Bab 2

Drama Series 888

"Assalamualaikum...abah,tok teh, Ham datang ni."laung Aisy dari luar rumah.Tiada sahutan dari orang dalam,sekali lagi salam diberi,kali ini suaranya dikuatkan,mungkin Aisy fikir suaranya yang terlalu pelan.

wajah Aisy berkerut,'mana tok teh?mana abah?? bukan diorang ke yang suruh datang makan malam???'fikir Aisy.

"ASSALAMUALAIKUM!!!!"jerit Aisy,habis berterbangan burung² yang dari tadi duduk bertenggek diatas pokok.Jiran rumah sebelah pun pergi sounds si Aisy ni,anak dia nak tido pun tak senang!!Tertunduk-tunduk Aisy memohon maaf,nasib saja jiran ustaz Haikal ni kenal si Aisy,kalau tak memang makan parang budak sorang ni.

"Astafirullah... Ham,kenapa terjerit-jerit ni??"soal Puan Dijah kehairanan.

"eh bila tok keluar??"soal Aisy kembali tampa membalas soalan dari puan Dijah,wajahnya tampak sedikit terkejut.

"daritadi...dah²,masuk.Marah si Hisyam tu kau terjerit-jerit depan ni."ekor mata puan Dijah melirik kearah 'rumah sebelah', encik Hisyam masih berdiri bercekak pinggang memerhati Aisy.

Aisy tersengih malu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal."sorry Pak Syam!!"jerit Aisy melambai-lambai tangannya.

"aduh!!Sa..sakit tok..!!"ringis Aisy,telinga nya ditarik paksa puan Dijah,kakinya turut melangkah memasuki rumah bersama puan Dijah.

"maaf banyak² ye Syam..."ucap puan Dijah lembut,tebal muka dia dengan jiran sebelah dia ni.Encik Hisyam hanya mengangguk mengiyakan.

"aduh... boleh tercabut telinga Ham ni tok,tak sayang Ham ke apa ni??"Aisy menggosok telinganya lembut,mulutnya di muncungkan,memang kebiasaan dia,tu dia tengah bagi signal nak merajuk lah tu...

Puan Dijah hanya membuat roll eyes, 'mengada nya budak sorang ni...'

"mulut ni..!!berapa kali tok nak cakap,jangan dimuncungkan mulut tu,tak elok orang tengok."geram puan Dijah,berbuih mulut dia nasihat,degil budak ni.Perangai sama macam ummi nya,suka muncungkan mulut bila merajuk.

"yelah²..."jawab Aisy malas.Matanya melilau mencari kelibat ustaz Haikal,manalah...orang tua sorang ni,tadi kecoh sangat suruh datang,ni orang datang dia pulak menghilang.

"mana abah tok?"soal Aisy,malas dia nak berteka-teki dengan otak nya sekarang ni dengan tajuk 'di mana abahku menghilang??'

"pergi mana lagi...warung marka dia lah,suruh nikah banyak pulak alasan, sanggup keluar duit nak minum kopi air tangan Siti tu."bebel puan Dijah,bila lah dia nak merasa timang menantu...

"tok macam tak kenal je perangai abah tu,dengan kita muka singa,depan mak macam kucing....pijak semut pun tak mati!!"tambah Aisy,suka betul dia mengata abah sendiri,alang² tuan badan tak dak kat situ.

"amboi kau...laju ye kalau mengata abah kau,lama tak kena ikat kat pokok ni...."ugut puan Dijah halus.

"ja.. jangan cam tu tok,lawak je" balas Aisy takut²,last dia kena ikat kat pokok masa umur dia 12 tahun,kantoi mandi sungai...tambah ponteng kelas mengaji petang.Dari tengah hari sampai ke malam kena ikat dekat pokok nyok tu ha....insaf terus budak ni.

Fail projek dilempar kasar pada wajah Aiman,tertunduk wajah lelaki itu,takut dengan lirikan mata lelaki yang bergelar CEO MAJU HOLDING aka Hatta Daen Bin Dato Kamarulzaman dihadapannya.

Wajah Hatta berkerut seribu,gigi diketap kuat.Kecik besar je dia tengok Aiman sekarang ni.Kalau negara ni tak ada undang² dah lama dicekik-cekik kuli dia ni.

"ma..maaf...Encik Hatta !!salah saya,sa..saya akan betulkan secepat mungkin!!!"rayu Aiman, wajahnya sudah banjir dengan peluh.

"Kau ingat benda ni kecik ke?semudah tu je kau minta maaf?!!"jerkah Hatta geram.Makin menunduk wajah Aiman,badannya bergetar ketakutan.

Tangan kanan Hatta menyelup poket seluarnya,menarik keluar dompet kulit miliknya. RM 1000 dicampak kasar pada wajah Aiman, habis berterabur kepingan not RM 100 diatas lantai.

"kau ambik duit gaji kau ni,mulai harini...Aku dah tak nak tengok muka kau kat pejabat ni!!you are fired!!!"kata Hatta,bergema satu bagunan dengan suaranya,terjenguk-jenguk staff dari meja kerja.

Terduduk Aiman diatas lantai,air matanya mula menitis,kaki Hatta Aiman pegang erat,terkejut dengan tindakan Aiman,Hatta terus berdiri dari kerusinya.

Aiman masih memegang erat kaki Hatta,wajah Hatta berkerut marah.Sakit telinganya mendengar Aiman asyik memohon-mohon daritadi.Kaki kanan Hatta tarik kasar,rimas lah!!pegang²...jijik tau tak?!

Rambut Aiman ditarik kasar,Aiman bangun dari duduknya dengan mengaduh kesakitan, mata hitam Hatta merenung tajam Aiman,lembik kaki lelaki muda dihadapannya ini,hampir saja Aiman terduduk kembali dilantai,namun terbantut dengan cengkaman kuat dari rambutnya.

"see?kau yang paksa Aku buat macam ni,salah Aku ke?"soal Hatta halus.Aiman menelan ludah, badannya menggeletar ketakutan.

"to.. tolong Encik Hatta...jangan pecat saya,ma..mak saya sakit Encik, adik saya sekolah,ayah saya dah lama meninggal...,sa...saya kena tampung mereka Encik... tolong Encik...."Aiman menyusun sepuluh jari memohon,basah wajahnya dengan air mata.

Hatta tersenyum sinis."so? what's my problems?"soal Hatta.

"let me think...apa kata you hantar je your lovely mother dekat old folks home,I dengar your mother dah tua kan??adik you I fikir you boleh hantar kat rumah anak² yatim,I boleh recommend tempat bagus kalau you nak,you guys kan tak ada bapak...sesuai sangatlah tu" cadang Hatta sinis, tersenyum puas dengan idea bernasnya.

Bulat mata Aiman mendengar kata² Hatta.Jantungnya berdegup kencang,peluh tampa henti membasahi tubuhnya,air mata kembali bertakung pada mata.

Hatta mengendahkan tingkah Aiman yang masih terduduk diatas lantai.Satu butang ditekan pada telefon pejabat, "Sarah, panggil security,ada lalat perosak dalam office I sekarang ni" kata Hatta menjeling Aiman sekilas.

Tak tunggu lama,2 orang pengawal keselamatan masuk kedalam pejabat Hatta."bawak budak ni keluar,Aku tak nak tengok muka dia kat sini lagi".arah Hatta berpeluk tubuh,hanya memerhati tubuh Aiman yang diheret keluar dari pejabat nya.Matanya memandang tajam Aiman,heran kerana tiada pergelutan berlaku.

2 security itu meletakkan Aiman diatas tanah, Aiman masih saja terdiam.

"Encik Aiman,sila tinggal kan tempat ini dengan segera"arah salah seorang security. Aiman tidak membalas.

"Bad,takpe ke kite biar dia macam ni??"bisik security yang lebih pendek pada sahabatnya Bad, wajahnya tampak risau.

"arahan tuan...ikut je"balas Bad malas,terus melangkah pergi meninggalkan Aiman dan sahabatnya disitu.

Security itu terpinga-pinga ditinggalkan sendiri di situ, badannya membongkok menghadap Aiman.

"saya harap Encik sentiasa tabah" ucap security itu kemudian berlalu pergi.

Aiman memandang datar sosok pengawal keselamatan yang kian menjauh darinya.Rambut kusutnya diramas kasar,dirinya kini tampak tak terurus.Kedua tangannya dikepalkan.

"kau akan terima nasib kau Hatta Daen Dato Kamarulzaman..."gumam Aiman sendiri.

"ingatkan sesat tak jumpa jalan balik...."perli Puan Dijah bercekak pinggang dihadapan pintu rumah,Ustaz Haikal yang baru saja mematikan enjin motor hanya membuat roll eyes.

"mak ni kalau sehari tak perli takleh eh??"wajah ustaz Haikal hanya mendatar.

"abah dah balik?dah puas mengorat 'cik Siti ' eh..." sampuk Aisy tersengih nakal, ustaz Haikal hanya mengetap gigi geram.

"mulut kau... jangan sampai malam ni kau makan guna straw kang...."ugut ustaz Haikal.

"ish abah ni, sikit-sikit ugut"bebel Aisy sendiri.

"let me think...apa kata you hantar je your lovely mother dekat old folks home,I dengar your mother dah tua kan??adik you I fikir you boleh hantar kat rumah anak-anak yatim,I boleh recommend tempat bagus kalau you nak,you guys kan tak ada bapak...sesuai sangatlah tu" siapa Aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience