!!

"Lya bangun!!" kata Aina Manakal Syu hanya melihat sahaja

"Huahhh , jap , 5 minit je lagi , jappp je" rayu Lya dalam keadaan separuh sedar. Lalu Aina tidak menghiraukan kata-kata Lya itu lalu Aina terus memanjat ke atas katil Lya dan melompat lompat dengan girangnya

"Bangun Lya bangun! Bangun pagi ! Gosok gigi! Pastu mati! " jerit Aina sambil melompat di atas katil Lya..namun ianya langsung tidak mengganggu lena Lya

Syu lantas menepuk dahinya melihat perangai ke anak-anakkan Aina. Lalu Syu pun mendapat idea

"Wahai manusia, solatlah engkau sebelum engkau disolatkan" kata Syu betul-betul di telinga Lya dengan suara yg sengaja dikeraskan

Lya yg terkejut terus berlari masuk kedalam toilet secara tidak sengaja juga kaki Lya tersepak kaki Aina yg sedang melompat di atas katilnya namun Lya tidak perasan

GEDEBUK!

Syu melihat kearah Aina yg jatuh seperti nangka busuk itu lalu hanya ketawa dan melangkah masuk ke biliknya..

SKIP

Setelah solat subuh dan memakai baju sekolah , mereka turun makan di meja counter , sarapan pada hari ini dimasak oleh Aina dan Syu iaitu nasi goreng

"Cepatlah makan , dah pukul berapa dah ni" kata Ria sambil memakai jamnya menunggu rakannya yg lain selesai makan

"Dah jom" kata Lya lalu mereka pun melangkah keluar dari rumah mereka..

AUTHOR POV

THE PRINCE & A3NS masuk ke dalam lift pada masa yg sama..

"Memang everytime naik lift asyik jumpa korang je , haish" rungut Adrie
sambil mengulingkan matanya

"Biarlah , dah ditakdirkan kita semua asyik terserempak , nak buat mcm mana?" balas Zera tenang sambil membetulkan awning tudungnya

"Habis tu? Kau nk terserempak dengan hantu then naik lift dengan korang? Ha? Nk ke?" soal Rin pula lalu menjeling ke arah Adrie yg sedang memandangnya dengan pandangan bosan itu

"Dahlah , bising. Pagi pagi dah nk bergaduh" kata Raz lalu memandang ke arah Adrie , Rin dan Zera yg berada di belakangnya dengan wajah poker

Beberapa saat kemudian..

Kedengaran THE PRINCE sedang bergaduh dalam nada berbisik tapi cukup kuat untuk A3NS mendengar dengar jelas apa yg mereka gaduh kan

"Kau lah cakap" kata Deeb
"Tak nak aku , Arif kau lah ckp" balas Riq
"TAK...NAK" balas Arif sepatah sepatah
"Raz kau lah" kata Deeb pula namun Raz seperti biasa..buat buat tk dengar

"Korang nak cakap apa sebenarnya ni , cakap je lah" soal Lya rimas dengan THE PRINCE yg tidak habis-habis berbisik itu

"Korang" panggil Han kearah A3NS manakala THE PRINCE yg lain bermain dengan telefon mereka

"Apa?" jawab A3NS serentak lalu memandang ke arah Han yg menggaru kepala yg tidak gatal itu

"Boleh tak korang tolong kitaorang bertugas? Sebab kitaorang tak tahu nk bertugas macam mana.." kata Han tanpa memandang wajah A3NS

"Aikk..bukan korang prefect jugak ke kat Murai Highschool tu? Takkan tak tahu?" soal Ria pelik

"Murray la" tegur Raz lalu menjeling si Ria di belakangnya itu

"Memanglah tapi lain sekolah lain sikit sistem dia , so untuk sekolah ni kitaorang tak tahu mcm mana sbb tu kitaorang mintak tolong korang" jelas Adrie panjang lebar lalu bersandar pada dinding lift

"Hmm , okay kitaorang tolong" balas Aina dengan ceria (untuk pengetahuan readers , aina ni jenis yg periang sikit)

Pada masa yg sama , lift pun sampai di tingkat M dimana mereka memarkirkan kereta mereka..

"Okay then , jumpa korang dekat parking lot sekolah" kata Syu sambil bermain dengan kunci keretanya

"Hmm okay" balas Riq lalu mereka pun bergerak ke kereta masing-masing namun A3NS yg bergerak ke sekolah dahulu manakala THE PRINCE

THE PRINCE POV

Arif dan Deeb berbalas pandangan dengan senyuman yg dianggap ada maksud tersirat lalu kedua dua mereka menganggukkan kepala

"Riq" panggil Deeb sewaktu Riq sedang berjalan menuju ke Ferrarinya

"Pe???" jawab Riq malas lalu pusing menghadap Deeb dibelakangnya

"Biar aku lah drive , aku dah lama tak drive kereta" kata Deeb lalu menghulurkan tangan meminta kunci

"Dah lama tak drive konon , padahal haritu kau yg drive" kata Riq

"Alah bak je ah , masalah negara betullah kau ni" marah Deeb lalu Riq yg malas bertekak itu pun memberi kunci keretanya

WHILE ARIF AND RAZ

"Raz" panggil Arif namun Raz tidak dengar kerana memakai earpod dan mendengar lagu dengan kuat

"Raz!" panggil Arif lagi namun masih sama , dipulaukan

"FIERAZ NAUFAL!!!!" jerit Arif kemudian barulah Raz membuka earpodnya lalu mengangkat kening

"Kau panggil aku ke?" soal Raz dengan wajah poker nya itu

"Eh tak! Aku panggil anak babi belakang kau tu" kata Arif sakit hati

"Hmm kau nk apa panggil aku?" soal Raz lalu membuka pintu Lamborghininya

"Aku nk drive" kata Arif
"Kau ni ada lesen ke?" soal Raz dengan nada sinis

"Eh aku adalah tengok ni" kata Arif lalu mengeluarkan lesennya dari poket

"Tu ic" tegur Raz selamba

"Eh? Ouh salah , ha tengok ni" kata Arif lalu menyimpan ic nya dan menunjukkan lesen nya yg sebenar

"Hmm nk ambik , baguslah aku pun malas nk drive" kata Raz lalu mencampak kuncinya pada Arif

Lalu Arif mencari Deeb apabila dia sudah nampak dia mengangkat thumbs up lalu dibalas oleh Deeb

Mereka pun memulakan pemanduan namun apabila keluar sahaja dari kawasan WOLFIN PRIVATE DORM...Arif dan Deeb memulakan rancangan mereka iaitu membawa kereta Riq dan Raz dengan kelajuan yg paling tinggi memandangkan tiada kereta di jalan yg mereka lalui itu..

"Woi!!! Babi!!!! Perlahan lah!!! Kau tahu aku phobia laju kan!!!!! Setan!!! Woi!!!!" terjerit terlolong Riq sambil memeluk tali seatbelt manakala Deeb sudah ketawa besar

WHILE RAZ AND ARIF

"MUAHAHAHAHAHAAHAHHA!" ketawa Arif dengan sangat kuat seperti orang jahat lalu dia memandang Raz di sebelahnya yg sibuk bermain game sambil mendengar lagu itu

"Kepala babun dia! Aku nk prank dia terus tak jadi haish! Susah betul mamat poker ni!" marah Arif lalu memperlahankan kereta Raz

Kemudian Raz mengangkat kepala
"Asal slow sangat kau bawak? Tak guna lah bawak sport aku tapi lembab" tegur Raz dengan nada dingin

'Watta?? Aku bawak bukan main laju tadi tak nk tengok! Bila aku dh slow marah pulak!' bisik hati Arif lalu Arif kembali menekan pedal minyak kerana dia fikir Raz sudah berhenti main game namun apabila dia pusing semula ke arah Raz

"The heck?! Main phone balik?! Hergh!!" marah Arif lalu dia terus sahaja memandu dengan laju sebegitu kerana marah plan tk jadi

Manakala Han dan Adrie pula..

"Wey mana diorang? Wey ke kita sesat ni?" soal Adrie cemas kerana sekelip mata sahaja dua kereta kawannya tersebut hilang dari pandangan..

"Ahh Adrie kau jangan buat hal Drie..wey cepatlah call mummy aku! Wey cepat la!!" arah Han sambil menggoncang lengan Adrie dengan muka seperti nk nangis

"Ish! Call mummy kau nk buat apa?! Call diorang la patutnya bahalol!" marah Adrie lalu mengeluarkan phonenya dari poket kotnya lalu mendail no Arif

"Hello!" jawab Arif kasar
"Korang kat mana ni? Asal tinggal kitaorang?" soal Adrie..
"Eh! Haah lah terlupa kau ngn Han..
Ah tak pe kau drive je nnt kitaorang tunggu kat 7E" Kata Arif dengan rasa bersalah

"Hmm k" balas Adrie lalu mematikan panggilan

A3NS POV

"Lambat gila diorang ni!" marah Zera , sudah lama mereka tunggu di parking lot sampai si Lya dan Rin tu sempat habis 4 paket roti , padahal dah sarapan

"Tu lah! Ni lah ciri-ciri janji melayu , tak tepati masa langsung" bebel Rin

Namun beberapa saat kemudian THE PRINCE pun tiba..

"Sampai pun , ingat kan lupa jalan ke sekolah , bawak je kereta sport tapi still lambat sampai" bebel Syu pulak

Lalu RIq keluar dari kereta dengan muka yg berpeluh lencun..menarik perhatian A3NS , Raz serta Adrie dan Han

"Yg kau dah kenapa? Kereta sport takde aircond ke?" soal Rin sinis

"Diamlah kau!" marah Riq lalu mengelap peluhnya dengan sapu tangan

"Dahlah lambat pastu orang tanya nk marah- marah pulak" kata Lya

"So?" soal Raz selamba

"Ish kenapalah perangai korang ni mcm babun?! Tadi korang minta tolong kitaorang kan? Dah lupa ke" soal Ria dalam nada yg geram

"Ouh sorry sorry tadi kitaorang singgah 7E" kata Han

"Dah sebelum tangan aku ni pulak yg singgah kat muka korang , baik cepat jalan gi dewan" kata Rin lalu THE PRINCE & A3NS pun berjalan menuju ke dewan

DI DEWAN RANDELL

"Korang tunggu sini , kitaorang nak jumpa KP tanya pasal tugasan korang..

"Okay" jawab Arif

Setelah beberapa minit A3NS berjumpa dengan KP..mereka pun kembali ke tempat THE PRINCE menunggu tadi

Lalu THE PRINCE mengangkat kepala melihat ke arah A3NS

"Nampaknya tugasan korang sama dengan kitaorang" kata Zera tenang

"Apa tugasannya?" soal Arif sambil memandang Zera

"Jaga barisan or senang cakap diri belakang barisan murid" balas Lya

"Ouhh" balas THE PRINCE serentak

"Wait , korang tau tak duduk belakang murid buat apa?" soal Aina

"Tengok je lah murid" jawab Riq selamba manakala THE PRINCE yg lain kecuali Raz hanya menganggukkan kepala

A3NS sudah menepuk kepala dengan jawapan Riq yg selamba badak tu

"Omg tak sangka korang ni 'pandai' sangat. Duduk belakang murid jaga , if ada yg bercakap or langgar peraturan sekolah terus tarik pergi luar dewan" jelas Ria

"Hah paham ak?" soal Zera dan Rin serentak..

"Faham faham" jawab Adrie sambil menganggukkan kelapa

Tepat jam 7.50 murid-murid mula berkumpul di dalam Dewan Randell namun mereka tidak perasan THE PRINCE dan A3NS berada di pintu masuk belakang dewan tersebut..

Lya pun melangkah naik ke atas pentas dengan muka expressionless

Semua murid terus senyap manakala THE PRINCE pelik kenapa pelajar yg bising semuanya tadi terus senyap

"Semua pengawas yg patut jaga kat luar dewan sila jalankan tugas anda sekarang , yg jaga di dalam dewan tolong jaga di tempat masing-masing!" arah Lya

Lalu semua pengawas yg patut membuat rondaan dan menjaga di kawasan luar terus melangkah keluar dari dewan dan menjalankan tugas namun mereka jalan dengan sangat lembab dan mencabar kesabaran Aina

"Woi!! Jalan tu cepatlah sikit! Terkedek-kedek!" marah Aina

Terus pengawas pengawas tersebut berjalan dengan pantas takut dimarahi oleh A3NS lgi

Lya sudah turun daripada pentas selepas guru-guru mula masuk ke dalam Dewan

Semasa guru sedang berucap , Ria menarik seorang pelajar non muslim yg mewarnakan rambut ke luar dewan. Rin dan Syu mengikuti langkah Ria. THE PRINCE mula pelik lalu mereka melangkah keluar mengintai tanpa disedari oleh Aina , Lya dan Zera

A3NS POV

"Kau pahal warnakan rambut?! Dah takde kerja sangat ke?!" jerit Rin

"Baik kau warnakan pada warna hitam balik!! Kalau tk aku tk teragak-agak nk botakkan kepala kau!!" jerit Syu pula.

Manakala pelajar chinese tersebut sudah menundukkan kepala

"Kau faham tak?! Kau fikir lawa ke rambut karat kau ni?! Aku bagi masa sampai esok je! Esok aku nk tengok rambut kau ni hitam balik!" Jerit Ria pula

Murid tersebut mengangguk sambil memandang ke bawah
Lalu dalam masa beberapa saat , Zera pula membawa keluar seorang murid yg memakai makeup diikuti Aina dan Lya

"Haish kau lagi! Kau tak faham bahasa melayu ke?! Kau nk aku ckp bahasa apa?! Korea?!" jerit Zera

"Wey kalau tk nk sekolah cakap! Kalau rasa nak jadi model or apa apa yg berkenaan makeup , berhenti sekolah!" jerit Lya

"Kau memang nak kena gantung kan sebenarnya?" soal Aina sinis

"Kalau nak cakap!" jerit Syu

"Ni last warning! Lepas ni kalau kitaorang nampak kau pakai makeup lagi! Kau akan digantung selama 4 minggu! Faham?!" jerit Rin

"Zera , Ria korang berdua pergilah cari prefect yg pegang micellar" arah Syu

"Jom" kata Zera lalu berlari dengan Ria mencari pengawas yg memegang micellar

Setelah beberapa minit Zera dan Ria kembali dengan micellar water

"Nah! Baik kau lap cepat sebelum kitaorang yg lapkan sampai tercabut kulit kau!" marah Zera sambil menghulurkan kapas yg telah dituang micellar water

Budak itu mengambil lalu mengelap mukanya dengan lemah lembut

"7 years later" kat Aina

"Cepatlah! Kau fikir kitaorang apa nk tunggu kau?! Buang masa!" marah Syu

"Haish! Dah ah! Aku ngn Syu masuk dulu! Duk sini rasa mcm nak cabut je kepala dia ni!!" marah Ria lalu melangkah masuk ke dalam dewan bersama Syu

THE PRINCE POV

"Pergh!! Seram siak diorang marah budak budak tu!" kata Han dengan mulut yg terlopong

"Patutlah semua student takut dngn diorang" kata Adrie pulak

Manakala yg lain hanya menganggukkan kepala dengan mulut yg terlopong kecuali Raz yg hanya beriak poker

"Hushh! Meremang bulu roma aku wey." kata Riq sambil menggosok lengannya walaupun berlapik kain kot

"Aku tk percaya diorang segarang tu , lagi-lagi si babun tu" kata Raz dengan muka poker lalu THE PRINCE memandang muka Raz

Lalu Raz memandang mereka semula. "Dengan muka kau yg poker ni buat kitaorang susah nak yakin betul ke yg kau tengah tak percaya dengan perangai diorang tu. And whose babun do you mean?" soal Deeb panjang lebar

"Ouch my Rin marahlah guys...I'm melting..pergi ambik mangkuk tadah aku" kata Han dengan gaya clingy

"Prince jom masuk! Tu Ria and Syu otw masuk dewan , baik cepat sebelum kita pulak jadi mangsa" kata Arif lalu mereka pantas menuju ke barisan mereka bertugas tadi

DALAM DEWAN RANDELL

AUTHOR POV

Ria berasa pelik apabila dia dan Syu masuk ke dalam dewan namun THE PRINCE tiada lalu pada masa yg sama dia lihat THE PRINCE berlari lintang pukang masuk ke dalam dewan

"Korang dari mana?" soal Ria

THE ORINCE sudah berasa nervous tidak tahu mahu memberi jawapan apa. Secara tiba tiba Raz menjawab soalan Ria

"Kitaorang ingat nak tolong korang kat luar. But yeah nothing to help" kata Raz selamba dengan muka poker nya

"Ouh okay" balas Ria lalu berjalan bersama Syu ke arah tempat bertugas mereka

THE PRINCE kecuali Raz sudah menghembus nafas lega kerana takut dimarahi oleh Syu dan Ria

SKIP TAMAT PERHIMPUNAN

"Pengumuman kepada THE PRINCE dan A3NS. Sila berjumpa saya di pejabat saya sekarang. Asap" kata pengetua di atas pentas

THE PRINCE & A3NS berpandangan sebelum mereka mengeluh dan berjalan menuju ke pejabat pengetua

DI DALAM PEJABAT PENGETUA

"So how duduk dekat dorm?" soal pengetua lalu memandang ke arah THE PRINCE & A3NS yg berwajah beku itu

"Boring" jawab THE PRINCE & A3NS serentak lalu mereka menjeling satu sama lain

"Kamu semua belum berbaik?" soal pengetua lagi dengan kerutan di dahi

"Entah" jawab mereka lagi serentak

"Haih.. Macam ni lah , sebenarnya saya panggil awak semua kesini untuk memberitahu yg THE PRINCE & A3NS iaitu kamu semua akan melakukan semua tugas bersama-sama sehingga habis sekolah. Sekolah kita sekarang ni sudah mula banyak kes disiplin , sebelum ini A3NS menyelesaikan semuanya sendiri tetapi bila difirkan semula saya rasa ianya agak merbahaya kerana kamu semua perempuan lalu dengan adanya THE PRINCE , THE PRINCE akan bantu awak semua mengatasi tugas ini kerana saya percaya THE PRINCE dapat menjaga permata sekolah ni iaitu A3NS." jelas pengetua

"So how?" soal pengetua
"Kami akan tolong A3NS" jawab Adrie mewakili THE PRINCE
"A3NS?" soal pengetua lagi lalu memandang ke arah A3NS diikuti THE PRINCE..

"Hmm okay pengetua" balas Aina mewakili A3NS

"Baiklah kamu semua boleh pulang ke kelas" kata pengetua

SKIP DI KELAS

Tit! Tit! Tit! Tit! Tit! Bunyi kad pelajar A3NS dan THE PRINCE discan..

TOKTOK!

"Masuk" arah guru mereka lalu Lya pun membuka pintu lalu pergi ke arah Sir Ilham yg merupakan guru BI mereka..manakala THE PRINCE & A3NS yg lain telah berjalan menuju ke tempat mereka masing masing

"Maaf Sir kami lam.."
"No its okay..pengetua dah inform saya" kata Sir Ilham memotong kata Lya

Lalu Lya melangkah ke tempat duduknya

"Okay baiklah..memandangkan semua dah ada , saya akan memberitahu kamu semua tentang kerja rumah BI kamu memandangkan kita hanya ada 1 masa sahaja lagi. Saya akan berikan kerja berkumpulan untuk kamu semua namun dalam satu kumpulan hanya dua orang sahaja dan tidak boleh memilih teammate sama jantina." kata Sir Ilham manakala pelajar perempuan 4 LOVETTA sudah tersenyum gembira sama juga dengan lelaki 4LOVETTA kerana mereka fikir mereka boleh cuba mengorat THE PRINCE & A3NS namun pengumuman Sir Ilham yg seterusnya membuatkan senyuman mereka mati

"Tetapi! THE PRINCE & A3NS kena buat kerja kumpulan bersama , maksud saya THE PRINCE & A3NS tidak boleh memilih pasangan mereka selain ahli THE PRINCE & A3NS. Ini arahan pengetua" sambung Sir Ilham lagi. Terus terdiam satu kelas itu yg hanya kedengaran adalah belon chewinggum Ria yg meletop

POP!

"What?!" jerit THE PRINCE & A3NS serentak manakala pelajar lain sudah mengeluh

"Alaa..baru je nk ajak Arif"
"Haa tak dpt lah nk buat dengan Raz"
"Kacau ah kalau tk aku boleh buat dengan Zera"
"Apa ni aku baru ingat nk ajak Aina"

Pelbgai lagi rungutan yg didengari di dalam kelas 4 LOVETTA

"Baiklah saya beri masa untuk awak memilih teammate" kata Sir Ilham lalu memadam papan putih

A3NS memandang ke belakang mereka dimana THE PRINCE berada dengan muka yg tidak puas hati

"Yeay!! Aku nk dengan Rin lah" sorak Han menggedik lalu mengenyit mata ke arah Rin

"Aku tk nk dengan kau" kata Rin straight to the point namun tidak dapat menghentikan perangai sweet talker Han

"Kau tak nk dengan Cow tapi kau nk dengan Tengku Arhan Najmie kan?" soal Han gatal manakala yg lain sudah membuat muka loya

"Ish yelah aku dengan kau! Puas hati , Mr Arhan?" soal Rin dengan nada geram

"Of course lah puas hati Mrs Arhan" kata Han membuatkan Rin blushing namun dia cover

"Dah abaikan dia ekor tu , korang nak dengan siapa?" soal Adrie kepada A3NS

"Kitaorang tak kesah" kata Syu mewakili A3NS yg lain

"Hmm aku rasa aku ada idea" kata Alief lalu menjadi perhatian THE PRINCE dan A3NS

"Apa kata if kitaorang tulis nama dalam kertas then korang cabut" cadang Arif sambil mengeluarkan sticky note dari pencil casenya

"Hmm pape je lah" jawab Deeb malas

Lalu THE PRINCE mengambil seorang sehelai kertas sticky note lalu menulis nama mereka dan meletakkan dalam satu bekas..Kertas mereka ada dua org yg sama warna agar A3NS tidak memilih dan tidak mengetahui nama yg ada di dalam kertas itu

"Okay korang cabutlah" kata Riq..

"Kau cabut dulu lah Ria" kata Syu lalu Ria pun memasukkan tangannya kedalam bekas tersebut lalu mengambil kertas berwarna pink

Baru sahaja dia mahu membuka kertas tersebut

"Aipp jangan bukak" kata Adrie

Lalu Ria membatalkan niatnya lalu dia terpandang Raz yg senyum sinis ke arahnya namun dihiraukan saja. Kini giliran Zera pula mencabut nama di dalam bekas itu , Zera mengambil kertas berwarna pink juga seperti Ria

Kemudian giliran Aina , Syu dan Lya

Mereka bertiga juga turut mendapat kertas berwarna pink..alkisahnya memang semua kertas berwarna pink

"Okay korang boleh bukak skrg" arah Adrie

Lalu A3NS pun membuka kertas mereka

"Aku dapat Riq" kata Syu sambil perlahan lahan mengangkat kepala memandang Riq

"Asal lah kau pergi ambik nama aku..haish" rungut Riq sambil mengusutkan rambutnya

"Eh kau fikir aku nk sangat ke ambik nama kau?!" marah Syu semula

"Dah dah! Ria kau dpt?" soal Adrie

"Dia dpt aku" jawab Raz selamba sambil tersenyum sinis memandang Ria

"Ye je kau..betul ke Ria? Cuba kau tengok" kata Arif

"Hmm nama dia" jawab Ria dengan nada bosan sambil menjeling Raz

"Asyik kau je haish , entah jdi ke tk kerja tu kalau buat ngn kau yg poker ni" rungut Ria

"Yg poker cuma muka aku , bukan perangai" balas Raz

"Eleh , kau tk buat standby kau , aku tumbuk tumbuk muka kau" ugut Ria

"Okay" balas Raz selamba

"Zera kau dpt sape?" soal Arif

"Aku dpt kau" kata Zera

"Wow okay aku dh ada partner! Ha yang kau dua ekor ni? Single lagi? Haish hahahaha" gurau Arif lalu mendapat ketukan buku sekaligus daripada Deeb , Adrie dan Zera

GEDEBUK!!

"Auch..mama sakitnya" rungut Arif sambil mengusap kepalanya

"Padan muka , ni teammate homework! Bukannya pasangan nk couple couple , setan" marah Adrie

"Adrie" panggil Aina

"Apa?" soal Adrie kasar

"Aku dpt kau" kata Aina

"Dah tu?" soal Adrie

"Alah! Aku ckp je an?!" marah Aina sambil merenyukkan kertas yg tertulis nama Adrie itu

"Aku dpt kau" kata Lya kepada Deeb

"Ouhh.."
"Eh what?! Kau dapat nama aku?!" soal Deeb terkejut

"Yelah" kata Lya lalu menunjukkan kertasnya yg tertulis 'Adeeb Hazmi' itu

"Asal ngn kau doh" rungut Deeb

"Mana lah aku tahu! Kau fikir aku nk sangat ke ngan kau?!" marah Lya

"Baiklah semua! Kerja kumpulan tu saya nk next week.. Boleh?" soal Sir Ilham

"Boleh!!" jawab kelas 4LOVETTA kecuali THE PRINCE & A3NS

"Tak boleh!!" jerit THE PRINCE & A3NS serentak , jika ditengok dpan depan memang cute

"Kenapa tk boleh?" soal Sir Ilham pelik

"Kitaorang tak nk dengan diorang!" kata A3NS

"Tak ada! No excusen! Ini perintah pengetua! Jika tidak awak semua akan digantung selama 2 minggu" kata Sir Ilham lalu mengambil barangannya dan selesai mengucapkan terima kasih Sir Ilham pun keluar..

"Eleh sikit sikit gantung , aku gantung cikgu tu kang mati katak kat situ" bebel Arif

SKIP TIME REHAT

Sewaktu A3NS sedang mengisi perut secara tiba tiba THE LOVIES masuk ke dalam cafe kemudian Iqa dan THE LOVIES yg lain pergi ke meja A3NS kemudian mereka pantas mengambil air A3NS dan menuang atas kepala mereka..(Author tahu readers peningkan , pengetua dah tukarkan tarikh start mereka digantung yg sepatutnya hari ini , mereka akan mula digantung sekolah pada minggu depan memandangkan harini last day sekolah for this week)

"APA MASALAH KAU HA SETAN?! KITAORANG TK KACAU LIFE KORANG KAN?!! SO APA MASALAH KORANG DENGAN KITAORANG HA?!" Jerkah Zera lalu bangun menghadap iqa

"Eh gemuk! Kau bangun sekarang!" jerit Faz lalu menarik Syu untuk bangun

Namun Syu tidak lemah , dia terus bangun dan menampar Faz sehingga terteleng..Faz memegang pipinya itu

"EH KAU SIAPA NK PANGGIL KAWAN AKU GEMUK?! SEKURANG KURANGNYA DIA GEMUK MAKANAN! DARIPADA KORANG NI?! GEMUK DOSA!" jerkah Ria pula

Lalu Iqa dengan pantas melangkah ke arah Ria lalu mencuba untuk menampar Ria namun Ria lebih cekap menampar Iqa dahulu sehingga Iqa terpeleot jatuh lalu hujung bibirnya berdarah

"NI BALASAN SBB KAWAN SETAN KAU NI TAMPAR AKU DULU SAMPAI BIBIR AKU PECAH!" Tengking Ria

Lalu Put pergi ke arah Rin lalu menolak Rin sehingga jatuh dan belakang badannya terhempas meja..

"KAU MEMANG SIAL!!" jerkah Lya lalu dia terus menarik rambut Put sekuat hati dan menolak Put sehingga melayang entah kemana tak tahu

"THE LOVIES!! APA KORANG BUAT NI?!" Jerkah Deeb diikuti oleh THE PRINCE yg lain

Lalu THE LOVIES memulakan drama mereka "Deeb , kitaorang tak salah! Diorang ni yg mula dulu!" rungut Rina sambil buat buat menangis

"Do you think we are blind? Maybe kitaorang buta mata tapi kitaorang tak buta hati lagi mcm korang ni" kata Raz selamba sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar
dengan wajah poker nya

"Baby , sanggup you cakap I mcm tu?! I kecewa dengan you" rengek Iqa dengan nada gediknya itu

"I'm your baby right? But do you want to know something? You are babi for me. You know oinkoink? That things so same with you" balas Raz sinis

Manakala THE PRINCE & A3NS sudah terlopong melihat Raz yg tiba tiba banyak membalas itu walaupun riaknya masih poker..

"Baik korang semua pergi sebelum kitaorang naik angin. Now! " jerkah Adrie

Lalu THE LOVIES pun keluar dari cafe tersebut dengan wajah geram

Selepas sahaja THE LOVIES keluar, THE PRINCE terus melangkah ke arah A3NS

"Korang okay?" soal Han sambil memandang ke arah Rin yg terbongkok menahan sakit itu

"Sakit" rungut Rin perlahan dengan muka yg berkerut

"Lya kau tolong bawak Rin pergi bilik kesihatan boleh?" soal Han

"Okay" balas Lya

"Sedap tampar org?" soal Raz selamba kepada Ria yg muka sudah merah menahan marah itu

"Eh sedap sangat , nak rasa?" soal Ria geram

"Tunggu sah" kata Raz lalu melangkah keluar dari cafe tersebut

'Apa maksud dia? Tunggu sah? Dia nk kawin ngn aku ke? Aish gila perasan kau ni Ria' bisik hati Ria

"Kau tampar Faz tadi kau perasan something tk?" soal Riq sambil memandang ke arah Syu di depannya namun dia harus menunduk sedikit

"Apa?" soal Syu geram

"Kau tk bukak cincin tajam kau tu" kata Riq sambil menunjuk ke arah cincin di jari manis Syu itu..

"Ouhh tak pe kalau dengan betina tu aku tk kesah hahahaha , lagi bagus" kata Syu sambil ketawa

"Gila" kata Riq

"Kau okay?" soal Adrie kepada Aina yg masih duduk di kerusi itu

"Aku okay je" jawab Aina sambil tersenyum girang

"Kawan kau semua bergaduh yg kau boleh diam je? Then senyum macam takde apa" kata Adrie sambil menjeling Aina didepannya itu

"Hehehe" sengih Aina lalu Adrie bergerak ke arah Riq

Lalu Lya kembali datang ke cafe selepas menghantar Rin ke bilik rawatan

"Lya , mcm mana ngn Rin?" soal Han terpampang riak risau dia wajahnya

"Dia okay just luka sikit kat belakang badan dia tu. Kau pergi teman dia jap boleh? Kau tunggu je kat luar bilik rawatan tu nnt dia keluar lah" jelas Lya menerangkan tentang keadaan Rin kepada Han

"Okay , guys aku pergi jap" kata Han kepada THE PRINCE

"Pergilah tak kesah pun , tk dtg balik pun tkpe" kata Deeb

"Kau tarik rambut Put tu sampai kau tk sedar yg rambut dia gugur kat tangan kau kan" kata Deeb kepada Lya

"Ha? Eh? Omg kuat sangat ke aku tarik?!" soal Lya terkejut melihat rambut Put yg ada di tangannya sedikit

"I dont think terlampau kuat but maybe cukup kuat untuk cabut kepala dia" kata Deeb

Beberapa saat kemudian Arif kembali bersama sehelai tuala kecil berwarna biru di tangannya

"Nah , lap sikit tudung kau tu." kata Arif lalu menghulurkan kain coklat tersebut kepada Zera untuk mengelap kesan air yg masih ada di atas tudung Zera itu

"Lap cepat Zera , tu air manis" Ria menyelit

"Eh? Heheh tak nampak ah" kat Zera lalu mengambil kain berwarna coklat yg dihulurkan oleh Arif itu

SKIP DI BILIK KESIHATAN

Kelihatan Rin melangkah keluar dari bilik kesihatan dengan muka yg sedikit menahan sakit

"Kau okay?" soal Han membuatkan Rin terkejut

"O...okay je" balas Rin tergagap gagap

"Fuhh nasib baik okay , kalau tk tkde sape nk layan sweet aku huhu" kata Han sambil tersengih gatal

"Ish menyampahlah ngn kau.." kata Rin geram lalu berlalu pergi meninggalkan Han

SKIP SUBJEK TERAKHIR

"Balik ni korang tukar baju pesemua , pukul 4.00 kita keluar" kata Deeb sambil menyepak kerusi Lya didepannya lalu Lya yg tidak senang duduk kerana Deeb menyepak kerusinya itu terus mengangkat kerusi dan menindih kaki Deeb

"ARGHHHH!!!!!! SAKIT!!!! BABII SAKIT LA BANGANG!!!" jerit Deeb sehingga satu kelas dengar manakala THE PRINCE & A3NS yg lain kecuali Deeb dan Lya sudah pelik

Lalu Lya pun mengangkat kerusinya semula

"Adeeb Hazmi , ada masalah ke? Lagi sekali awak buat bising saya akan denda awak balik lambat" kata Madam Tracy yg sedang mengajar math itu namun terganggu dengan suara Deeb

"Maaf Madam" kata Deeb lalu mereka pun belajar seperti biasa

"Apahal kau tetiba jerit?" soal Arif sambil mengangkat sebelah keningnya

"Ni babun depan ni lah , tindih kaki aku guna kerusi" marah Deeb.

"Eh kau yg main sepak sepak kerusi aku dulu tau!" marah Lya balik

"Dah stop stop! Ni Deeb nak keluar pergi mana pukul 4?" soal Syu

"Haish kan kena buat group work BI , so kita buat lah kat luar dorm , kang kalau buat sama-sama ramai-ramai ada yg curi idea so nnt kita semua keluar ikut partner lah! Faham?!" soal Riq garang

"Aku tanya je kan apa masalah kau ?!" soal Syu lagi turut marah

"Hmm bergaduh lagi" kata Raz dengan riak selamba lalu memakai headphonenya dan memandang ke luar tingkap

SKIP TIME BALIK

THE PRINCE dan A3NS melangkah menuju ke kereta mereka masing-masing

"Ingat pukul 4 , korang lambat standby" kata Adrie memberi amaran
lalu masuk ke dalam keretanya dan mereka pun bergerak pulang ke dorm

DI DORM

"Mana minah-minah ni? Kita dah sampai dorm , diorang merayap ke mana?" soal Arif sambil menelek jam tangan berjenama Rolex nya itu

"Tah japgi pukul 4 dah nk gerak" kata Riq

THE PRINCE kini sedang menunggu di depan rumah mereka dan A3NS dan jam sudah menunjukkan pukul 3.15

TING!

Bunyi lift itu membuatkan THE PRINCE kecuali Raz mengalihkan perhatian mereka ke arah lift tersebut

Dan A3NS pun melangkah keluar dari lift tersebut dengan wajah beku mereka

"Korang buat apa kat depan pintu ni?" soal Rin lalu mencari kad pintu rumah mereka di dalam beg

"Tunggu korang lah , kitaornag nk pastikan korang sampai so nnt takde lah lambat time nk keluar" bebel Adrie

"Wow tunggu kitaorang eh ehhehe" sengih Aina sambil memandang ke arah Adrie

"Kau jangan nk fikir lain" kata Adrie sambil menjeling Aina

Lalu mereka pun masuk ke rumah masing-masing..

A3NS POV

Beberapa minit telah berlalu kini jam sudah menunjukkan pukul 3.25

"Nnt naik kereta mcm mana?" soal Zera setelah selesai mandi..

"Apa kata mcm ni , Ria n Raz naik kereta Raz , Riq n Syu naik kereta Syu , Kau dngn Arif naik kereta Riq , Aina and Adrie naik kereta Adrie , Rin and Han naik kereta Ria while aku n Deeb naik kereta aku" cadang Lya

"Boleh je, just nnt ckp ngn THE PRINCE tu dululah , kang membebel je kerja" kata Ria sambil menghirup air kotak susu Dutch lady itu..

"Aku pun tak kesah" kata Rin

"Okay good then" kata Syu

"Rin kau naik kereta aku an?" soal Ria

"Haah asal?" soal Rin lalu memandang ke arah Ria yg sudah tersenyum semacam itu

"Stay safe Rin , dia ni kalau dh senyum mcm tu maknanya otak dia tengah berhubung lah tu" kata Syu sambil melihat ke arah Ria itu

SKIP PUKUL 4

THE PRINCE kini sedang menunggu A3NS di parking lot

"Awalnya korang turun?" soal Ria bersama A3NS yg lain yg baru sahaja turun ke parking lot

"Eh haah awal sangat , kau tengok jam pukul berapa" perli Raz dengan wajah pokernya

"Omg sorry kitaorang terturun lambat , ada girl problems tadi" tipu Aina sedangkan yg sebenarnya mereka tertidur tadi..

"Hmm pape jelah" balas Riq

HAN&RIN POV

"Wey Han , kita pinjam kereta Ria , kereta aku kat rumah n kau pun kat rumah so takde pilihan lain" jelas Rin kepada Han yg sedang bermain phone itu

"Aku okay je naik kereta apa pun , kau tak yah lah nk over sangat , ish tau nk marah and bebel je.. Kalah nenek aku" bebel Han

"Now kau ke aku yg bebel?" soal Rin membuatkan Han berhenti bermain phone lalu menjawab "Kau , still kau yg suka bebel , kuat marah" balas Han selamba

"Dah! Senyap lah kau , mulut aku suka hati akulah nk bebel ke marah ke apa ke. Bukan mulut kau pun" marah Rin

"Okay fine , kau menang. Ha sape yg drive?" soal Han sambil bersandar pada bonet kereta Toyota Ria

"Kau laki kan so kau lah drive , aku tak nak , aku just nk menikmati pemandangan" balas Rin sambil mendepakan tangan dan menghirup oksigen kononnya menikmati pemandangan (la sangat)

"Memang la aku laki , takkan aku pondan pulak , kalau pondan dah lama nama aku jadi Fana tau" gurau Han

"Dah lah , korang ni asyik gaduh , ka..."

"Shut up you!!" kata Rin dan Han serentak memotong kata Raz

"Stop copylah!!" kata Rin dan Han lagi serentak sambil memandang sesama sendiri seperti ada renjatan elektrik di mata mereka

"So kiranya minah pendek tu naik aku?" soal Raz dengan muka beku bak ais dikutub utara tu..

Manakala Ria hilang sebentar

"Yelah dah tu dia nk naik sape lagi?" soal Rin namun Raz hanya mengangguk dan pergi ke keretanya

"Jom" ajak Han kepada Rin

"Pergilah mintak kunci dulu! Takkan kau nk bawak kereta tk hidup kot!" marah Rin

"Ish ye la yelah bising je kerja" rungut Han lalu pergi ke arah Ria yg berada sedang berdiri di pintu kereta itu

"Nah" hulur Ria tanpa diminta oleh Han lalu Ria pun berlari ke kereta Raz..

"Jomlah kau tercegat apa lagi kat situ?! Kang lambat start lah salah kan aku itu ini" marah Han melihat Rin yg masih tercegat di bonet kereta itu

"Alah sabarlah , tk boleh tengok aku senang langsung kau ni" marah Rin semula lalu mereka pun masuk kedalam kereta Ria..

RED&SYU POV

"Naik kereta aku eh? Aku tak selesa naik kereta orang lain" kata Syu

"Tak selesa konon, yg korng tumpang kereta kitaorang dulu tu boleh je" kata Riq dengan muka bosan

"Tu terpaksa kau tahu tak? Kalau tk mcm mana kitaorang nk pergi sekolah?!" marah Syu geram dengn Riq

"Hmm tak kesah lah naik apa pun , asalkan kereta! Jangan bawak aku naik kereta lembu sudah!" marah Riq rimas

"Nah kunci , kau drive" kata Syu lalu menyerahkan kunci keretanya kepada Riq

"Apahal aku pulak yg kena bawak? Kereta kau kan bukan kereta aku" soal Riq dengan muka tidak puas hati

"Memanglah kereta aku tapi kau laki so kau lah drive! Tak gentleman lah" rungut Syu

"Takde-takde , kau drive." kata Riq lalu dia berlalu pergi ke tempat penumpang manakala Syu menggenggam kunci keretanya kuat

Syu pun melangkah masuk ke keretanya di tempat pemandu. Baru sahaja dia menghidupkan engine tiba tiba Arif datang mengetuk tingkap di bahagian Riq

"Asal?" soal Riq setelah selesai menurunkan cermin kereta

"Riq aku nk pinjam kereta kau boleh?" soal Arif sambil membongkokkan sikit badannya

"Nah" kata Riq sambil memberi kunci ferrarinya itu..

"Okay thanks" kata Arif lalu pergi dari situ

ARIF&ZERA POV

"Zera , jom" panggil Arif mematikan lamunan Zera

"Kunci?" soal Zera

"Ni , aku mintak kat Riq" kata Arif sambil menunjukkan kunci kereta Riq itu

"Okay jom" kata Zera manakala Arif tersenyum sahaja melihat Zera

"Aku drive tau" beritahu Arif

"Okay aku tak kesah , asalkan kita selamat sampai and balik" kata Zera sambil tersenyum manis ke arah Arif

"Tak payah lah senyum" kata Arif

"Ha? Ouh sorry" kata Zera yg sedang blur itu

Lalu mereka berdua pun masuk kedalam kereta..

DEEB&LYA POV

"Wey Deeb , kita naik kereta aku tau" beritahu Lya

"Hmm k" jawab Deeb lalu menuju ke tempat penumpang manakala Lya masih berdiri di depan keretanya

'Hmm je? Okay tkpelah daripada aky gaduh ngn dia..aman sikit' bisik hati kecil Lya lalu dia pun menuju ke bahagian pemandu

AZRIE&AINA POV

"Jom , naik kereta aku memandangkan kau takde kereta" kata Adrie lalu berjalan menuju ke BMW nya diikuti Aina dibelakang

"Kau nk drive ke? Ke kau nk suruh aku drive? Aku boleh je" soal Aina sambil tersenyum riang memandang Adrie

"Aku still sayang kereta aku so aku tk nk bagi kau bawak! Kang kalau rosak aku tak dpt beli kereta sendiri dah" bebel Adrie

"Ala.." rungut Aina lalu mereka pun sampai di kereta BMW Adrie

Mereka memasuki kereta tersebut dan memulakan perjalanan

RAZ&RIA POV

"Jom" kata Ria lalu berjalan dahulu sebelum Raz

"Jom pergi mana?" soal Raz selamba mahu mengusik Ria dengan muka pokernya

"Pergi kawin!" jawab Ria geram , dah tahu tapi sengaja tanya lagi , dasar cipanzi

"Jom" balas Raz lalu berjalan laju menuju ke arah lamborghininya

"Eh eh aku gurau je lah! Yg kau serious sangat dh kenapa?!" marah Ria

"Apa maksud kau? Aku kata jom pergi tempat nk buat discussion" balas Raz dengan nada dingin lalu memandang ke arah Ria dengan pandangan sinis..

"Ouhh...ha yelah situlah yg aku maksudkan tadi , kau yg tk faham"
Kata Ria gelabah lalu masuk ke tempat penumpang manakala Raz hanya tersenyum sinis lalu masuk ke tempat pemandu..

SITUATION ON THEIR WAY

HAN&RIN POV

"So nak buat discussion tu kat mana?" soal Han sambil memandu namun kelihatan Han seperti tidak senang duduk..

"Mana-mana je lah asalkan tempat tu sunyi" kata Rin sambil melihat ke luar tingkap menikmati pemandangan

"Kubur nak? Kubur tu sunyi plus boleh ambik angin sbb takde bumbung" kata Han dengan riak yg ceria

"Babun ni asal bengap sangat? Pergi jelah cafe ke apa ke!" marah Rin lalu menjeling Han

'Padan muka kau Han , main main agi ngn mak singa ni' bisik hati Han

"Ye ye kita pergi cafe okay? Janganlah marah , tak lawa nnt" kata Han memberi ayat konon manis kepada Rin

"Hmm btw kau ni mmg sweet talker dari dulu ke apa?" soal Rin tanpa berlapik atau memikirkan apa apa

"........." namun tiada jawapan daripada Han , Han hanya diam sahaja dan fokus ke pemanduannya

"Kenapa diam? Aku just tanya takkan soalan mcm tu tk boleh jwb?" soal Rin straight to the point..dia langsung tidak terfikir kenapa Han tidak menjawab soalannya itu

"Ehem..maybe , aku tk thu" jawab Han dengan nada yg selamba tanpa memandang ke arah Rin

Rin memandang Han pelik

'Diri sendiri takkan tak tahu kot mamat ni? Hmm biar ah dh malas nk gaduh' bisik hati Rin lalu dia kembali mengalihkan perhatiannya ke arah luar tingkap

Tanpa Rin sedari , Han mengeluh kecil lalu mereka meneruskan perjalanan ke cafe berdekatan namun agak berbeza kerana mereka hanya membiarkan dj radio yg berceloteh manakala mereka berdua senyap

RIQ&SYU POV

"Nak buat kat mana ni?" soal Syu sambil memandu..

"Kat bilik" jawab Riq selamba sambil bermain phonenya berwhatsapp dengan siapa tah

Manakala Syu yg memandu itu terus terkedu..

"Apa masalah kau ni?! Aku tanya nk buat discussion tu dekat mana?! Otak kau tu pikir apa?!" marah Syu lalu mengambil kotak tisu di depan nya dan menghempuk kepala Riq

"Ish! Habis lah rambut aku!" marah Riq semula sambil membetulkan semula rambutnya

"Sorry sorry! Kita buat kat MCD nak?" soal Syu

"Tak nak tak nak, kang bukan kau buat kerja , kau makan adalah" balas Riq lalu kembali memandang phonenya selepas berbunyi notification

"Dah tu nk kat mana?" soal Syu sambil menggaru kepalanya disebalik tudung shawl itu..

"Pergi pantai dekat-dekat sini je lah , tenang sikit. Kalau marah pun nnt lega balik" balas Syu

Manakala Syu menjeling kerana dia tahu maksud Riq 'kalau marah' itu menuju kepadanya..

"Hmm yelah" hanya itu sahaja yg dibalas oleh Syu

"Btw , kau kenapa mcm tak rapat sangat dengan perempuan?" soalan Syu

"Sbb tk suka" balas Riq selamba

"Betul-betullah" rungut Syu

"Kau kalau drive boleh senyap tak? Sibuk hal private aku apahal?" soal Riq geram lalu menjeling tajam ke arah Syu

"Okay , fine" jawab Syu

Lalu Riq memandang ke luar tingkap dan mengeluh perlahan.
Manakala Syu pula meneruskan perjalanan ke pantai..

ARIF&ZERA POV

"Eh kau nk buat discussion tu kat mana?" soal Arif kepada Zera
yg sedang mengedit video itu

"Hmm aku rasa dekat starbucks lah boleh minum minum" kata Zera lalu memandang ke arah Arif yg sedang memandu sambil tersenyum itu
Entah apa yg Arif tu senyumkan pun tk thu

"Hmm not bad , okay kita pergi starbucks" balas Arif lalu membuka radio

"Okay" balas Zera lalu tersenyum sambil sambung mengedit videonya

"Kau dngn Aina aku tengok selalu lah jugak senyum , kawan kau yg lain tu susah sangat nk senyum" kata Arif

"Tak semua org jugak dpt tengok aku senyum , dalam geng ni only Aina je yg paling sng senyum dengan semua org cause dia jenis periang , while kitaorang pulak just senyum dengan org tertentu je" balas Zera tanpa memandang muka Arif

"Ouhh" balas Arif

"Yg kau pulak? Mmg suka senyum? Jenis periang mcm Aina ke?" usik Zera lalu membuang pandangan ke luar tingkap

"Hmm yeah , lebih kurang kot" balas Arif sambil tersenyum tawar

"Ouhh" balas Zera namun dia thu ada yg disembunyikan...

DEEB&LYA POV

Sedang Deeb leka memandang ke arah luar tingkap tiba tiba lamunannya terhenti apabila terdengar bunyi musik di radio

"Kita buat discussion kat cafe kucing nak tk?" soal Lya

Deeb hanya diam lalu dia menukar siaran radio tadi..
"Ish tak payah ah tukar! Aku nk lepaskan geram yg kau kacau buat apa?!" marah Lya

"Tak best lah lagu kau , bukak lah era ke apa , rancak sikit" kata Deeb selamba lalu kembali memandang ke luar tingkap..

Kini lagu yg diputarkan di radio adalah lagu Aishiteru..Lya menjeling Deeb lalu dia memperlahankan radio kerana ingin bertanyakan sesuatu

"Deeb , Darwish tu siapa sebenarnya?" soal Lya lalu memandang ke arah Deeb sekilas..

"Dia cousin aku , just cousin tiri" jawab Deeb

"Kenapa kau nmpk marah sangat dengan dia? Dia ada buat pape ke?" soal Lya ingin mengorek rahsia dari Deeb..

"Bawak je lah kereta tu , tak payah sibuk hal aku , jaga hal sendiri dah ah" balas Deeb dengan nada kasar

"Kau tk jawab lagi , kita pergi cafe kucing boleh kan?" soal Lya lgi

"Hmm mana mana je lah" jawab Deeb lalu menjeling Lya sekilas manakala Lya juga turut menjeling Deeb..

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka...

ADRIE&AINA POV

"Kita nk pergi mana?" soal Aina sambil tersenyum dan mengetuk jarinya pada pemegang pintu mengikut rentak lagu di radio

"Buat discussion lah" jawab Adrie dengan nada malas

"Hahahahahaha memanglah buat discussion tapi dekat mana?" soal Aina lagi dengan riangnya..

"Kau nk buat kat mana? Aku tk kesah aku ikut je" balas Adrie sambil menguatkan aircond keretanya..

"Aku suka tempat yg senyap , kat mana eh?" soal Aina sambil meletakkan jari didagu kononnya berfikir..

"Library awam?" soal Adrie

"Ha boleh lah , sambil tu bolehlah baca buku" balas Aina gembira kerana Aina sememangnya seorang yg minat tempat yg aman dan minat membaca..

"Okay good sebab aku pun mmg suka pergi library tu" balas Adrie dengan senyuman tipis

"Adrie , kenapa kau ni matang sangat?" soal Aina lalu memandang ke arah Adrie..

"Pengalaman menjadikan seseorang itu matang" jawab Adrie ringkas lalu dia berdehem dan memandang ke arah tingkap bahagiannya kemudian kembali memandang ke hadapan

"What do you mean by 'pengalaman'?" soal Aina dengan dahi yg berkerut seribu

"Private" jawab Adrie lalu Aina hanya mengangguk dan mereka meneruskan perjalanan ke perpustakaan awam dngn suasana canggung

RAZ&RIA POV

"Kau ni tak sakit gigi ke makan chewinggum je kerja?" soal Raz dingin ke arah Ria yg memang sejak mereka pertama kali berjumpa tak habis-habis kunyah chewinggum itu..

"Tak , gigi aku kuat" balas Ria selamba tanpa memandang ke arah Raz

"Kuatlah sangat" kata Raz sinis

"Kita nk buat discussion dekat mana?" soal Ria lalu memandang ke arah Raz

"Diam je lah , aku thu lah nk buat kat mana" jawab Raz dengan wajah pokernya

"Hmm..kau ni memang tak suka and tak pernah senyum eh? Tk habis habis ngn muka poker kau tu , hantu pun kalah" bebel Ria sambil tangannya bergerak membuka radio

"Bukan masalah kau if aku tak senyum and always poker , just mind your own bisnes" jawab Raz dingin lalu menjeling sedikit ke arah Ria

"Masalah aku jugak , sbb bila kau asyik buat muka poker and tk senyum and always dingin , benda tu akan tambah masalah pada org untuk fikir benda yg kau ckp tu truth or not , ikhlas or tak and kau happy ke tak" bebel Ria lagi panjang lebar sambil menukar nukar siaran radio sehingga terhenti pada siaran era yg mendendangkan lagu Hayalan

"Done? Dah habis bebel? So please shut up" arah Raz tanpa memandang muka Ria lalu dia mengeluh tanpa Ria sedari

"Ada lollipop lah..kau punya eh?" soal Ria sambil memandang ke arah Raz

"Ni kereta siapa?" soal Raz dingin
"Kau" jawab Ria blur
"Then?" soal Raz lagi kali ni dengan nada dan senyuman sinis

"So ni lollipop kau" balas Ria lalu meletakkan kembali lollipop tersebut di tempat yg dia ambil tadi

"Bukak kan lollipop tu" arah Raz
"Bukak lah sendiri , ada tangankan" balas Ria dengan nada geram tanpa memikirkan apa-apa..

"Kalau rasa nk excident , boleh je" jawab Raz selamba namun masih dengan muka pokernya itu

Lalu baru Ria tersedar jika Raz bukak sendiri siapa nk kawal kereta..

'Kebodohanmu terserlah Ria' kata hati kecil Ria

Lalu Ria pun membuka sebatang lollipop berperisa epal lalu memberikannya kepada Raz

Raz mengambil lalu terus memasukkan kedalam mulutnya..

"Sama-sama" kata Ria sengaja memerli Raz..namun Raz tidak terkesan dengan semua itu dan membuat tidak tahu saja lalu meneruskan pemanduannya..

DESTINATION

HAN&RIN POV

Han dan Rin kini selamat sampai ke destinasi mereka iaitu Arfiana's Cafe
Mereka mengambil beg mereka terlebih dahulu di seat belakang kemudian melangkah masuk ke dalam cafe tersebut...masuk sahaja mereka ke dlaam cafe itu semua org mula memerhatikan mereka sambil menutup mukut konon menahan tawa namun ada juga yg riak wajah terkejut..
Tetapi Rin dan Han tidak menghiraukan semua itu lalu mereka pergi ke kaunter terlebih dahulu

"Eh Han! Wow dtg bawak awek eh" usik akak yg menjaga counter itu. Tertulis di nametag perempuan itu 'Raisha'..

"Ahahaha haah tak lama lagi otw pelamin" gurau Han sekepala dengan akak itu lalu dia tersenyum mengusik ke arah Rin yg sudah mengeluarkan muka singa nya itu..

"Dah lah kau , pergi la tempat istimewa kau tu" kata kak Raisha itu menghalau Han sambil ketawa kecil

"Ouh wait bagi kitaorang ais lemon tea tau" pesan Han lalu mengajak Rin ke sebuah pintu dan di sebalik pintu tersebut ada banyak lagi meja dan kerusi namun lebih kelihatan minimalis..dan hanya ada beberapa org buat masa ini namun aman

"Ni tempat apa pulak?" soal Rin sambil menggaru kepala yg tidak gatal..

"Cafe lah" jawab Han selamba tiba tiba ada seorang perempuan dtg menghampiri mereka

"Han , kau dtg sini tk ckp dekat akak , haish budak ni" marah perempuan tersebut sambil menyekeh kepala Han dari belakang manakala Rin hanya diam sahaja dengan soalan yg penuh dibenaknya..

"Auch sorry ah Kak Ana , Han lupa nak inform" adu Han manja dengan perempuan tersebut

"Ish..eh ni siapa? Awek eh???" soal perempuan yg dipanggil Kak Ana itu sengaja mengusik Han

"Ouh lupa nk kenalkan , Rin ni kakak aku yg no 2 , nama dia Tengku Arfiana Namia but you can call her Kak Ana. And kak , ni kawan Han aka bakal future Han , Nurin tpi akak boleh panggil dia Rin or maybe adik ipar" gurau Han lalu tersenyum gatal ke arah Rin lalu Rin bangun dan bersalaman dengn Kak Ana..

"Amboi kau gatal eh Han , btw lawa awak ni. So korang datang sini nak buat apa? Study?" puji Kak Ana membuatkan Rin tersipu malu

"Haah Kak Ana , kitaorang ada kerja sekolah sikit nk kena buat , tk pe kan buat kat sini?" soal Rin sopan..of course lah kena sopan kang kuang aja kang terus kena reject jadi adik ipar..eh?! Okay okay back to the story

"Ouhh tk pe akak tk kesah pun buat lah apa korang suka" jawab Kak Ana sambil tersenyum manis lalu pergi meninggalkan mereka berdua di situ..

"So ni kedai kakak kau lah senang cerita?" soal Rin lalu memandang malas ke arah Han

"Yes! Dah jom start buat kerja.." kata Han

Lalu mereka berdua pun memulakan kerja mereka...

SKIP

Selepas 2 jam mereka membuat kerja tersebut , kini kerja mereka telah selesai..

"Siap pun , kau nk pergi mana-mana ke lepas ni?" soal Han sambil memandang Rindu yg sedang mengemas barangnya itu

"Tak kot , aku nk balik teruslah , penat" balas Rin dengan jujur memang dia penat , rehat time balik sekolah tadi 1 jam je..

"Okay then jom" kata Han lalu mereka melangkah keluar dari cafe tersebut lalu menaiki kereta semula tiba-tiba

"Aku rasa nk lepak KFC jap lah" kata Han lalu memandang Rin meminta persetujuan

"Boleh jugak lagipun aku lapar dari tadi tk makan , minum je kerja. Maklumlah mamat sekor ni kedekut belanja aku air je..harap je kaya" perli Rin manakala Han hanya tersengih dan mereka pun bertolak ke KFC

RIQ&SYU POV

Syu dan Riq sudah sampai ke destinasi mereka iaitu pantai ..
Syu sudah keluar dari kereta manakala Riq masih duduk di bahagian penumpang..

"Ish keluarlah! Nak aku bentang red carpet baru nak turun?!" marah Syu sambil mengetuk tingkap bahagiannya Riq lalu Riq mendengus geram..

"Pintu ni tk boleh bukaklah! Aku fikir nak tolong bukak! Ni tak! Tolong membebel je kerja!!" marah Riq

Lalu Syu teringat yg dia setkan supaya pintu di semua bahagian penumpang hanya boleh dibuka dari luar..

"Ouhh sorry sorry , aku lupa aku dah setkan pintu ni" kata Syu sambil membukakkan pintu untuk Riq

"Hmm" balas Riq lalu mereka pun me'lock' kereta lalu berjalan menuju ke arah meja dan kerusi di tepi pantai itu..

"Kat mana nak duduk? Banyak lagi tempat kosong ni" soal Syu

"Situlah sunyi sikit" kat Riq lalu menuju ke arah meja dan kerusi yg paling hujung..

"Okay jom"

SKIP

Setelah 2 jam lebih mereka membuat discussion akhirnya kerja itu pun siap

KRIUK~

"Err hehe jom pergi MCD" ajak Syu sambil tersengih memandang ke arah Riq yg sudah berdiri menggalas begnya itu

"Makan je kerja kau. Tk nk aku pergi MCD aku malas" jawab Riq selamba

Tiba-tiba..

KRIUK~

Perut Riq juga berbunyi menandakan yang dia sedang lapar

"Heleh tak nak konon , mulut kata lain perut kata lain" usik Syu sambil berdiri menggalas begnya

"Dahlah , tadi kata nk pergi MCD , cepatlah aku tengah baik ni" kata Riq mencover yg sebenarnya dia juga lapar..

Mereka pun bergerak ke arah kereta mereka lalu memandu ke MCD...

ARIF&ZERA POV

Arif dan Zera sudah tiba di Starbucks ..

"Zera kau nk minum air apa? Aku order , kau cari tempat duduk" kata Arif lalu menghulurkan begnya pada Zera menyuruh Zera agar membawa begnya sekali

"Aku nk cappucino je lah" kata Zera lalu mengambil beg Arif dan berlalu pergi mencari tempat duduk yg sesuai..

Manakala Arif di kaunter pula

"Kak saya nak order americano 1 and cappucino 1" order Ariff

"Okay , eh awak ni Arif dari THE PRINCE kan? Nak ambik gmbr boleh?" soal Akak itu lalu mengeluarkan phonenya..

"Ouh boleh je" jawab Arif lalu tersenyum manis kemudian Arif berwefie dengan akak itu

"Okay thanks and nama apa nk letak kat cawan?" soal akak itu

"For americano just write my name and for cappucino write 'Zera' " jawab Arif

selepas mengucapkan thanks , Arif terus pergi ke arah Zera yg sudah mengeluarkan pensil case dan semuanya itu

"Nah air kau" kata Arif sambil menghulurkan air cappucino Zera

"Thank you" ucap Zera lalu mengambil cawannya dari Arif

Lalu mereka pun memulakan projek mereka itu dan dalam masa 2 jam mereka berjaya menyelesaikan tugas berikut

"Akhirnya siap pun projek ni" kata Zera sambil menguap

"Tulh punya lama nak siapkan benda alah ni je" jawab Arif lalu menyedut air americano nya

"Mmm lepas ni terus balik dorm ke apa? Or kau nk singgah mana-mana dulu?" soal Arif lagi

"Hurmm...singgah Subway jap boleh? Aku nk beli cookies" soal Zera..

"Okay boleh je , sambil tu aku boleh beli sekali" kata Arif sambil tersenyum

"Hahahah apa apa jelah" kata Zera sambil ketawa..

DEEB&LYA POV

Selesai Lya memarking keretanya , dia dan Deeb pun keluar serentak lalu memasuki cafe kucing itu..

Mereka memilih meja paling hujung which is paling senyap dan kucing lebih banyak disitu..

Mereka mengorder minuman terlebih dahulu

"Nak order apa?" soal seorang lelaki

"Bagi saya latte green tea and..kau nk minum apa?" soal Lya kepada Dee

"And lemon tea , just that thank you" kata Deeb

Lalu mereka berdua pun memulakan tugasan mereka sambil menikmati kelazatan air yg mereka order tadi

SKIP

Setelah hampir 2 jam , mereka berjaya menyiapkan tugasan berikut

"Wey , kau nk pergi mana mana ke? Aku rasa member kita beluk balik lagi skrg ni" soal Deeb sambil melihat jam

"Hmm boleh lah tapi nk pergi mana?" soal Lya lalu bangun menuju ke kereta diikuti Deeb

"Jap aku fikir tempat apa yg best kat sini" kata Deeb

Manakala Lya hanya menunggu jawapan dari Deeb

"Ha! Kita pergi KLCC lah , dah lama aku tk pergi sana , aku nk pergi Aquaria" cadang Deeb

"Okay boleh je , jom , nah kau drive" kata Lya sambil menghulurkan kunci keretanya

"Asal aku pulak? Ni kan kereta kau so kau lah drive" balas Deeb dengan muka tk puas hati

"Amboi sedap mulut je kau ni bila bercakap an? Aku dh tolong drive dari dorm sampai sini then belanja minum semua tu. Haish dahlah sengket pastu mintak orang drive pulak" marah Lya

"Kau kata aku sengket?! Tengkorak kau lah! Fine bak sini kunci" kata Deeb mengalah lalu mengambil kunci kereta yg diserahkan oleh Lya itu..

Mereka pun masuk kedalam kereta kemudian Deeb memulakan pemanduannya ke KLCC

Di dalam perjalanan itu Lya terlelap kemudian apabila sudah sampai di KLCC

"Jom dah sampai" kata Deeb sambil membuka seatbelt nya namun tiada balasan yg ada hanyalah kesunyian

Dia pun melihat ke arah Lya dan rupanya Lya terlelap..

"Muka je lawa tapi perangai macam setan" bisik Deeb perlahan

"Woi Lya! Bangun! Dah sampai!" kejut Deeb lalu Lya pun terus membuka mata

SKIP DALAM AQUARIA KLCC

"Wey tengok ikan tu macam muka kau lah ahhaha" kata Lya sambil menunjuk ke arah ikan pari yg berada di sebalik dinding kaca itu

"Kau samakan aku dengan pari?! Habis kau tu? Mcm ikan buntal" balas Deeb semula

Dan mereka pun meneruskan aktiviti mereka di dalam Aquaria tersebut..

ADRIE &AINA POV

Setelah beberapa minit memandu kini mereka tiba di perpustakaan awam lalu mereka memarking kereta dan berjalan masuk kedalam perpusatakaan tersebut

Apabila masuk sahaja mereka terus naik ke tingkat atas dan mengambil meja di tempat yg tidak ramai orang..

"Okay jom start buat , cepat siap cepat boleh balik" kata Adrie

"Okay" jawab Aina

Lalu mereka pun membuat tugasan itu bersama-sama..

Setelah 2 jam melakukan tugasan itu mereka pun selesai menyiapkan semuanya tanpa tinggal sedikit pun

"Nak balik skrg ke?" soal Aina sambil mengemas bukunya

"Entah , kau?" soal Adrie semula lalu duduk bersandar pada kerusi kayu di perpustakaan itu

Kini jam sudah menunjukkan pukul 6.07

"Aku kalau boleh nk baca buku dalam ni tpi kalau kau nk balik tk pelah" kata Aina dengan nada sayu lalu tersenyum tawar

"Ouhh tk pelah baca je , aku pun nk baca buku dalam ni , lagipun Arif chat aku kata diorang balik lambat sikit , Riq , Deeb and Han pun ckp mcmtu" jelas Adrie panjang lebar

"Okay yeay" sorak Aina perlahan

Lalu mereka berdua pergi mencari buku untuk dibaca..

RAZ&RIA POV

Raz dan Ria kini berada di kawasan bukit namun bukit yg tidak terlalu tinggi , hanya sedang sedang sahaja..

"Buat apa kat kawasan bukit ni?" soal Ria pelik lalu mengikut Raz keluar dari kereta..

"Kita buat discussion kat sini" balas Raz dengan nada beku

"Jom" ajak Raz lalu Ria mengikut sahaja langkah Raz yg menaiki tangga sedikit kemudian mereka sampai di atas bukit itu , mata Ria automatik terbuka luas melihat kawasan atas bukit itu dipenuhi dengan bunga-bungaan

"Wow lawanya!!! Pandainya kau pilih tempat!!" sorak Ria lalu berjalan meninggalkan Raz dibelakang

"Hmm...kita buat kat atas rumput ni je , dont worry aku dh bawak kain untuk lapik" jelas Raz dengan wajah sinisnya lalu mengeluarkan sehelai kain dari dalam beg galasnya dan Ria perasan Raz membawa sebuah beg camera DSLR namun dia hanya diam sahaja

Raz membentang kain tersebut lalu Ria dan Raz mula membuat discussion mereka atau lebih tepat kerja kumpulan mereka

Setelah 2 jam membuat kerja kumpulan tersebut akhirnya mereka berjaya menyiapkan tugasan itu lalu Raz mengeluarkan camera DSLR nya dan menangkap gambar pemandangan senja dari atas bukit tersebut

"Kau mmg suka tangkap gambar eh?" soal Ria sambil mengunyah chewinggum dan melihat ke arah Raz

"Thats my hobby" kata Raz tanpa memandang ke arah Ria

"Ouhh hobby , kau tak nak balik lagi ke?" soal Ria sambil menyandang beg dan berdiri

"Kita duduk sini dulu , diorang tk balik lagi , diorang balik lambat" balas Raz dengan nada dingin lalu dia mengeluarkan dua paket keropok dari begnya dan memberikan satu kepada Ria serta sekotak susu Dutch lady coklat

"Macam tahu tahu je aku lapar" kata Ria perlahan

"Kau bawak scetch book? " soal Raz lalu mengangkat sebelah keningnya..

"Haah , aku suka melukis so yeah memandangkan kau tk nk balik lagi boleh lah aku lukis pemandangan ni" jelas Ria panjang lebar

"Hmm ouh" balas Raz lalu dia kembali memegang kameranya dan terus menerus menangkap gambar

"Kau nk jadi photographer ke?" soal Ria sambil melukis pemandangan senja pada waktu itu

"No" jawab Raz sepatah lalu Ria memandang Raz dengan muka bosan

"Hbis tu? Jadi pilot?" soal Ria tiba tiba menyebut tentang pilot dengan nada sinis

"Apa pun ambition aku , semua tu takde kena mengena dengan kau" balas Raz namun kali ini nadanya agak kedengaran kasar..

"Okay" balas Ria namun dalam Ria tidak sedar , Raz mengambil gambarnya yg sedang melukis dikelilingi bunga pelbagai warna dan jenis

'Perfecto' detik hati Raz

"Ria" panggil Raz

Ria memusingkan kepala menghadap Raz dan...

CLICK!

"Apa masalah kau!!" marah Ria lalu cuba mengambil camera Raz untuk memadam gmbr tdi

"Kesah apa aku" jawab Raz sambil mengangkat tinggi kameranya supaya tidak dapat digapai oleh Ria yg sememangnya pendek itu..

"Ish cipan!! Padam lah" marah Ria

"Taknak" balas Raz sambil menggeleng dengan pokerface nya.

Dan mereka pun bergaduh disitu akibat gambar tersebut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience