A3(PART 8)NS

Young Adult Series 2384

Jam kini menunjukkan tepat pukul 7.30 malam. A3NS & THE PRINCE masih belum pulang ke WOLFIN PRIVATE DORM..

HAN&RIN POV

Han dan Rin kini dalam perjalanan pulang ke WOLFIN PRIVATE DORM. Mereka baru sahaja selesai makan , minum dan bergaduh sedikit di KFC..

"Rin , bukak radio Ria ni jap , pastu kau tekan button bluetooth tu" arah Han tanpa memandang ke arah Rin

Rin yg sedang termenung itu terus tersedar dan tangannya mula bergerak ke arah radio kereta Ria itu..

"Dah , bak phone kau" pinta Rin sambil menghulurkan tangan ke arah Han yg focus memandu itu

"Mcm tau tau je aku nk connect kat phone , kuatnya Chemistry kita huhu" kata Han menggedik lalu dia mengambil phonenya dari poket seluar slacknya

"Eeee perasan gila kau ni , ini bukan sbb Chemistry lah! Aku tau lah kau nk connect kat phone kalau tk kau nk connect ke mana bluetooth radio ni!" marah Rin lalu mengambil kasar phone Han..

"Aku kalau ikutkan nak je connect bluetooth radio ni ke hati kau supaya aku dpt dengar degupan jantung kau , hehe sweet an aku" kata Han perasan sambil tersengih sengih manakala Rin disebelahnya hanya menjeling

"Ni apa password kau?!" tanya Rin masih dengan nada marah

"I love you" kata Han selamba membuatkan Rin menyinga

"Aku tanya betul betul lah!!!" marah Rin membuatkan Han menutup telinga kirinya dengan sebelah tangan

"Betullah I love you!" balas Han sambil memandang ke arah Rindu dengan muka yg berkerut

"Aku tanya password kau bukannya suruh kau ckp i love you dekat akulah!" marah Rin lagi

"Erk hahahaahahahahhahaahah!! Wey aku maksudkan 'iloveyou' tu password akulah. Bukannya aku ckp i love you kat kau" kata Han sambil gelak terbahak bahak manakala Rin sudah menunduk memandang phone Han kerana malu..

"Cakaplah awal awal! Heish!" marah Rin lalu membuka phone Fan kemudian membuka gallery lagu

"Bukak lagu BTS boy with luv tu" arah Han

"Kau army eh?" soal Rin sambil menahan tawa lalu membuka lagu BTS tersebut kemudian lagu boy with luv pun bergema di dalam kereta itu

"Mana ada , aku minat satu lagu tu je" balas Han tpi dia kelihatan gugup

Lalu setelah beberapa saat mereka mendiamkan diri..

"Ish!" rungut Han sambil membetulkan duduknya dengan muka yg tidak selesa

"Kau dh kenapa? Drive tu elok elok lah" tegur Rin yg rimas melihat Fan tidak reti duduk diam itu..

"Aku rasa tak selesa lah , dari first time naik kereta ni dh rasa tk selesa" kata Han lalu kembali fokus ke pemanduannya

"Dahlah , kau ckp mcm tu aku dah rasa seram. So diam" kata Rin hampir marah kerana Rin sememangnya seorang yg mudah takut

TING!

Bunyi notification daripada phone Rin menyentakkan lamunannya lalu Han memandang ke arah Rin kemudian kembali focus memandu..

"Siapa tu?" soal Han selamba

"Sibuk je kau!" marah Rin lalu dia membuka aplikasi whatsappnya

_________________________________________

??A3NS??

Lya??
Rin.., Kau gi KFC an? So time nk balik tu mesti kau ada jumpa Tealive an?? Belikan aku Tealive wey..plishh nnt aku byr balik??

Zera?
I want too!!! Beli mcm biasa tu tau , kau tau an aku suka apa heheheh??balik rumah nnt kitaorang byr??

Syu??
Dont forget me too sistur??aku punya sama ngn Zera au au..nnt kau blik aku byr lebih , muah??

Aina??
Aku pun nak!! Kalau kau ckp tk nk beli pun kau kena beli jugak??saaaaaaayang kau muah muah????

Me (Rin)
Time ni baru nk syg!Hergh ,
sape tk bayar standby! Aku gantung
korang kat kipas siling dorm tu!??????

__________________________________

"Han , japgi pergi Tealive jap" kata Rin sambil menyimpan phone nya kedalam poket

"Buat apa?" soal Han

"Member aku nk Tealive" jawab Rin ringkas , malas nk jawab panjang-panjang

"Okay!" jawab Han sambil membuat tabik hormat manakala Rin hanya menjeling sambil menggeleng kepala

RIQ&SYU POV

Mereka berdua kini masih berada di MCD sambil bermain phone , mereka sampai agak lambat kerana traffic jam

"Jomlah balik , dah dekat pukul lapan dah" kata Syu sambil menyimpan phone nya di dalam beg dan menghirup air cokenya sehingga habis

"Aku ingat dh tak nak balik tadi" perli Riq sambil turut menyimpan phonenya kedalam poket jeans yg dipakainya itu

"Eh mmg! Kalau boleh aku nk bawak bantal selimut semua tu ha tidur sini terus!" balas Syu semula sengaja menyakitkan hati Riq

"Ouhh okay tinggal je lah dekat sini..bye" kata Riq lantas mengapai kunci kereta Syu lalu pantas melangkah meninggalkan Syu yg masih duduk itu..

Syu yg melihat tindakkan Riq itu pantas bangun lalu mengejar langkah Riq yg berkaki panjang kalah flamingo itu..

"Wey tunggu lah! Riq!! Oi!!" jerit Syu setelah keluar dari Mcd dan mengejar Riq yg sudah masuk ke dalam kereta bahagian pemandu itu...

Lalu dengan pantas Riq menutup pintu

"Eh bukan tadi kata nk tidur sini ke?" soal Riq masih dalam nada perlian selepas menurunkan tingkap kereta itu

"Kau cuba tengok kau duduk kat mana?" soal Syu sambil menjongketkan sebelah keningnya

"Tempat pemandu lah!" balas Riq garang

"Then?" soal Syu lagi lalu pantas dia berlari menuju ke tempat sebelah pemandu dan menerjah masuk..

"Then what?" soal Riq lagi sambil memandang ke arah Syu dengan dahi yg berkerut

"Then......kau lh yg kena drive Muaahahahahahahah!!!!" kata Syu sambil gelak terbahak bahak kemudian memakai seatbelt

"Mmg aku nk drive pun , kau dh kenapa? Gila?" soal Riq selamba lalu menghidupkan engine kereta itu...

"Erk..hmm" hanya itu sahaja yg dibalas Syu dengan nada menyampah kerana usikkannya tidak menjadi , kalau kawannya yg lain buat jadi je everytime , sampai dia selalu tk menjadi..

Riq pun memulakan pemanduannya dengan berhati hati (lah sangat)..

"Pergh sejuk gila kereta kau ni" kata Riq sambil konon menggosok lengannya..

"Sejuk? Panas ah..apa yg sejuknya kau ni?" balas Syu lalu memandang ke arah Riq dengan dahi yg berkerut seperti org tua umur 100 thun (gurau)

"Kau rasa kenapa panas?" soal Riq

"Sbb aircond aku no 1 je?" soal Syu blur sambil memandang ke arah Riq

"Haish! Aircond kau ni jngn kata no 1 ke 4 ke berapa! Memang tk bukak langsung dari tadi pun!" balas Riq sambil menggaru kepala yg tidak gatal

Dari tdi dia perli Syu tetapi Syu masih tidak dpat menangkap maksudnya itu

"Ouhh haah! Lupalah" kata Syu lalu tangannya bergerak ke arah aircond dan membuka ke no 2

"Wey Riq! Japgi pergi dunkin donut boleh?" soal Syu sambil cuba membuat muka comel

Namun muka 'comel' Syu itu tidak dipandang Riq kerana Riq masih lagi focus ke pemanduannya..

"Kau nk buat apa lagi kat dunkin donut tu? Kan dh makan Mcd tadi!" soal Riq dengan nada malasnya itu

"Alaa aku kesian kat member member aku tu , manalah tahu member kau tu tk bawak diorang makan ke an" kata Syu namun itu semua hanya alasan , yg sebenarnya dia masih lapar..

"Tk payah nk membohong , kau ingat aku tak tahu kau lapar lgi?" balas Riq sambil tersenyum sinis memandang Syu

"Macam mana kau tahu?" soal Syu dengan mata yg disepetkan

"I'm not stupid already. Member aku semua bawak diorang pergi makan kecuali Raz sbb dia bwk snack makan dngn Ria tadi" jelas Riq

"Ish! Ha Ria makan snack je?! Mana cukup , minah tu dh lh kuat makan"
Kata Syu lagi cuba menambah alasan sebanyak yg mungkin

"Kau yg kuat makan sibuk tuduh kawan kau pulak , kau tengok diri kau ni dah macam dough terlebih yis"
Balas Riq selamba

"Tapi..." baru sahaja Syu ingin membalas , Riq segera memotong

"Tk percaya? Kau tunggu eh aku call Raz" kata Riq sambil mendail no phone Raz

Tutt tutt..

"Hmm nak apa?" kedengaran suara garau Raz di corong phone membuatkan Syu percaya yg memang betul Riq meng'call' Raz

Riq sengaja membuka pembesar suara supaya dapat didengari oleh Syu...

"Raz , kau ngn Ria dh makan ke belum?" soal Riq dengan nada yg selamba lalu dia menjeling sedikit kearah Syu

"Dah" jawab Raz dengan nada dingin

"Kau ngn Ria makan apa?" soal Syu pulak

"Kitaorang otw balik dari PizzaHut" jawab Raz masih dengan nada dinginnya

"Kau ada beli lebih ke Raz?" soal Riq lagi sbb kalau boleh dia memang malas nk berhenti kat dunkin donut..penat

"Ada" jawab Raz sepatah

"Okay" jawab Riq

Toot!

Talian dimatikan oleh Raz selepas mendapat jawapan okay dari Riq

"Puas hati? Aku tk kesah , aku penat. Terus blik dorm" ujar Riq dengan nada selamba namun ianya bukan alasan , dia memang betul betul penat..

'Annoying ah mamat ni , kacau hidup aku je , tk pernah ada org buat mcm ni kat aku' bisik hati Syu sambil menjeling ke arah Riq

'Makan je kerja minah ni , patutlah takde org nak' bisik hati Riq pula lalu mereka meneruskan perjalanan ke WOLFIN PRIVATE DORM

ARIF&ZERA POV

Mereka berdua kini masih berada di dalam kereta , kenapa 'masih'? Sbb Arif and Zera sedari tadi tidak jumpa jalan pulang ke Dorm..

"Zera , kau cuba search waze sekali lagi" arah Arif sambil memandu entah kemana

"Dah , but still sesat kat sini , nak letak alamat apa lgi kat waze ni?" soal Zera

"Ermm..cuba kau taip WOLFIN PRIVATE HIGHSCHOOL pulak , sbb dari situ kita dh thu jalan balik" kata Arif lalu memandang ke arah Zera sekilas

"Jap eh..............okay dah" kata Zera

"Oky meh sini phone kau aku tengok" minta Arif lalu setelah phone Zera berada di tangannya , dia pun memandu mengikut arah yg ditunjukkan oleh waze tersebut..

"Sorry tau Arif , kalau aku tak ajak kau pergi Subway tadi mesti kita tak sesat" kata Zera dengan nada sayu sambil menunduk

"Hey , its okay , aku tk kesah pun , lagipun kalau kita balik awal tdi , bukan boleh masuk rumah pun kan? Kunci kita semua ada dekat Aina and Adrie" balas Arif untuk menenangkan Zera namun dia sememangnya tidak kesah pun sesat ni , lagi dia suka. (Eh?)

"Betul ke? Mesti kau penat kan? Dah lah balik sekolah tdi rehat berapa jam je then kita keluar. Yg time buat projek tu pun kau je banyak keluar idea. Aku tolong tulis je" kata Zera lagi , Zera yg sememangnya mudah rasa bersalah itu mmg akan minta maaf ataupun memujuk selagi hatinya tidak tenang..

"Zera , hear this carefully. Aku tak penat pun , aku tk pernah penat untuk bahagiakan org disekeliling aku. Please dont blame yourself. Lagipun niat kau nk pergi Subway tadi pun baik..kau bukan beli untuk kau sorang je cookies tu , kau still beli untuk member kau. And aku pun memang dh lama nk makan cookies tu so tiada sesiapa yg bersalah okay? Stop blaming yourself Zera.." pujuk Arif dengan nada yg lembut , dia memang tidak suka jika seseorang asyik menyalahkan diri sendiri kerana kesiankan dia...

"Okay , thankyou" kata Zera sambil tersenyum kecil memandang Arif

"Welcome" jawab Arif dengan senyuman yg manis

'Aku tenang sangat dengan kau Arif , tk pernah mana mana lelaki treat aku mcm kau buat' detik hati kecil Zera sambil memandang ke luar tingkap

'Kau dah tumbuhkan bunga dalam hati aku Zera , taman sudah sememangnya ada tpi org yg menyiramkan bunga supaya bunga itu hidup baru je muncul , org itu adalah kau' desis hati Arif lalu dia pun tersenyum

DEEB&LYA POV

Lya dan Deeb baru sahaja keluar dari kedai makanan ringan dan tangan Lya kini penuh dengan segala jenis makanan , namun bukan untuk dia seorang..dia beli untuk memenuhi fridge di dalam dorm A3NS itu

"Haih banyak betul makan snack" kata Deeb selepas Lya melangkah masuk kedalam kereta selepas meletakkan kesemua makanan ringan tersebut kedalam boot.

"Biarlah , kalau kau nk aku boleh je bagi" jawab Lya sambil tersenyum sinis

"Tk ingin aku , tk elok untuk kesihatan , nnt kalau sakit , hilang habis sado aku ni" kata Deeb dengan muka confident tahap babun

"Eee badan mcm sotong ni kau kata sado? Otot pun tkde ada hati nk kata diri tu sado" balas Lya dengan riak wajah seperti hendak muntah

"Eh! Kau apa thu? Tkkan nk suruh aku bukak baju tunjuk kat kau segala sixpack aku ni" kata Deeb dengan muka yg boleh dikatakan riak mengugut

"Eleh , acah je lebih. Dah ah malas aku nk layan kau , aku nk tidur nnt kalau dh sampai jangan lupa kejut. Kalau kau tk kejut siap kau aku cincang cincang" ugut Lya namun ugutannya tidak diendahkan oleh Deeb

"Kalau tk kejut siap kau aku cincang cincang..blablabla~" ejek Deeb menganjing kata kata Lya tadi lalu Lya terus memberikan jelingan maut tahap dewa kepada Deeb kemudian dia terus menurunkan seat keretanya dan dalam sekelip mata dia sudah terbang ke alam lain menaiki babi terbang (gurau)

"Susah betul bwk org kuat tidur ni , nasib ada radio. Minta mintalah jodoh aku bukan ngn pompuan kaki tidur , kalau tidak baik aku kawin ngn radio je lah." bebel Deeb sendirian lalu dia membuka radio dan menukar siara sehingga kedengaran lagu Baby nyanyian justin bieber

'Lagu ni...' bisik hati kecil Deeb lalu dia menggelengkan kepala dan kembali focus ke arah pemanduannya

Lalu secara tiba tiba Lya bangun semula..

"Cepat nya bangun?" soal Deeb sambil menjongket sebelah keningnya

"Tk boleh tidurlah pulak , hurm ni lah akibat tidur siang tadi , terus tk boleh tidur malam" jelas Lya sambil menaikkan semula seat keretanya lalu membuka sepaket snack Mr Potato..

"Bak sikit keropok tu" minta Deeb sambil menghulurkan tangan ke arah Lya

"Tak boleh lah , nnt hilang badan sado kau tu lagipun tk baik untuk kesihatan!" ceramah Lya namun sebenarnya dia mahu memulangkan paku dulang paku serpih kepada Deeb atau lebih tepat memerli

"Ish yelah yelah! Kau menang , dah bak sini sikit" kata Deeb mengalah kerana sudah malas untuk bergaduh lagi lagi apabila badan sudah letih

"Nah" Lya pun menghulurkan plastik keropok tersebut kepada Deeb dan Deeb pun menyeluk tangan kedalam paket tersebut dan mengambil segenggam keropok tersebut sehingga ada yg hancur

"Ish apa ni?! Ambik lah betul betul!" marah Lya lalu sambung makan keropok tersebut

"Betullah cara aku ambik tu , guna tangan. Bukannya aku ambik guna kaki pun" balas Deeb selamba lalu Lya hanya menjeling dan bermain dengan phonenya..

Mereka meneruskan perjalanan dengan ditemani oleh lagu di corong radio..

ADRIE&AINA POV

Mereka berdua masih lagi membaca buku di perpustakaan tersebut dengan asyiknya sehingga tidak sedar kini sudah pukul 8 lebih..

Zzzz! Getaran daripada phone Adrie mengganggu dia membaca lalu dia pun mengambil phonenya dn membuka notification whatsapp dari THE PRINCE

_________________________________________
??THE PRINCE??

RIQ??
Drie , kau dh balik ke belum? Cpt sikit balik , kitaorang semua dh otw , kalau kau tk sampai kitaorang tk leh masuk rumah kang..

HAN??
Haah cpt tho , aku letih gila babun ni..

DEEB?
Haah cpt balik! Aku penat gila rasa macam dh nk beranak dh ni

RAZ??
Tak sangka kau ni betina

DEEB?
Ofcourse lah bie , you baru tahu ke syg???

_________________________________________

Adrie hanya menjadi cctv sahaja di dalam group itu lalu dia melihat jam di phonnenya itu

'WHAT?! DAH PUKUL 8.28!' jerit hati Adrie

"Aina , jom balik! Dah lambat" ajak Adrie dengan nada berbisik tetapi cemas

"Alaa aku baru nk habiskan buku ni" rungut Aina sambil membuat muka tk puas hati

"Ish jomlah! Tk payah nak mengade!" marah Adrie dengan nada berbisik takut mengganggu org lain..

"K fine" balas Aina lalu mereka berdua meletakkan buku ditempat yg mereka ambil tadi dengan pantas mereka terus keluar dari perpustakaan awam tersebut dan menaiki kereta BMW Adrie

OTW..

"Adrie , kita singgah kat ..." belum sempat Aina ingin menghabiskan ayatnya , Adrie terus memotong dengan tegas..

"Tak de singgah singgah , diorang dh otw balik kau tau tak? Kita yg leka sampai tk sedar dah malam" jelas Adrie dengan nada malas tetapi tegas

"Alah biar ah diorang tu duluu , aku lapar ni" kata Aina sambil memuncungkan mulut

"Kawan kau semua dh beli makanan dah! Makan je lah kat dorm!" balas Adrie lalu menggaru kepalanya yg tidak gatal itu

"Apasal kau kabut sangat ni? Kalau diorang otw pun kenapa?" soal Aina sambil mengerutkan dahi memandang Adrie

"Kunci dorm THE PRINCE dengan geng kau dekat kita! Kalau kita balik lambat diorang tk boleh masuk lah rumah!" kata Adrie namun kali ni nadanya seperti org yg sedang marah

"Okay....fine dah kalau nk balik snagt"
Kata Aina dalam nada merajuk lalu dia menutup konon ingin tidur..

"Aina sorry lah, aku teremosi. Aku just kesian kat diorang je , diorang lagi penat , diorang lamgsung tk sempat rehat sangat tadi. Aku je yg sempat tidur sekejap..sorry ah wey" kata Adrie dengan muka bersalah

"Hmm" hanya itu sahaja yg dibalas Aina

"Wey , jangan ah buat aku rasa bersalah..sorry lah" pinta Adrie lagi

"Hmm bawak je ah kereta tu diam diam" balas Aina masih lagi dengan nada rajuknya
Adrie hanya mengeluh dan kembali menyambung focus kearah pemanduannya

RAZ&RIA POV

Kini Raz dan Ria baru sahaja melangkah keluar dari Pizza Hut bersama 2 kotak pizza..

DI DALAM KERETA

"Raz , nnt pizza ni satu untuk THE PRINCESS and satu untuk aku kan?" soal Ria dengan nada selamba tanpa secalit senyuman dibibirnya..

"THE PRINCE. Memandai kau je tukar nama , and satu kotak lagi tu bukan untuk kau tpi untuk geng kau! Fhm?" jelas Raz dengan nada dingin dan pokerfacenya..

"Apa apalah , wait asal kereta kau perlahan ni?" soal Ria dengan dahi yg berkerut

"Maybe kau terlampau berat" jawab Raz selamba

"Aku tanya betul betullah!" marah Ria lalu memusingkan badannya memandang ke arah Raz

"Aku rasa ada benda tumpang kita" jawab Raz sekilas dengan wajahnya yg masih poker namun terlihat seperti lebih tegas

"Kau janganlah takutkan aku!" marah Ria lagi dengan mata yg makin memerah

"Aku bukan nak takutkan kau! Habis tu sbb apa lgi yg buat kereta aku lembab!" soal Raz dengan nada yg masih sama dingin dan tegas

Ria memusing ke hadapan semula namun tangannya terlanggar handbreak di antara dia dan Raz

"Kebabunan apakah ini? Kau tak turunkan handbreaklah chipanzi!!" marah Ria lalu membantu menurunkan handbreak tersebut

"Ouhh" hanya itu sahaja yg dibalas oleh Raz tanpa memandang ke arah Ria..

Mereka diam beberapa saat lalu secara tiba tiba Ria menanyakan soalan kepada Raz

"Raz , kenapa time parents kita dtg dulu tu kau mcm tk suka dengan ibu kau?" soal Ria dengan selamba

"She's not my mom" jawab Raz dengan poker facenya

"Then siapa dia?" soal Ria lagi kini matanya betul betul menghala ke arah wajah Raz walaupun dalam gelap..

"No need to know" jawab Raz selamba..

"Kau tk ada boyfriend ke?" soal Raz sengaja ingin menghilangkan kesunyian..

"Cepat ah sikit sampai dorm , aku penat ah" kata Ria sengaja mengubah topic , Raz perasan akan hal itu namun dia hanya mendiamkan diri sahaja..

"Bosanlah dengan kau ni" kata Ria selamba lalu mengalihkan pandangan ke luar tingkap

"So?" soal Raz sengaja mahu menyakitkan hati Ria

"Cuba kau tu banyak ckp sikit! Senyum ke apa ke , buat lawak ke..bosan lah dengan kau ni MR POKER!" bebel Ria sambil mengetuk jarinya pada dashboard..

"Perlu ke? Perlu ke aku buat semua tu? Okay lgilah Mr poker dari kau tu Miss Ghost?" soal Raz lagi

"Dahlah malaslah aku nk layan kau ni" rungut Ria lalu menutup mata..

"Jangan tidur!" arah Raz sambil menolak kepala Ria menggunakan jari telunjuknya

"Ish haram lah! Kau tk tahu dosa ke sentuh anak dara org?!" marah Ria

"Aku sentuh tudung bukannya kena kau pun , tak payah nk over sangat" balas Raz selamba..

"Dah kalau tak bgi tidur kau nk suruh aku buat apa?!" marah Ria lagi

"Borak lah dengan aku" kata Raz dengan riak pokernya (penat author tk habis habis poker??)

"Borak ngn kau dpt apa je? Bosan , kau bukan reti berborak pun" jawab Ria dengan malas

Tiba tiba Ria baru perasan bahawa jalan yg mereka lalui ini akan lalu dihadapan Baskin Robbins

"Raz!!!! Nnt pergi Baskin Robbins jom!" jerit Ria namun bukan dengan riak riang , tetapi riak yg lebih kurang biasa tetapi teruja

"Malas" balas Raz

"Sekejap je! Aku belanja!" kata Ria sambil mengangkat tangan seperti sedang berikrar

"Kau nk chewinggum ke ice cream?" soal Raz lalu tangannya menyeluk poket seluar slack hitam nya

"Why?" soal Ria lalu Raz mencampakkan 2 kotak kecik chewinggum kegemaran Ria

"Siapa punya ni?" soal Ria lalu mengangkat dua keping kotak chewinggum itu

"Chipanzi sebelah rumah kau punya" balas Raz lalu menjeling ke arah Ria

"Ouhh kau punyalah ni an..sbb kau sekor je cipanzi yg aku kenal" balas Ria selamba lalu dia memasukkan chewinggum tersebut kedalam poketnya

"So tk payah mengada nk pergi Baskin Robbins dah" kata Raz lalu dia terus memecut ke WOLFIN PRIVATE DORM

"Kau nk mati awal ke?! Slowlah sikit!! Aku belum makan lagi chewinggum perisa Honeydew!! Janganlah laju sangat!! Kempunan aku kat akhirat nnt woi!!!!" jerit Ria

Bukan over tapi Raz bawak memang terlampau laju , mentang mentanglah kereta tak banyak semua dia main celah je

Namun Raz hanya mengendahkan jeritan Ria lalu terus memandu dengan muka pokernya

'Bising betul hantu sekor ni , nasib bukan jenis bising menggedik! Mulut bukan main laser , nasib lah sape kena kawin ngn kau nnt miss ghost!'
Bisik hati kecil Raz namun riak wajahnya bertukar kepada sinis lalu menjeling Ria disebelahnya yg sedang menutup mata

'Babunlah mamat poker ni!!!!! Aku tknk mati awal!! Kawin pun belum lagi ni!!' jerit hati kecil Ria sambil.menutup mata..

SKIP

AUTHOR POV

WOLFIN PRIVATE DORM

Kini Arif , Zera , Lya , Deeb , Syu dan Riq sudah pun tiba di parking lot WOLFIN PRIVATE DORM , entah macam mana boleh sampai serentak..

Keluar sahaja daripada kereta , mereka pergi ke arah geng masing masing

"Woi! Korang nk pergi mana?" soal Deeb kepada Lya , Zera dan Syu yg berjalan ke arah lift itu

"Naiklah masuk dorm , apahal?" soal Lya

"Tunggulah member korang lgi 3 org tu , lgipun kunci kat Adrie ngn Aina kan , kau naik pun tk de guna" kata Riq

"Haah jugak , guys kita tunggu diorang la kat sini" kata Zera lalu memandang ke arah Syu dan Lya meminta persetujuan

"Okay!" balas Syu dan Lya serentak lalu mereka pergi kearah kereta Lya dan Syu dan memanjat duduk di atas boot seperti Riq , Deeb dan Arif

Beberapa minit kemudian tiba 2 buah lagi kereta iaitu kereta Raz dan Han..
Mereka memarking kereta bersebelah kereta geng mereka..

Ria dan Raz adalah yg pertama keluar dari kereta sebelum Han dan Rin..

"Kau dah kenapa Ria? Terhuyung hayang jalan , kau bawak Ria pergi mana ha Raz?!" soal Syu lalu memandang ke arah Raz

"Bukanlah haish , otak tu positif sikit. Mamat poker ni bawak kereta mcm nk terbang pergi kubur terus tadi tu yg aku takut tu" kata Ria dengan nada geram lalu memandang ke arah Raz dengan pandangan tajam dan Raz hanya membuat tidak tahu lalu membalas pandangan Ria dengan pandangan pokernya..

Riq terus menyiku tangan Raz seleoas mendengar pernyataan Ria itu

"Kau ni sejak bila nk bercakap dengan perempuan, kacau perempuan segala bagai ni? Kau suka dia?" soal Riq dengan nada pelik lalu memandang ke arah Raz yg sedang bermain phone itu dengan wajah yg beku

"No and never" jawab Raz dengan nada tegas , ianya bukan gurauan atau apa sekali pun , dia memang sudah tiada perasaan pada manusia bernama perempuan , yg ada cuma benci dan dendam..dia hanya sayang seorang sahaja didalam hatinya..

"Raz , not every girl is same like 'her's' " pesan Deeb memandang ke arah Raz dengan pandangan yg boleh dianggap sayu

"Stop it" kata Raz lalu dia memakai headphonennya

"Ish Rin dengan Han ni tk mau keluar ke?!" soal Ria dengan nada geram

"Yg kau marah tiba tiba ni dah kenapa?" soal Lya dengan sebelah kening terjungkit

Lalu Ria tidak menjawab dan setelah semua memandang ke arah kereta Han dan Rin , Ria tersenyum seperti evil smile

"Fuh penatnya duduk dalam kereta" kata Rin sambil menyandang begnya dan mengambil plastik-plastik minuman Tealive yg gengnya pesan tadi

Lalu beberapa saat kemudian Han oula keluar dari kereta namun semua terus menutup mulut dan ada yg terkejut beruk melihat Han

"Apahal korang ni?! Sama je mcm org kat cafe tu , suka sangat tengok aku macam tu!" marah Han lalu menutup pintu kereta Toyota milik Ria itu

"Han! Kau buat apa dengan Rin dalan kereta ha?!" soal Deeb terkejut beruk

"Buat apa?" soal Han lagi sambil mengerutkan dahi lalu Rin pula memandang ke arah Han dan Rin turut sama menutup mulut dengan mata yg membulat

"Kenapa?" soal Han lagi

"Kau tengok kat seluar kau!" kata Zera

Lalu Han menundukkan kepala melihat ke arah seluarnya di bahagian celah kelangkangnya..

"WHAT THE F*CK?!" jerit Han setelah melihat ada cecair putih melekit pada seluar jeans biru gelapnya

"Kau buat apa ni Han?!" soal Riq

"Aku tk buat pape lah! Srs! Tanya Rin!" kata Han lalu menunjuk ke arah Rin

"Rin?" soal Zera lalu semua mengalihkan perhatian kepada Rin

"Wait..aku rasa ini prank dari someone which is queen of prank sedunia" kata Rin lalu memandang ke arah Ria

"Is it Ria?" soal Rin dengan nada nak menangis

"Yes its a prank and I do it" kata Ria

"RIA!!!!!!!" jerit A3NS serentak sambil memandang ke arah Ria dengan pandangan yg seperti singa kelaparan
Manakala THE PRINCE hanya menggeleng sahaja dan ada yg menahan tawa

"Aish nk marah pun tk boleh! Kau ni bukan makan saman pun!" kata Lya

"Aku mmg lah tk makan saman , sbb aku makan makanan" balas Ria selamba lalu memandang sinis ke arah A3NS

Sebenarnya mereka semua bukan bergaduh pun , mereka cuma bermain main sahaja.

"Buat terkejut aku je kau ni. Aku fikir apa benda keluar dari seluar tadi" kata Han sambil cuba menarik slime putih yg berada di seluarnya itu

"Dahlah hantu , kaki prank pulak tu" kata Raz perlahan

"Diam lah kau cipanzi!" marah Ria

"Kau ni yg cipanzi wahai Ria..." kata Rin dengan nada geram lalu menarik telinga Ria disebalik tudung itu

"Tk sakit pun!" kata Ria sengaja menyakitkan hati Rin
Baru sahaja Rin hendak membalas , kereta BMW Adrie pun tiba di parking lot tersebut

"Ni apahal korang ni?" soal Adrie selepas keluar dari kereta diikuti oleh Aina dengan wajah yg tidak seperti selalu

"tkde pape , cepatlah! Aku dh penat ni! " marah Arif

"Ni kau ni apahal? Monyok tetiba" soal Lya

"Dia merajuk dengan aku , dia mintak singgah manatah tadi , aku tk nk sbb kitaorang keluar tdi pun lambat , sampai skrg dia merajuk" kata Adrie terus terang..

"Ouhhh" hanya itu yg dibalas A3NS

SKIP DALAM DORM

A3NS POV

"Korang ni makan ke tak tadi? Sampai habis korang sapu semua makanan ni?" soal Zera selepas melihat kawannya yg lain melahap sampai habis makanan yg dibeli mereka tadi..

"Lapar balik lah and sekarang ngantuk" kata Lya sambil menggosok matanya

"Okay sorang tolong aku kemas , yg lain naik tidur okay?" soal Zera sambil mengangkat kotak pizza dan buang ke dalam tong sampah , apabila dia pusing semula..tiada org di belakangnya , semua sudah berlari naik ke atas

"Thanks Zera!!" jerit mereka serentak
sambil berlari menaiki anak tangga

"Babun lah korang ni!!!!" jerit Zera dengan muka yg marah , gila tk marah. Dia pun penat jugak tpi redha je lah dengan 5 ekor anak babun tu

THE NEXT DAY..

Jam menunjukkan tepat pukul 9.00 pagi , kini sudah hampir ke waktu tengahari , A3NS semua berada di dapur sedang memikirkan menu yg hendak dimasak untuk makan tengahari

"Korang tolong lah bgi idea , takkan aku sorang je fikir" kata Syu

"Tengah fikir lah ni , habis kau tengok kitaorang tengah buat apa? Baca buku?" perli Rin lalu menjeling Syu

"Kita masak tomyam nak?" soal Ria.

"Boleh jugak sbb kita nk masak untuk THE PRINCE sekali" kata Lya

"Nasi ayam ? Aku rasa diorang pun suka nasi ayam" cadang Zera

"Okay sekarang dah ada dua makanan , and now pilih dessert" kata Rin...

"Dessert aku rasa buat cupcake and puding caramel?!" soal Aina dengan riangnya

"Okay cun! Now aku , Lya and Syu buat tomyam and nasi ayam while korang bertiga buat dessert! Okay?" kata Rin mengagihkan tugas mereka , jika tidak diagihkan sudah pasti kerja jadi serabut..

"Okay!!" balas mereka serentak

Lalu mereka pun memulakan masakan mereka di dapur..

THE PRINCE POV

"Wey Prince , jom buat kek pelikat tu" ajak Han sambil berjalan ke arah THE PRINCE yg sedang bermain mainan papan Saidina itu

"Ha? Kek pelikat? Yg mana ni? Sedap ke?" soal Arif dengan riak yg pelik. Tk pernah lagi dia dengar kek pelikat..

"Alah yg haritu kau kata kau dh beli bahan dengan Syu , Ria and Zera tu" kata Han lagi

"Itu Kek BATIK bukan Kek PELIKAT lah babi!" tegur Adrie lalu mengetuk kepala Han yg berada di sebelahnya itu..

"Ha kek tulah! Jom lah guys , lapar ah" rungut Han sambil menepuk perutnya

"Ha jomlah , aku pun lapar , perut aku dh buat konsert lagu didi and friends" kata Deeb tanpa sengaja dia terlepas sesuatu rahsia yg dia simpan

"Kau tengok kartun Deeb?" soal Riq sambil menjongket sebelah kening dan tersenyum menyakat ke arah Deeb diikuti yg lain kecuali Raz. Manakala Deeb sudah meneguk liur..

'Macam mana aku boleh terlepas ni?' bisik hati Deeb

"M..mana ada , haish. Adik aku kan selalu tengok kartun so aku tahulah sikit sikit. Bukan aku yg minat!" balas Deeb cuba mengawal riak wajahnya..

"Tpi bukan kau ada abg je ke?" soal Arif

"M...mak aku mengandung lagilah!" balas Deeb lagi , mamat ni main jawab je tanpa berfikir..

"Aik? mak kau mengandung lagi kiranya adik kau belum keluar ke dunia lagilah so siapa yg tengok kartun tu?" usik Arif

"Ish dah jom masak! Aku lapar!" kata Deeb lalu terus melangkah laju ke dapur...

DI DAPUR

"Apa bahan bahan yg korang beli haritu Riq?" soal Adrie sambil membongkok di kabinet dapur yg berada di bahagian bawah

"Apa eh Raz?" soal Riq , dia pun sudah ingat ingat lupa tentang perkara sewaktu membeli barang dapur hari itu.

"Tepung , biskut berry , planta , milo , susu F&N" ujar Raz dengan yakin walaupun sebenarnya benda tu salah. Lelaki masuk dapur be like..

"Haah betullah , sbb Zera kata buat kek batik ni pun guna tepung tu" kata Arif dalam tidak sedar dia sebenarnya telah menterbalikkan apa yg Zera kata pada hari itu...

"Okay so ni bahan , memandangkan phone kita semua takde internet..aku nk tanya , siapa pernah buat kek batik ni?" soal Deeb lalu memandang seorang demi seorang ahli THE PRINCE...

"Alah ,kita buat je lah , kita kan pernah tengok kek batik tu so kita ikutlah ciri ciri yg ada pada kek batik tu" kata Adrie lalu THE PRINCE yg lain terus mengambil apron dan memakai apron apron tersebut tetapi...

"Apahal apron ni gambar hello kitty?" soal Arif lalu membelek apronnya

"Tah! Aku punya gmbr cinderella?!" kata Deeb terkejut lalu memandang ke arah THE PRINCE yg lain

"Kepala hotak dia! Aku punya gambar princess Ariel!" rungut Riq

Manakala apron Han bergambar Kak Ros dan Adrie bergambar Teddy bear lalu mereka melihat ke arah Raz pula

"HAHAHAHAHAHAH! Tengok Raz punya wey!" kata Red sambil ketawa terbahak bahak selepas melihat apron Raz yg bergambar....

BARBIE DOLL?!

"Tak sesuai doh ngn kau Raz! AHAHHAHAHAHAHAHAHAH!!!" kata Adrie sambil tergelak besar diikuti THE PRINCE yg lain kecuali Raz

Tiba tiba...

KTUK! KTUK! KTUK! KTUK! KTUK!

Kepala THE PRINCE diketuk oleh Raz menggunakan sudip kayu.
"Korang nk masak ke tk nk? Nak mati kelaparan?" perli Raz lalu mereka terus diam dan memulakan masakan mereka..

"So mcm mana ni?" soal Han sambil memegang sebuah mangkuk dan senduk kayu kecil

"Okay first , tk silap kena masukkan tepung dulu kot macam buat kek lain jugak lah kan??" kata Deeb lalu mengambil seplastik tepung gandum bercap sauh lalu menggunting sedikit plastik tepung tersebut dan menuangkannya kedalam mangkuk yg dipegang Han tadi..

Manakala THE PRINCE yg lain hanya melihat sahaja apa yg dibuat oleh Deeb itu

"Okay tepung dah masuk pastu? Telur pulak" kata Arif lalu pergi ke arah fridge dan mengambil 2 biji telur ayam..

Arif memecahkan kedua dua biji telur itu ke dalam bekas yg Deeb telah tuangkan tepung tadi.

"Okay pastu kacau! Bak sini aku kacau" kata Riq lalu dia mengambil bekas itu dan mengacaunya dengan perlahan lahan agar tidak tertumpah..

"Pastu? Pastu tak silap kita kena hancurkan biskut berry tu , kan Raz kan?" soal Adrie kepada Raz yg dari tadi diam melihat tindak tanduk mereka

"Haah , kalau tk hancurkan mcm mana nk makan" jawab Raz selamba lalu dia mengambil gunting dan membuka plastik biskut yg berperisa blueberry sementara Adrie pergi mengambil lesum batu

"Srs ah kena hancurkan guna batu ni?" soal Han sambil menjongketkan sebelah keningnya memandang ke arah Adrie dan Raz

"Habis tu kau nk hancurkan guna apa? Takkan nk blender kot" kata Raz lalu memasukkan 3 biji biskut tersebut kedalam lesum batu dan ditumbuk oleh Adrie sehingga biskut itu menjadi serbuk yg kasar..

"Okay tepung and biskut done , lepas tu buat apa pulak ni guys??" soal Deeb sambil memandang ke arah THE PRINCE

"Orang kata kek batik tk masak dalam oven tapi masak dekat atas api guna periuk or kuali" jelas Arif lalu pergi mengambil frying pan yg tergantung dibelakangnya

"Ambik milo dalam satu mangkuk dengan susu tin and planta tu" arah Arif seperti seorang chef yg sangat pakar , lalu THE PRINCE yg lain pun mengikut apa yg diarahkan oleh 'chef pakar' tersebut

"Okay semua bahan dah ada and dah selesai diproses , chef Arif!" kata Han dengan penuh semangat

"Okay good! Anak anak , mari sini tengok ibu masak ya. Kamu semua kena belajar tau tak lama lagi kamu semua nk kawin , kalau tk pandai masak nnt laki kamu lari karang." kata Arif sambil menghaluskan suaranya agar kelihatan seperti perempuan..

"Sejak bila aku jadi anak kau?" soal Riq

"Sejak ibu lahirkan kamulah sayang , kamu ni jangan lah tanya soalan pandai!" kata Arif lagi lalu memegang lembut bahu Riq sambil membuka api dapur..

"Dah lah cibai! Cepatlah masak!" marah Adrie lalu menjeling Arif yg memandangnya dengan pandangan tidak puas hati itu

"Okay first! Masukkan Planta sedikit sahaja ya puan puan! " kata Arif cuba meniru gaya chef Wan lalu memasukkan sesudu Planta kedalam frying pan itu dan dia menunggu sehingga Planta itu sudah melebur(?)

"And then! Kita masukkan tepung yg telah diproses dari ladang Riq dan sedikit sahaja milo kedalam frying pan tadi! Masukkan perlahan lahan dengan penuh kelembutan ya puan puan di luar sana!" kata Arif manakala THE PRINCE yg lain hanya melayan saja perangai 'Mak Jemah' sekor ni

"Ha lepas tu masukkan apa ya chef Arif?" soal Raz melayan perangai si Arif.

"Ha bagus soalan kau ni Fierazah! Okay guys lepas masukkan milo , kita masukan sedikit air , then kita masukkan 1 tin susu F&N! Kalau susu lain pun tk pe" kata Arif tanpa dia sedari dia telah membuat THE PRINCE berfikir 'benda' yg 'lain'..

"Hahahahah hahahahahah!!! Aku tk tahan!! Ahahahahahahahaha!!" kata Han sambil tergelak terbahak bahak manakala yg lain masih lagi boleh tahan ketawa mereka daripada terlepas..hanya Raz sahaja yg tiada riak mahu ketawa atau apa apa

"Ya Allah! Maaf ya puan puan sekalian , diorang ni memang otak kuning terlebih letak pewarna! Abaikan syaitan syaitan kuning ini ya puan puan! " kata Arif lagi dengan gaya yg lembut

"Dah lah babun! Lepas masukkan susu buat apa pulak?" soal Adrie dengan senyuman walaupun sebanrnya dia masih menahan tawanya

"Okay! Yg terakhir sekali!! Kita akena masukkan biskut berry ni. Tak mahal and tak murah pun biskut ni! Kau petik jari je dah penuh dalam troli kau tau! Haaa tapi jangan main balik je! Pergi bayar dulu!" bebel Arif lagi sambil ketawa dengan lawaknya sendiri manakala THE PRINCE yg lain

"Apa yg lawak?" soal Raz berbisik pada Deeb

"Entah babun ni , org alone mcm ni lah. Sendiri buat lawak sendiri ketawa" balas Deeb juga berbisik takut didengari Arif

"Amboiii korang ni! Aku tk buat lawak semua ketawa! Bila aku buat lawak?! Ha aku sorang Ketawa! Ha tepok!!" marah Arif sambil mengacau kek batik yg masih cair di dalam frying pan itu..

"Dah boleh masuk fridge lah an?" soal
Raz kepada Arif..penat dok tunggu Arif ni membebel! Org tengah lapar dia boleh pulak jadi Mak Nyah tk berbayar kat dpur ni

"Ya baby , dah boleh" kata Arif sambil tersenyum manis memandang Raz

"Aku bukan gay lah babi!" kata Raz lalu memberikan jelingan tahap dewa handsome( hehe gurau) jelingan tahap maut yg boleh membawa maut! Dan membawa hati saya! (Maaf author terhyper heheh)

Lalu Han pun mengambil frying pan daripada tangan Arif dan memasukkan ke dalam fridge namun tidak muat

"Tak leh tutup pun guys" kata Han sambil menggaru kepalanya yg tidak gatal , dah jadi satu masalah nk tukar pinggan lagi apa lagi , mereka dh lapar tahap monster dah ni!

"Tukarlah , masukkan dalam pinggan , benda simple pun tk boleh fikir!" kata Riq lalu mengambil pinggan kaca dan merampas frying pan dari tangan Han lalu dia menuangkan kek batik ke dalam mangkuk kaca tersebut kemudian dia memasukkann ke dalam fridge..

"Ni siapa nak basuh semua ni?" soal Adrie sambil menunjuk ke arah pinggan kotor yg sejak semalam tk de siapa reti kemas..pemalas betul! Padahal dia pun sama!

"Osom , siapa kalah kena basuh and kemas satu dapur ni" cadang Riq lalu mereka pun bersetuju. Mereka bermain lat tali lat terlebih dahulu , kemudian setelah beberapa saat , kini hanya tinggal Raz dan Deeb sahaja yg perlu osom

"Okay ready? 123" kira Adrie

"Osssssssssom!" kata Deeb dan Raz serentak dan...

Raz membuat batu manakala Deeb membuat burung

"WOO!! Padan muka kau!!" sorak Arif sambil menari mengejek dia hadapan Deeb manakala Deeb hanya redha dan Raz tersenyum sinis

"Okay Deeb , tata titi tutu! Kemas elok elok! Kalau aku tengok still kotor! Standby kau , kepala kau yg aku licinkan nnt! Muahahaha!!" kata Adrie dengan ugutan dan ketawa jahat..

Lalu THE PRINCE yg lain pun meninggalkan Deeb bersendirian di dapur manakala Deeb sudah memulakan misinya untuk membasuh pinggan..

Setelah lebih kurang 1 jam lebih , mereka membuka fridge semula dan mengeluarkan kek batik yg mereka buat tadi , kelihatan kek batik tersebut sudah keras..

"Arif , ambilkan Knife!" arah Han sambil tekun memandang ke arah kek batik itu dengan muka serius manakala yg lain turut membuat benda yg sama dan berdiri mengelilingi kek batik tersebut..

"Nah doctor Han" kata Arif lalu menghulurkan pisau kepada Han.

Han mengambil pisau tersebut lalu dia mula memotong kek batik tersebut dengan perlahan lahan..

"Adrie n Riq , tolong pisahkan kawasan yg saya dh potong ni kerana dia masih melekat" arah Han dengan muka serious lalu ada setitik peluh mengalir di dahi Han..

Raz yg terlihat peluh itu terus mengambil tisu dan mengelap peluh Han. Situasi mereka berenam sekarang seperti doktor dan nurse yg sedang melakukan pembedahan..

"Doktor! Jantung pesakit semakin lemah!" kata Deeb sambil melihat ke arah kabinet kononnya sedang melihat ventilator machine

(Nampak mcm budak kecik tengah main doktor doktor pulak)

"Tak apa , biarkan dia mati , sekurang-kurangnya dia dh tk melakukan dosa" kata Han

Dan akhirnya proses 'pembedahan' itu pun tamat

"Teeeeeeeeeeeeeet" Deeb membuat bunyi seperti ventilator machine sudah berhenti kononnya 'pesakit' mereka telah mati

"Alhamdulillah , pesakit telah pergi meninggalkan kita serta berhenti membuat dosa" kata Riq dengan nada gembira

"Jom makan!! Wohooo!!!" jerit Arif lalu mengambil sepotong kek batik yg mereka buat tadi diikuti THE PRINCE yg lain..setelah masuk sahaja kuih itu ke dalam mulut...

"Erm..korang rasa apa yg aku rasa?" soal Deeb lalu memandang ke arah rakan rakannya yg juga sedang membuat muka seperti menahan sesuatu..

"Yeah!" jawab THE PRINCE serentak kemudian...

"Bluerk!!" jerit THE PRINCE lalu mereka berlari ke singki dan tong sampah lalu meludah keluar semula kek batik yg mereka buat tadi...

"Eeee tak sedap siot!" kata Han lalu pantas meminum air Peelfresh untuk menghilangkan rasa loya di tekak

"Erghhhh!! Asal kita masak mesti tk sedap!" rungut Adrie..tiba tiba..

All my friends are heathens take it slow~
Wait for them to ask you who you know~
Please dont make any sudden moves~
You dont know the half of the abuse~

Lagu nyanyian Twenty One Pilots bergema di dapur itu. Bunyi itu dtg dari phone Raz.

"Hello" kata Raz dengan muka poker namun dalam hatinya , dia hendak tahu siapa yg callnya itu..

"Hello. Raz , korang ada dekat dorm tak?" soal suara di corong telephone itu dan dari situ baru dia tahu yg bercakap dengannya skrg adalah seorang perempuan

"Kau siapa?" soal Raz

"Ni Ria lah , haish cipanzi ni" kata Ria

'Haih minah ni lagi' desis hati Raz dengan muka malas

"Kau nak apa? Kitaorang ada je kat dorm ni. Asal?" soal Raz dengan nada dingin lalu melihat ke arah THE PRINCE yg sedang memandangnya dengan pandangan ingin tahu

"Bukak pintu , aku , Zera ngn Lya dari tadi ketuk pintu dorm korang tpi tk de sape bukak! Penat tau diri kat depan ni!" bebel Ria , lagipun memang betul , sejak dari tadi mereka berada di luar pintu itu namun si babun babun tu tak reti reti nk bukak pintu..

"Hmm wait" balas Raz lalu mematikan panggilan

"Asal? Siapa call tu?" soal Riq

"Hantu sebelah ni lah , diorang dari tadi ketuk pintu tpi kita tak dengar" kata Raz lalu membuka apron yg dipakainya itu

"Diorang buat apa kat dorm kita?" soal Ruq lagi lalu membuka apron nya juga diikuti THE PRINCE yg lain

"Mana aku tahu" kata Raz lalu melangkah ke arah pintu rumah itu dan segera membuka pintu..

AUTHOR POV

Selepas sahaja Raz membuka pintu , kelihatan Ria , Zera dan Lya sedang berdiri di hadapan pintu mereka dengan muka beku sambil memegang pinggan

"Ingat dh tak nk bukak tadi!" marah Zera

"Sorry lah , kitaorang kat dapur tadi" kata Arif lalu memandang ke arah Zera..

"Korang nk apa dtg sini?" soal Deeb dengan kening yg terjungkit lalu memandang ke arah Lya

"Ni kitaorang ada masak makanan lebih untuk korang sekali. Tpi kitaorang masak simple je , just ada tomyam , nasi ayam , puding caramel and cupcake" jelas Lya lalu menghulurkan pinggan yg dia pegang kepada Deeb lalu Deeb pun menyambut dua biji pinggan yg penuh dengan cupcake dan puding caramel

"Woww!! Macam tahu tahu je kitaorang tengah lapar!" jerit Han gembira lalu terus mengambil secawan cupcake di atas pinggan yg dipegang Deeb

"Ish adab kau pergi mana babi?!" marah Deeb lalu melangkah masuk dan meletakkan kedua dua pinggan tersebut di atas meja kaunter di dapur

"Nak kitaorang balas makanan balik ke nnt time nk bagi pinggan ni?" soal Arif lalu mengambil mangkuk besar yg dipenuhi nasi ayam yg dipegang Zera itu..

"Tk payah , korang masak bukan sedap pun. Alangkah kek batik tu pun boleh pulak kata kena letak tepung , belajar mana tah kek batik letak tepung" bebel Zera lalu menghulurkan pulak plastik yg penuh dengan kuah sup dan sambal cili untuk dimakan bersama nasi ayam itu ke pada Arif

"Patutlah tak sedap! Setan lah kau kata letak tepung!" marah Adrie lalu mengetuk kepala Arif. Membazir je diorang habiskan bahan bahan tadi , last last tak menjadi kek batik nya!..

"Wait , jangan kata korang buat kek batik tadi tpi tk menjadi" teka Lya sambil menunding jari ke arah THE PRINCE di hadapan mereka itu..

"Haah memang pun , tak sedap langsung. Kan Arif kan" kata Deeb sambil memerli Alief disebelahnya yg sudah sengih seperti kerang busuk

"Yg kau ni tk reti ambik ke mangkuk tomyam ni?" soal Ria sinis ke arah Raz..

"Riq , ambik mangkuk tomyam ni" arah Raz

"Eh kau! Sedap kau je mengarah eh, aku ni tua 3 bulan dari kau tau!" tegur Riq namun tangannya tetap mengambil mangkuk itu dari tangan Ria

"Eh bukan kau muda sebulan dari dia ke?" soal Arif lalu memandang ke arah Riq dan Raz

"Lantak ah , dah jom masuk!" kata Riq lalu membawa mangkuk tomyam itu dengan berhati hati ke dapur

Manakala Lya , Zera dan Ria memangdang sesama sendiri

"Welcome!" jerit mereka bertiga serentak sewaktu THE PRINCE ingin menutup pintu , terus terbantut Adrie yg ingin menutup pintu itu selepas diperli oleh 3 makhluk tadi..

A3NS POV

"Annyeong haseyo , kami kembali lagi!!" jerit Zera selepas melangkah masuk ke dalam rumah mereka

"Dah bgi ke?" soal Rin yg baru keluar dari dapur itu diikuti oleh Syu manakala Aina sedang menonton tv sambil mengunyah puding caramel

"Eh belum.bagi lagi , tengok ni penuh lagi pinggan kat tangan kitaorang" perli Lya lalu melangkah ke arah sofa yg diduduki Aina..

"Mana tahu korang tk bgi kat diorang , boleh jadi korang yg makan.. so thats why aku tanya" jelas Rin turut melangkah ke arah sofa ditepi Lya dan bermain phone

"Penat ah kemas dapur! Yg si babun sekor ni bukan nak tolong! Tengok tv je tau!" marah Syu sambil memandang ke arah Aina dengan pandangan tidak puas hati..

"Suka hati akulah , dalam rumah ni aku paling tua auuu , so hormatilah aku" balas Aina dengan nada bergurau tetapi tiada seorang pun yg ketawa dengan lawaknya..

"Ish tk support member ah korang ni" rungut Aina..

Namun semua masih senyap..lalu Aina pun memandang ke arah kawannya yg lain..

"Bapak ah! Aku ckp sorang sorang rupanya!" bebel Aina perlahan selepas mendapati rakan rakannya tidur Tanpa mempedulikannya

"Huahh" Syu tiba tiba menguap dengan matanya yg terbuka sedikit

"Aku naik dululah , mengantuk ah semalam tk cukup tidur" ujar Syu lalu melangkah naik ke atas..

"Hurmm aku pun nak naiklah , letihlah" kata Rin turut melangkah naik lalu beberapa minit kemudian , Lya , Zera dan Ria turut naik ke atas

"Apa ni?! Harini cuti kot! Janganlah tidur!! Jom ah keluar!" jerit Aina dari bawah dengan anda tidak puas hati. Dia baru sahaja ingin mengajak kawan kawannya keluar ke IOI City Mall.. Tetapi nak buat mcm mana? Kawannya memang semua tk cukup tidur , itu pun kerana salah dia juga , entah mcm mana dia boleh terhilangkan kunci dorm semalam. Mereka makan pizza semalam pun sudah pukul 1 lebih..

Lagipun naik sahaja ke bilik semalam hanya dia yg terus tidur manakala kawannya yg lain membuat homework supaya tidak mengganggu mereka berehat pada hari cuti ini.

"Japgi kita keluar lah Aina!!! Bagi kitaorang terbang ke alam mimpi jap sampai zohor!! Tata titi tutu saya tidur dulu!!" jerit Zera manakala A3NS yg lain sudah tidur terbongkang di atas katil..betul betul mengantuk nampaknya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience